CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

10 December 2009

Sumber Idea?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Pada suatu hari, tatkala penulis sedang asyik melayan laptop, tiba2 henfon penulis berbunyi menandakan ada mesej masuk...

'Terima kasih.. :-)' ringkas je bunyi mesej tersebut.

Eh? Penulis berfikir sekejap. Terima kasih? Untuk apa? Penulis try recall tapi still xtau, lalu penulis pun membalas mesej yang dihantar oleh kawan penulis tersebut.

'Em, untuk apa?'

Kawan penulis pun balas. Beliau kata beliau nak express appreciation je utk sumting yang penting, tapi sebabnya biarlah rahsia. Ala2 siti nurhaliza pulak. Ok. fine. Takpelah. Disebabkan kawan penulis tu xmau bagitau sebab, penulis pun balas je dan kata 'Welcome'.

Akhirnya, kawan penulis tu pun beritau yg sebab beliau ucap thanks adalah kerana beliau baru je bukak blog penulis ni dan baca. Beliau kata blog penulis ni dah beri idea kat beliau untuk isi novel yang ditulisnya. Wah, rupa2nya kawan penulis ni tengah tulis novel...

Penulis terus tergelak. Bagi idea? Dari blog yang sekadar repekan semata ni? Hahaha. Agaknya kawan penulis tu tengah tulis novel genre komedi @ kelakar kut. Lalu penulis pun bertanya..

'May I know genre novel tu?'

'Cinta Islamik,' jawab kawan penulis tu.

Erk... cinta islamik? Macam xde kaitan langsung je....

Hehe. Tak kisahla. Buat kawan penulis tu, terima kasihla sebab jadikan blog penulis ni sebagai sumber idea walaupun sedikit. Banyak lagi blog2 bagus kat luar tu kalau nak dijadikan sumber idea @ rujukan. Bukan senang nak tulis novel ni. Dulu penulis pernah tulis cerpen waktu sekolah menengah. Sekarang ni pun adela sikit, kawan2 pun ada certain yg pernah baca. Sedangkan sekadar tulis cerpen pun penulis rasa susah, apatah lagi nak tulis sebuah novel, huhu..

Buat kawan penulis tu, gudluck la ye dalam penghasilan novel tu. Kalau dah siap nanti cepat2 bagitau penulis tau. Teringin gak penulis nak baca hasil tulisan budak law, hehe.. =)

Sekian repekan kali ini. Wassalam...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...