CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

12 August 2009

Alfatihah & Tahniah...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari ni jam 2.00pm ada Majlis Anugerah Dekan. Majlis yg menyampaikan penghargaan kepada student2 Fakulti Farmasi yg cemerlang, yg mndapat CGPA 3.5-4.00 time exam last sem. Majlis-wajib-hadir yg paling org tak nak pegi. Sebab nama org takde dlm senarai insan2 terpilih tu. Dah 2 kali CGPA org hampir2 mencecah 3.5. Jadi bila melihat insan2 terpilih menerima anugerah diatas pentas, hati org rasa pedih. Cemburu ke? Marah ngan diri sendiri ke sbab xleh jadi secemerlang dorg? Org tak ada jawapannya. Takpela wani. Sabar2. Next time try lagi. Jangan give up!

Majlis dimulakan dengan bacaan Alfatihah buat Allahyarham Ahmad Ashraf Sulaiman, klasmate kami yg telah pulang ke rahmatullah awal julai yg lalu disebabkan accident. Seminggu je lagi sblum start sem baru. Rupa2nya arwah antara penerima Anugerah Dekan. Malah, arwah merupakan pelajar yang mendapat Anugerah CGPA tertinggi dalam batch kami, dengan CGPA 3.92. CGPA yang agak sukar dicapai oleh pelajar2 Farmasi biasa. Hebat. Ibu bapa arwah, mewakili arwah, dijemput naik ke pentas untuk mengambil anugerah bagi pihak anak mereka. Malah, pihak majlis juga menjemput kedua ibu bapa arwah untuk memberi sepatah dua kata. Kami sebagai pelajar2 part 5 bangun untuk menghormati kedua ibu bapa arwah.

Sebaik sahaja ibu arwah memegang mikrofon, suasana serta merta menjadi senyap sunyi. Tiada sebarang bunyi kedengaran. Semua menumpukan perhatian terhadap 2 org insan yg berada di atas pentas tu. Dan sebaik sahaja suara ibu arwah bergema memberi salam, sungguh jelas kedengaran suara itu menggigil menahan sebak. Serta merta air mata terus bertakung kat mata org. Sayu sungguh suara tu. Suara seorang ibu yang telah kehilangan seorg anak, yg merupakan satu2nya anak yg dimiliki. Suara seorang ibu yang redha bahawa anaknya yang terlebih dahulu dijemput oleh Allah.

Ibu arwah mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menerima anugerah mewakili arwah anaknya. Ibu arwah sempat bercerita tentang cita2 arwah ketika mereka bersama2 menunaikan umrah di mekah. Arwah begitu teringin membuka farmasi di sana, untuk membantu mereka yg sukar berkomunikasi di farmasi disebabkan kebanyakan farmasi di sana diterajui warga arab. Setiap kali ibu arwah bercerita tentang impian2 itu, getaran suara beliau semakin jelas kedengaran. Pasti menyentuh hati sesiapa jua yg mendengar.
Banyak kali juga ketika bercerita, ibu arwah terdiam seketika menahan sebak. Berperang menahan gelodak perasaan. Saat itu, bapa arwah menepuk2 belakang ibu arwah untuk menenangkan beliau. Waktu itu air mata org dah tak dapat ditahan. Tumpah laju hingga jatuh ke baju. Ramai juga yang mengalirkan air mata. Masing2 memandang wajah arwah yang terpampang di atas skrin. Suasana dalam dewan menjadi semakin sunyi, semakin hening.

Orang lihat sebelah kanan. Org nampak betapa rakan2 arwah, klasmate org, yg kesemuanya lelaki, sedang bersusah payah mengetap bibir mengawal perasaan. Sedaya upaya berusaha menahan air mata daripada tumpah. Mata mereka digenangi air. Yang perempuan, masing2 mengelap air mata dengan tangan sendiri dan tisu. Mata mereka semua merah dan berair. Org terus tunduk. Tak sanggup lagi nak tengok sekeliling. Takut kalau2 tengok mereka, air mata ni makin laju mengalir, tak dapat ditahan2 lagi.

Sebelum menamatkan ucapan, ibu arwah menyampaikan quote yg sentiasa dipegang oleh arwah. 'Man get and forget, but Allah give and forgive'. Betapa bermaknanya kata2 itu. Selepas ibu bapa arwah turun dari pentas, majlis diteruskan, tapi dalam suasana yang sedih dan sugul. Masing2 mula mengimbau dan mengingati kembali kenangan2 bersama arwah. Lebih2 lagi kami pelajar part 5 yang rapat dengan arwah.

Org xterkecuali. 2 kali berkerja dengan arwah dalam menganjurkan program, dan arwah juga merupakan slh seorang AJK dalam SOPHYS, membuatkan hubungan org dgn arwah agak baik. Kami saling bekerjasama. Bila diberikan tugas, arwah ada menghubungi org, minta dibantu. Terutama dlm urusan surat menyurat. Setelah org bantu, arwah begitu bersungguh-sungguh mengucapkan terima kasih. Bila arwah ada buat silap dalam melaksanakan tugasnya, arwah ada menghubungi orang memohon maaf kerana katanya, telah menyusahkan org. Ternyata arwah antara insan2 yg berperibadi mulia yg pernah org temui. Dikurniakan akhlak yg terpuji, serta kepandaian serta kegigihan luar biasa, ternyata arwah Ashraf merupakan satu insan yang sukar dicari dalam seribu....

Alfatihah buat Allahyarham Ashraf. Kepada Allahyarham Ashraf, tahniah diatas kejayaanmu. Sama2 lah berdoa semoga roh Ashraf ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Amin....
Sekian. Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

u make me cry with ur words...

i think wawa have talent to be a novelis...

insyaAllah...

nadzwareina said...

huhu, ye ke dayah? time kasih..
mcmana hebat pun ayat2 tulisan, tak akan sama dengan perasaan yg nk diluah oleh penulis tu sndiri..(eceh..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...