Assalamualaikum wbt...
Petang ni lepas je habis praktikal, penulis pun mengayuh basikal untuk pulang macam biasa. On the way balik tu, tiba2 penulis terlihat satu 'benda' sedang menggelupur di tepi jalan. Bila penulis lalu je tepi 'benda' tu, penulis terus paling kepala dan tengok...
Rupa2nya 'benda' yang dimaksudkan tu ialah anak kucing yang baru je kena langgar. Sedang menggelupur dan berdarah2. Tengah bertarung dengan maut. Ya Allah, penulis terus paling kepala ke tempat lain. Tak sanggup nak tengok 'benda' tu. Aduyai, nape la benda yang paling aku tak nak tengok, yang itu jugak yang aku tengok akhirnya? huhu..
Penulis terus teringat, dulu masa mula2 masuk uitm, penulis pun penah tengok benda macam ni. Time tu tengah beratur ramai2 nak balik kolej lepas minggu orientasi. Penulis tengok ada sorg abang tu tengah seronok main kucing kat tepi jalan. Pastu bila ada kereta lalu, tiba2 je kucing tu dengan selambanya pegi tengah jalan. Penulis lihat dengan mata kepala sendiri macam mana kucing tu kena gelek ngan tayar kereta tu. Tak sempat nak buat apa, penulis terus nangis kat situ gak. Abang yang main ngan kucing tu pun macam nak nangis, dia pun angkat kucing yang tengah menggelupur tu ke tepi. Disebabkan tengok kejadian macam tu, penulis trauma berhari2 sampai sekarang.. Dan selalu penulis berdoa tak terlihat lagi benda seperti itu, malangnya hari ini tertengok jugak...
Pastu bagi mengilangkan rasa tak sedap hati lepas tengok kejadian tu, penulis pun pergila ke cc untuk online kejap.. Lepas je penulis duduk, baru penulis perasan yg insan yg duduk sebelah penulis ni adalah mamat psycho yang penulis duk elak berbulan2 yang lepas. Ya Allah, napela penulis duduk sebelah dia hari ni? Aihh... penulis pun buat2 tak tau dan terus online seperti biasa dengan harapan dia tak perasan kehadiran penulis...
Penulis bukak je facebook, bukak friend request, tengok2 ada plak mamat ni add. Alamak... Pastu penulis terus tutup dan bukak website lain plak. Pastu bukak balik facebook tengok2 dia dah anta mesej la pulak.. rupa2nya dia perasan penulis ada kat sebelah dia.. Aduh... penulis tak berani nak baca mesej tu sebab dia ada kat sebelah. Penulis terus log out facebook dan sampai saat penulis nak balik, dia stil ada kat sebelah penulis, tak cakap apa2. Penulis terus angkat kaki dan balik.. Apelah nasib...
Gitula kisah hidup penulis pada hari ni... Tak berapa nak best. Esok penulis last praktikal, harap2 esok jauh lebih baik daripada hari ni, InsyaAllah... Wani... Fighting!
Sekian, wassalam...
Shahmi ngan bajunya yg dipilih sendiri. Aiyooo, kuningnyeeee...
Gambar candid ni ana snap time shahmi tgh try baju baru smbil tengok tv. Shahmi kata ada gaya model. Susah betul dapat adik yg perasan ni, ish...
Rendang in the making.. tunggu kuah kering je tu...
Kuah kacang. Tensen betul buat benda ni. Nak meletus je kejenya. Berparut2 tangan dibuatnya..
Aja, Shahmi, Redha ngan Ana..
Ibu ngan Ba..
Melihat matahari terbenam di samping sawah padi yg luas terbentang.. Maha Suci Allah..
saja amik gmbar kasut sbelum pegi sementara msih lagi cun.. (gmbar selepas xdiambil sbab terlalu huduh, hehe)
dengar2, prof weber tgh explain tu... seriusnya muka prof..
sedang mghayati deduri di atas pohon kayu nibong (tah pape je)
tmpat wild boar berkubang.. (pnat org translate berkubang tu ape kat prof weber, hehe)
mira ngan jo smpat brgambar bajet comey... kat blkg tu sume dah cekak pinggang, fathi plak dah bising, huhu..
ngan kak anis, try fokus mndengar komen prof weber, tapi insan2 blkg kami ni.. (sila smbung sndiri =p)
awan hujan datang, nsib baik dah keluar hutan baru hujan... hujan lebat plak tu..
gmbar terakhir beramai2 di atas bukit setelah berjaya keluar dari hutan.. (fokus kat 2 org insan yg sedang menyorok tu..=p)


