Mungkin ramai insan kat luar
1) Kucing memang tau dan ingat nama sendiri. Kalau korang panggil nama kucing korang, korang boleh perasan telinga dia bergerak2 sebelum dia menoleh.
2) Kucing pun boleh faham bahasa manusia, walaupun diorg (pakai diorg la ye walaupun diorg ni bukan org) tak sepintar anjing atau dolphin. Ada kucing yang kalau cakap 'duduk’ atau 'golek’ dia memang akan ikut. Macam few kucing org la hehe.
3) Umumnya kucing suka dibelai kat leher/bawah dagu. Tapi kucing pun suka dibelai kat kepala, especially kat part dahi hingga part antara dua mata tu. Kalau korang gosok2 kat situ nanti kucing korang pejam mata atau mungkin terlelap.
4) Bahagian sensitif kucing antaranya dekat bahagian pangkal ekor, bahagian atas kaki belakang dia. Kalau korang tepuk2 part tu mungkin kucing korang akan buat 2 respon ni : dia akan naikkan punggung dia ataupun jelir lidah. Geli agaknya hehe. Satu lagi bahagian dekat tengkuk. Kucing akan freeze kalau dipegang kat tengkuk. Sebab tu ibu kucing gigit situ untuk dukung anak2 dia.
5) Kucing perlukan misai untuk menganggar jarak diri dengan objek sekeliling. Kalau misai diorg terkena dinding/permukaan tepi satu lubang, diorg tau diorg tak lepas nak masuk situ.Waktu kecik dulu pernah sengaja bereksperimen memotong misai kucing dan akibatnya kucing tu tersepit belakang almari. So jangan saja2 potong misai kucing ok.
5) Kucing pun macam orang, kena train sejak kecik. Kalau sejak kecik pandai train dia buang air kat luar rumah, sampai kebesar dia takkan buang air merata dalam rumah (unless kalau dia terperangkap dalam rumah) Kalau dari kecik train dia makan biskut kucing aka friskies, sampai ke besar dia tak reti makan ikan.
6) Kucing memang dilahirkan dengan naluri penyayang dan manja. Marahlah teruk2 atau pukul kucing korang harini, esok dia tetap akan datang kat korg gesel2 badan macam tak pernah jadi apa2. Kucing pun ada sifat playful. Tak kisah umur dia dah tua manapun, kalau korg acah2 dengan mainan, dia still nak main.
7) Kucing bersihkan badan dengan menjilat bulu. So banyak sangat bulu diorg yg diorg tertelan sendiri esp kucing bulu kembang. So kucing selalunya akan muntah satu gumpalan bulu untuk keluarkan balik bulu yg tertelan. Kalau korg perasan diorg akan makan rumput untuk merangsang diorg muntah. Dan cuba rasa permukaan lidah kucing korg. Kasar sangat tak macam lidah kita. Sebab tu lidah pun digunakan untuk menggaru macam tangan.
8) Kucing memang ada habit mengasah kuku time dia bosan. So kalau bela kucing make sure korg beli sekali benda yg kucing guna untuk asah kuku dia tu (biasanya ada kat petshop), kalau tak memang habis perabot rumah ngan carpet korg kena cakar.
9) Kucing tak reti melintas jalan macam anjing. Kalau kereta dah semakin hampir diorg akan terus kaku dan tak mengelak. So kena langgar. Kalau nampak kucing try lintas jalan tu bagila can kat diorang ye. Slowkan sikit speed kereta.
10) Kalau nak check kucing korang tidur lena ke tak, check ekor dia. Kalau dah 5 minit ekor dia tak bergerak, memang tidur mati la tu. Kadang2 time ni kalau korg ketuk kepala dia pun dia tak bangun.
11)
12) Anak kucing tak boleh minum susu lembu. Diorg takde enzyme dalam badan untuk cernakan susu lembu macam manusia. Sebab tu anak kucing baru lahir kalau takde mak diorg takleh survive. Even kucing dewasa pun kalau diorg minum susu lembu, diorg boleh kena cirit birit.
13) Kucing type of pet yg setia dengan tuan. Kalau dia dah anggap korg tuan, tak kisahla bila2 masa dan mana2 pun dia merayau, dia tetap akan balik rumah korg untuk tidur ataupun makan.
14) Kalau korg perasan kucing kalau mengawan yg betina mesti bising gila atau lari2 kan? Sebab penis kucing jantan struktur dia ala2 berduri (try tengok kat dokumentari ini pasal organ kelamin kucing). So kucing betina akan rasa sakit so diorg akan seboleh2nya cuba mengelak. Tapi kalau dah jadi mangsa nasib la..
15) Kucing boleh terkena penyakit batu karang. Sekor daripada kucing org mati sebab penyakit batu karang ni la. Dah operate tapi ada complication lalu tak dapat diselamatkan :(
Ok cukupla dah panjang sangat la pulak. Meh enjoy gambar2 kucing yg org pernah bela :)
1) Ah Soo
Kitorg bagi nama tu sebab dia ni putih melepak macam susu. Masa kecik dulu dia ni tak bising langsung so kitorg ingat dia bisu hehe. Soo tu diamik dari susu & bisu. Kucing yang kitorg rasa muka dia paling comey.
2)Ah Teh
Ah Teh ni rupa lebih kurang Ah Soo, except mata dia biru mata Ah Soo hijau. Tu yg selalu je tertukar . Ah Teh ni lagi nakal dari Ah Soo, pantang tengok kotak mesti nak masuk. Hobi dia ni gigit surat kabar sampai koyak haha
3) Putih Gemok
Nama asal dia ni Putih je tapi sebab makin tua makin gemuk, tu panggil Putih Gemok. Dia ni paling tua, dah bela lebih 5 tahun dan muka dia yang paling serius. So kitorg suka main, letak benda2 comey sampai dia tensen hehe.
4)Chomot
Tengok color pun tau dah kan kenapa kitorg panggil chomot. Dia ni la yang paling manja. Pantang lepa mesti nak menggesel. Kat rumah port feveret dia ni kat tangga.
5) Simba
Kitorg bagi nama dia ni Simba sempena nama watak Lion King tu. Muka dia ni pun serius sikit tapi still comel. Ni je sekor kucing org yg lupa diri, sekarang ni dia tinggal rumah jiran pulak tak nak balik.
6)Chiki
Dia ni ada adik nama Chumi tapi Chumi dah mati. Dia ni la yang paling bising sebab suara dia paling nyaring. Kalau dia dah start memekak tu kitorg kena letak luar rumah sebab bingit sangat huhu
Okla takat sini dulu post kali ni. Harap korg enjoy baca cerita & tengok gambar2 kucing2 ni eh. Smoga bertemu di lain waktu. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum wbt :)
p/s : Sila sayangi kucing anda. Kalau tak jangan bela kucing.
p/s 2 : Ciri2 yg org sebut kat atas mungkin applied pada certain2 kucing sahaja :)
11 comments:
hahhaa.. suke no 11.. malu2 kucin gitu.. bru tpkir smpulan bahasa tu larh
shiqin : hehe kalau renung 5 saat pun diorg ni mengelak.. nmpak beno pemalunye~ hehe
muke ah soo macam kucing aku lah. heheheh.
anon : iye? snap la pic nk tngok jugak :)
haha..xley bela kcing ats 2sbab.1st,mak xbgi sb kcing branak byk.hehe.. n 2nd. ske kcing bt tkt at the same time.hehe..^_^.nk tryla no 6.hehe..XD
best2..especially yg malu2 kucing tu..sbb sy pun malu2 kucing..kucing pun tak malu cam sy hikhik
yang no. 5 pasal biskut tu kena hati2 beli, jangan beli yang tinggi kandungan kalsium..tu penyebab batu karang kat kucing..cth : friskis..
Suka betul baca info ni, terima kasih.. mohon share ye.
Semua kucing2 tu comel!
Kucing aku name gebu boleh buka peti ais kecik jew ambik ikan kot biar la kan rezeki diorang
kucing sy paham apa yg sy ckp...stp.kali sy marah sy ckp kat dy kalau paham tutop mata kejap...dy buat..then meow kat sy 😊😊😊
alamak, nasib baik kucing saya dh tukar nama.. 😂 kalau tk sama lah nama dengan kucing saya, tapi dah tukar nama jadi mmmia
Post a Comment