CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

04 July 2011

Culture Shock : Tahun Pertama di MRSM


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Post kali ini, adalah rentetan kepada post org sebelum ni, iaitu tentang cerita org selama 3 tahun kat SAMTTAJ.

3 tahun belajar di sekolah menengah agama, tak mudah untuk org menukar cara hidup org yg selama ni agak konservatif. Namun disebabkan impian org untuk score SPM dengan cemerlang, org buat keputusan untuk berhijrah untuk menimba ilmu di suasana yang berbeza. Oh ye masa ni org memang khilaf, org berpendapat MRSM lebih bagus dari segi akademiknya berbanding sekolah menengah agama. Walhal pada hakikatnya tak benar sama sekali. Maaf ye kalau ada sape2 student sekolah menengah agama yang terasa :(

Hari pertama bergerak ke MRSM Terendak kat Melaka, org dah merasai satu suasana baru. Maktab org ni (org biasa panggil maktab untuk MRSM) letaknya di tengah2 kem tentera. So sebelum masuk maktab kena lapor diri dulu, dan kereta akan diperiksa oleh tentera yang bertugas.

*Pintu masuk Kem Terendak*

Oh ye pada kali ini org dah menukar pakaian seragam. Orang tak pakai lagi tudung labuh, dan tudung labuh tu org gantikan dengan tudung bulat yang agak singkat sikit berbanding tudung labuh, tapi masih menutup dada. Waktu ni terasa agak ralat, sebab terpaksa mengubah cara berpakaian. Tapi org masih sedaya upaya untuk tampil sopan dan masih menutup aurat. Kain berwarna hijau org gantikan dengan kain berwarna khaki, standard warna kain MRSM.

*Warna kain khaki. Oh org pakai kain hitam sebab dah pegang jawatan. Nanti org sambung kat bawah :)*

Selepas mendaftar di maktab, org join minggu orientasi selama seminggu. Di maktab ni, kitorg dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang kitorg panggil homeroom, beserta seorang cikgu yang menjadi mentor homeroom kitorg. Dan dalam homeroom ni pelajarnya bercampur lelaki dan perempuan.

Minggu orientasi ni memerlukan kitorg banyak bekerja sekali. Bekerja sekali dalam satu kumpulan, buat persembahan sama2, bercakap dan berkenalan antara satu sama lain, buat org rasa kekok yang teramat sangat. Namun org cuba sembunyikan rasa malu dan tak selesa tu daripada disedari ahli homeroom lain.

Kemudian setelah bermulanya kelas, pelajar lelaki duduk kat depan, pelajar perempuan duduk kat belakang. Namun bila tiada cikgu, adalah biasa pelajar lelaki pergi ke tempat perempuan, pelajar perempuan pergi ke tempat lelaki, bersembang dan berbual2.

Waktu ni org rasa janggal lagi. Org cuma duduk kat tempat sendiri, kemudian tiba2 beberapa org budak lelaki duduk depan org dan cuba bercakap2 dengan org. Mungkin diorg nampak org senyap sangat. Masa ni rasa malu macam nak sorok muka, tapi org cuba cover. Dan akhirnya, lama2 alhamdulillah, kitorg dah boleh berkawan :)

*Bersama kawan2 rapat :)*

Waktu ujian pendidikan Islam, org yang biasa jawab dalam jawi masa form3, teruskan menjawab dalam jawi. Serius waktu ni org tak tau yang boleh jawab dalam rumi. Waktu jawab ujian tu, seorang ustaz yang jaga ujian jeling kertas org, kemudian beliau tersenyum2.

Kemudian masuk ustaz yang lain, tengok gak kat kertas ujian org dan terus buat tanda bagus. Org dah terpinga2 tapi still teruskan menjawab. Bila dah habis ujian, lepas tanya kat kawan2, baru org tau kenapa. Tula kali pertama dan kali terakhir org jawab ujian dalam jawi kat maktab :D

*Maktab org 3 tingkat*

Alhamdulillah, waktu peperiksaan pertengahan tahun, org dapat keputusan paling tinggi dalam homeroom. Mungkin disebabkan org wajib menghafal pelbagai surah waktu kat SAMTTAJ, org rasa waktu nak memahami dan mengingati benda2 yang dipelajari waktu form 4 agak mudah (except add math, org lemah gila subjek ni) Kemudian, mentor homeroom org, suggestkan nama org untuk bertanding sebagai Badan Wakil Pelajar (BWP), ala2 MPP kat universiti camtu. Org yang tak berapa nak aktif kat SAMTTAJ, cuba nak menolak tapi org tak mampu nak membangkang keputusan mentor org tu huhu.

Lepas nama org dicalonkan, bermula aktiviti org sebagai calon BWP iaitu membuat poster dan ditampal kat sekitar maktab, kemudian bermanifesto di dewan makan disaksikan semua student, dan pergi mengundi. Semua benda ni satu pengalaman baru untuk org, yang selama ni hanya tau nak belajar je masa kat SAMTTAJ dulu.

Dan alhamdulillah, org menang untuk jawatan Biro Puteri, dimana tugas org menjaga kebajikan student2 perempuan kat asrama. Waktu ni rasa bersyukur sangat, sebab tak payah nak bekerja dengan student lelaki. Tapi still, waktu meeting dan aktiviti2 BWP yang lain, kitorg still kena bekerjasama. Bermulalah kat sini org belajar cara2 meluaskan pergaulan antara sesama BWP dan BWP MRSM lain, dan juga bekerjasama dalam apa jua perkara. Nilah pengalaman paling berharga yang tak mungkin org lupakan sepanjang hidup org :)

*Team BWP beriadah tepi pantai :)*

Syukur alhamdulillah, org meninggalkan MRSM dengan keputusan SPM yang org rasa baik, walaupun takla straight A. Kiranya tak silap org buat keputusan nak berpindah dulu, sebab org dapat timba banyak sangat pengalaman baru kat sini. Ok, cukuplah sampai sini dulu. Panjang sangat dah ni. Terima kasih sebab sudi baca kisah hidup org ni ye. Semoga bertemu di lain waktu. Assalamualaikum wbt :)

19 comments:

Ain said...

huhu...kira akak aktif jugak la kat mrsm dlu???org pun mse kat samtaj, tak aktif...pelik gak sbb mse skola rndah org aktif ckit...msuk samtaj bese je..msuk uitm tu len ckit r..org jd JPK(jwtankuasa perwakilan kolej) dr sem 2 smpi sem 5...=)

nadzwareina said...

alhamdulillah la ain. akak tak pegang jawatan masa kat samttaj je. waktu skola rendah, kat MRSM, kat uni, semua ada akak pegang jwtn. tp semua org yg suruh, ada je yg akak xnak jadi tp dh amanah trpksala kan.. akak kat uni jadi s/u prsatuan fakulti ngn sekereteriat MPP, tak larat nk jadi JPK mcm ain hehe:)

Dzuu Haniin said...

hehehe...ada gambar saya!!

ku-cit said...

best la bc pengalaman dia...

nadzwareina said...

anas : baru nak singgah blog anas suruh baca entry latest akak ni, tngok2 anas dh singgah hehe :D

ku-cit : thanx banyak ye sudi singgah & baca. org singgah blog awak plak ye :D

Taufan Bin Ribut said...

best lah die jadi bebudak mrsm..hahaha..


Entri terkini : 10 sebab kenape saye sayang awak ^_^
Ebtri sebelum :entri ni aku taip dalam keadaan separa normal.
Watch my video song!!

Mr. Asada said...

kira ahli politik lah nih. hihihi.. tak tahu macamana feel kat sekolah lain sbb tak pernah berpindah sekolah pun. huhu..

nadzwareina said...

taufan : hehe xdela best sgt pun sebenarnya.. smaa je mcm skola lain kut :)

asada : lebih kurg la kut, hehe. skolah kat sarawak ye dulu?

shiqin ghazali said...

hehe.. kenangan di maktab mmg best

MummyMeowMeow said...

ade gambar saya! kurus lagi.. please nk rewind time??....

nadzwareina said...

syiqin : tula, walaupun 2 tahun je.. bnyk memori kat sini kan?

deeb : bukan deeb je, org pun kurus gak time ni.. muka kita pun sume suci je kan? hehe

Azeda Ahmad said...

zmn sek dulu rajin jejaln area kem terendak tue..skrg dah xsek..goyang kaki jeww..

nadzwareina said...

org pas habis spm skali je singgah kem terendak tu amik sijil spm.. lagi teruk huhu.. thnx ye sudi singgah :)

cik violet said...

wawa..rindunye kenangan maktab ... huhu

nadzwareina said...

rindu gak paah.. bile nk buat reunion ni eh? ^_^

Ain said...

wah?? akak pgang smpi 2 post???hebat...sekreteriat MPP pun bz gak apa...plus pulak dgn s/u fakuti..lagilah berganda2 sbuknye...tp ain rse bersyukur sbb ain diberi pluang menimba pengalaman memegang jwtan...it's a good experience..=)

Unknown said...

Wah hebat la akak...Tp sy baru pergi interview mrsm utk ting.1 2015.Doakan saye berjaye ye?Lagi satu asrama die camne ek?

Rez Rizal said...

Hi junior

Dahlia said...

Hi akak mrsm ni mmg wajib pakai tudung ke??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...