CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 July 2011

Dugaan Mengawal Amarah Menjelang Ramadhan…


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Tak tahulah kenapa, menjelang bulan Ramadhan yang akan bermula pada hari isnin ni, bertubi2 perkara yang sungguh2 menguji kesabaran melanda diri dalam 2 hari ni. Tiba2 berlaku perkara2 yang mampu mengundang kemarahan dan kegeraman dan memerlukan kekuatan org untuk mengawal diri dan percakapan. Tak pernah org rasa nak marah macam ni sekali.

Mula2 malam tadi. Sambil tengok bola rasa nak mengunyah something. Lalu teringat coklat2 yang dibeli kat Langkawi, ada dalam satu tupperware. Bila pergi dapur cari2 tak ada. Bila tanya ibu, ibu kata adik lelaki org bawak satu tupperware coklat2 tu pergi sekolah. Jual kat kawan. Ibu pun baru je tau petang tadi rupanya.


Masa tu dalam hati terus rasa menyirap yang teramat sangat. Coklat yg banyak2 tu, yang tak murah tu dia bawak sekolah jual kat kawan2? Ya Allah geramnyaaaaa aku!! Aku beli nak bagi satu family makan kat rumah, dia bawak coklat tu jual kat kawan kat sekolah. Yang tinggal cuma satu bar coklat. Itu je.


Dan akhirnya bila amik adik dari mengaji, dia kena satu das leteran daripada org yg org rasa agak dahsyat. Nasib baik tak nangis. Tapi almost la.


Pada waktu petang esoknya, waktu nak menghantar adik ke sekolah, banyak sungguh kenderaan2 yang mencari pasal. Masuk dalam lane org suka2 hati. Org pulak yang kena slow speed kereta biar tak bergesel. Hamboi2. Ingat jalan ni ko sorg yang punya?


Bukan takat kereta je. Tiba2 lepas tu ada pulak satu couple naik motor ni sedap makan angin kat tengah2 jalan. Kalau dah tua tu fahamla jugak, ni budak2 remaja yang macam tak cukup umur. Okeh time ni org memang dah tak boleh tahan sabar. Org bukak cermin kereta, tekan hon, lalu tepi diorang, jerit suruh tepi sikit. Terkejut badak diorang. Kan dah kena marah. Nasib baik pastu diorang terus ke tepi.


Then org singgah kedai nak beli beberapa barang. Boleh pulak time tengah tunggu turn nak bayar tu tiba2 ada sorang mamat India ni potong line dengan selambanya. Org pun terkejut. Kemudian org cakap ’Excuse me,’ dengan kuatnya bagi dia dengar. Dia pulak pandang org dengan muka tak puas hati then selamba pergi bayar barang dia. Nasib baik barang sikit je. Lepas bayar dia terus blah. Haih geram2. Nasib baik tak kena marah macam couple tadi tu. Tak sempat pun.


Bila balik rumah, kat dalam bilik tiba2 org nampak pembalut coklat kat atas meja. Tiba2 teringat sesuatu. Eh ni coklat member aku kirim. Ah sudah. Bila bukak peti ais tengok plastik pembungkus coklat untuk member tu dah kena bukak. Padahal org dah asing dalam plastik lain, tapi adik laki org yang satu lagi pergi makan pulak. Ya Allah. Sabar je lah. Lalu terpaksalah org mintak maaf dekat kawan org yang mengirim coklat tu. Coklat dia dah kena makan ngan adik huhu.


Tu tak masuk lagi dengan laptop ni yang suka mematikan diri secara tiba2. Rasa nak baling laptop ni pun ada gak, tapi bila memikirkan laptop ni dah digunakan lebih 4 tahun, tak sampai hati nak buat. Then time tiba2 teringin nak makan cereal, letak2 je cereal dalam mangkuk dengan susu tiba2 punyalah banyak semut keluar dari mangkuk tu. Yang dah lemas dalam susu pun banyak. Rupanya2 cereal tu dah dihurung semut, cuma org tak nampak sebab warna dia gelap. Terpaksalah cereal dalam mangkuk tu dibuang begitu sahaja. Rugi2.


Dalam hati memang rasa nak terbakar je. Macam2 hal la dalam 2 hari ni. Org jarang naik angin macam ni sekali. Tapi kalau sekali dah marah, org tak nafikan, memang agak dahsyat la. Sampai ibu pun perasan muka org duk tahan marah huhu. Mungkin ibu risau org melenting, sikit pun ibu tak tanya. Takpelah ibu, org dh cool sekarang.


Oklah, sekian untuk kali ni. Harap2 lepas ni org boleh la mengawal rasa marah bila tiba bulan Ramadhan nanti. Lama jugak dah tak rasa marah macam ni. Selamat berpuasa dan bersahur ye kawan2 semua :)



p/s : Teringat dulu masa zaman uni terhempas tangan kat meja waktu presentation sebab kena provoke dengan lecturer. Terkejut satu kelas. Serius tak sengaja time tu huhu -__-

26 July 2011

#5 Wordless Wednesday

*Klik untuk lebih jelas*

23 July 2011

Alhamdulillah.. Seorang Sahabatku Telah Berhijrah.. :)

Bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Org dah bercuti seminggu dari berblogging sebab org pergi bercuti dengan kawan2 kat langkawi & perlis. Tapi entry kali ni org bukan nak cerita pasal vacation tu. Kali ni org nak cerita pasal salah seorang member baik org merangkap ex-roomate, ex-housemate, dan ex-classmate yang bernama Shahnaz.

Org pernah buat entry pasal Shahnaz kat sini dan sini.

Dan bila pertama kali jumpa Shahnaz setelah sekian lama pada hari isnin lepas sebab kitorg menaiki bas bersama2 ke perlis, org terkejut besar. Masa tu mata memang tak lepas dari asyik pandang wajah Shahnaz, sampai dia malu dan pegang pipi sambil tersipu2. Shahnaz bagitau yg
org member 1st yg tau tentang perubahan imej dia. Org pulak laju je message Ayu, member kitorg kat perlis dan beritahu tentang perubahan Shahnaz ni, sebab masa tu rasa excited sangat.

*Macam nilah reaksi Shahnaz setiap kali kitorg nak ambik gambar dia*

Shahnaz yang dulunya tak bertudung, dengan rambut pendeknya yang macam2 style, kadang2 fesyen boyish cut, kadang2 fesyen bulat macam cendawan (jangan marah Shahnaz ni org lain yang cakap :p) kini dah bertudung litup. Serius nampak comel sangat. Tak tipu.

Dalam hati Allah je tau betapa happynya org rasa lepas melihat perubahan Shahnaz. Sebab dalam geng kitorg seramai 12 org tu, Shahnaz sorg je yang tak bertudung. Kadang2 sampai kitorg pun terlupa lalu asyik bersembang pasal topik tudung dan menutup aurat yang mungkin kadangkala ada membuat Shahnaz terasa. Serius kitorg terlupa. Sorry ye Shahnaz kalau ada masanya kitorg pernah terlepas cakap ke, kitorg betul2 tak sengaja time tu.

Tapi walaupun Shahnaz yang dulunya tak bertudung, Shahnaz tak pernah pakai pakaian yang seksi dan menjolok mata. Kalau keluar rumah, Shahnaz tak pernah pakai baju berlengan pendek. Blaus & skirt apatah lagi, memang bukan taste Shahnaz. Shahnaz lebih selesa dengan imej yang ringkas, berbaju T dan berseluar jeans.

Shahnaz pernah share dengan org dulu, bila tiba masanya, dia akan terus bertudung tanpa bukak2 lagi. Dia takmau jadi macam sesetengah org yang kejap bertudung, kejap bukak. Shahnaz berpendapat perbuatan tu macam mempermainkan tuntutan agama. Dan alhamdulillah, lepas bertudung, memang Shahnaz mengotakan kata2nya dulu. Hampir seminggu di langkawi & perlis, tak pernah sekalipun Shahnaz keluar tanpa memakai tudungnya.

*Gambar candid Shahnaz di tepi pantai. Credit to Ayu*

Dulu org memang dah jangka yang Shahnaz memang akan bertudung. Kalau bukan waktu kerja, mungkin selepas dia kahwin. Sebab ibu dan kakak Shahnaz bertudung. Tapi org tak jangka secepat ni. Benarlah Allah itu berhak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Bila kadang2 org terbaca tentang seksaan Allah diakhirat kelak kepada wanita2 yang mempamerkan rambutnya lepada umum, dimana rambut mereka dibakar hingga ke kulit kepala sehingga menggelegak otak mereka, terus terang org katakan kadang2 fikiran org teringat kat Shahnaz. Tipu kalau sebagai seorang sahabat baik, dalam 5 tahun org mengenali Shahnaz tak pernah sekalipun org berdoa semoga Shahnaz terbuka hati untuk bertudung. Sebab tu org happy sangat lepas melihat perubahan Shahnaz sekarang. Seolah2 melihat sendiri satu doa yang pernah diungkapkan sekian lama dulu telah dikabulkan Allah, Alhamdulillah.. :)

Shahnaz yang memang sedia comel, terus bertambah kecomelannya selepas bertudung. Bentuk muka Shahnaz yang bujur memang sesuai & nampak cantik dengan tudung yang dipakainya. Nampak ayu dan hilang terus imej tomboynya dulu. Seronok bila kat pasar malam kat langkawi kitorg berpeluang shopping tudung dan memilih tudung bersama2, dimana peluang ni kitorg tak dapat semasa di Puncak Alam dulu :)

*Gambar feveret org. Comey kan? Comey kan? :D*

Kepada Shahnaz, tahniah sebab menjadi insan yang dipilih oleh Allah untuk berhijrah kepada yang lebih baik. Tak semua org diberi peluang macam tu, hanya insan2 bertuah sahaja. Semoga keikhlasan hati Shahnaz berubah demi mendapatkan keredhaan Allah akan dibalas dengan limpahan rahmat dan rezeki yang tak terhingga daripada Allah, InsyaAllah :)

Sekian untuk kali ini. Terima kasih sebab sudi baca. Assalamualaikum wbt :)


p/s : Shahnaz baru je kehilangan atuknya akibat heart attack pada hari khamis lepas. Mari kita sama2 sedekahkan Alfatihah buat arwah atuk Shahnaz ye.


12 July 2011

Alkisah Home Alone T__T

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..


Sebenarnya cerita sadis ni dah berlaku beberapa minggu yang lepas. Tapi disebabkan ketandusan idea untuk menaip post baru, org share jela cite ni.. takpe eh?

Nak dijadikan cerita, beberapa minggu lepas, pada hari Sabtu, parents org pulang ke kampung untuk menghadiri kenduri. Maka tinggallah org berdua dengan seorang adik lelaki bernama Syahmi di rumah.

*Ini Syahmi. Dia memang suka pose sengal*

Syahmi tak dapat ikut pulang ke kampung disebabkan dia ada kelas tambahan di sekolahnya pada pagi Sabtu itu. Pagi2 Sabtu tu Syahmi pun pergi ke sekolahnya dengan menaiki basikal. Org yang tinggal berseorangan di rumah mengabiskan masa membuat kerja2 rumah sepeti menyapu, basuh baju, basuh pinggan, etc (macam banyak je keje nak etc bagai haha)

Bila menjelang waktu tengahari, perut pun mula terasa lapar. Lalu org pun buka peti ais untuk melihat apa benda yang ada yang untuk dimasak. Bila bukak ice box je, ternampak dua ekor ikan cencaru. Dalam kepala dah terfikir ‘Em masak ikan cencaru masak kicap pun sodap nih

*Gambaran ikan masak kicap di fikiran. Kredit kepada tuan empunya gambar*

Dengan gambaran ikan masak kicap terbayang di kepala, sambil bernyanyi riang (ahaha okey yang ni tipu) org pun membuat persediaan untuk memasak. Segala bawang yang diperlukan org kopek dan hiris, sayur2 seperti lobak merah dan cili org bersihkan dan potong, ikan tu org siang dan cuci, macam2 lagi la. Nasi pun org dah masak siap2. Lalu segala bahan2 untuk dimasak tu pun org bawa ke dapur yang terletak di belakang rumah.

Org amik kuali dan letak minyak secukupnya untuk goreng dulu ikan cencaru tu. Bila nak pasang api, org pun putar la tombol kat dapur gas tu. ‘Tappp !!

Malangnya tak ada api keluar. Org cuba lagi ‘Tappp !! Tapp!!’ still tak ada api keluar. Alamak, gas habis ke? Time ni la kan gas ko nak habis. Sampainya hati ko.. isk3.

*Gas gas. Time ni la ko takde*

Org pun pergila ke meja telefon di rumah untuk mencari nombor telefon kedai runcit berhampiran. Ha, jumpa, ada dalam buku telefon. Eh kejap2. Nak tukar tong gas baru haritu ibu cakap kena bayar RM27. Org pun pergila ambik purse dan check duit kat dalam tu ada berapa..

Alamakkk! Ada RM20 je. Mana cukup nak tukar tong gas baru. Huhuhu. Lama sangat dah duk rumah ni tak pakai duit sendiri, asyik parents support je sampai lupa duit dalam purse ada berapa. Lama dah tak cucuk duit huhu. Nampak gaya macam kena kensel je masak ni. Duit nak tukar tong gas tak ada la pulak.

*Bukan tak ada tapi tak cukup huhu*

Dengan sedihnya org menyimpan kembali ikan dan bahan2 masakan ke dalam peti ais. Lalu org pun buat keputusan nak bersiap2 untuk membeli je lauk kat kedai. RM20 tu cukupla kut untuk buat belanja beli lauk untuk 2 org makan. Nasib baik nasi dah masak. Bila dah siap, org pun carila kunci kereta kat tempat gantung kunci. Cari2 tak jumpa. Cari seisi rumah pun tak jumpa. Alamak mana kunci kereta ni hilang pulak ??

Org terus buat keputusan nak call handphone ba. Org call ba tanya kunci kereta kat rumah ni mana. Rupa2nya ba cakap beliau terbawak kunci kereta tu sekali on the way nak balik kampung. Ba nak amik kunci kereta lain, tapi ba grab je segugus kunci kat situ. So kereta kat rumah ni tak ada kunci la. Huaaaaa (jerit dalam hati)

*Kunci kereta pun takde jugak huhu*

Org pun jeling kat tempat kunci tu. Nampak pulak kunci skuter (actually basikal elektrik tapi org panggil skuter) Lalu keputusan akhir pun dicapai, kunci skuter diambik lalu org pun menuju ke kedai makan berhampiran untuk membeli lauk. Maka pada waktu tengahari yang panas terik itu terkedek2lah skuter org bergerak membelah jalan menuju ke kedai makan...

*Lebih kurang macam ni la rupe skuter org tu, cuma dia kaler putih*

Dan petang tu Syahmi pun balik dari sekolah. Dia masuk ke dapur lalu bukak tudung saji.

Alonggg. Ko kata nak masak. Ni macam lauk beli je ni??' laung Syahmi dari dapur.

Makan je la Syahmi. Ko ingat senang ke nak dapatkan lauk tu ? Penat along bersusah payah harini tau, huhuhu’ kata Alongnya dengan nada sedih.


Sekian sahaja cerita sadis pada hari itu. Moral of the story : Kalau nak duduk sorg kat rumah make sure duit cukup, kunci kereta ada. Kalau emergency ke, senang.

Terima kasih sebab sudi baca. Assalamualaikum wbt.


11 July 2011

Video Yang Patut Ditonton Oleh Seluruh Rakyat Malaysia


Bismillhirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Org tertengok video ni setelah dishare oleh ramai org kat facebook, dan berasa terpanggil juga untuk share video ni dengan semua org. Bagi mereka yang masih tertanya2 akan kebenaran berita yang disampaikan oleh pihak media, samada melalui televisyen atau surat khabar tentang perhimpunan Bersih 2.0 (macam org), mungkin video ini sesuai untuk anda.



Anda nilaikan sendiri.


Sekian, assalamualaikum wbt.

10 July 2011

Persoalan Tentang Bersih 2.0 Yang Berlegar di Fikiran

Bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Seperti yang seluruh rakyat Malaysia sedia maklum, pada hari semalam, 9 Julai 2011 terciptalah satu sejarah baru dimana satu perhimpunan yang dikatakan haram telah berlaku secara besar-besaran di Kuala Lumpur.

Org sebagai salah seorg rakyat Malaysia, sekadar ingin meluahkan pendapat tentang peristiwa tersebut. Sebelum tu ingin org bagitau, org tak menyokong mana2 parti politik. Malah org baru je mendaftar sebagai pengundi pada tahun ini, itupun disebabkan paksaan daripada pihak fakulti (Bukan org tak mahu menunaikan kewajipan sebagai seorang rakyat, tapi honestly, org ragu2 untuk memilih siapa pemimpin yang org rasa boleh diundi demi masa depan negara. Semua parti pun sama je. Org taknak tersilap pilih)

Berbalik pada tajuk diatas, bila org baca berita tentang perhimpunan Bersih 2.0, beserta dengan tuntutan2 berkenaan sistem pilihanraya di negara kita yang dikatakan tidak telus, org berpendapat, why not? Negara kita negara demokrasi. Semua orang berhak bersuara. Tapi yang pentingnya mestilah melalui medium yang betul. Kalau buat perhimpunan di jalanan yang mengganggu ketenteraman orang ramai, itu terang2 salah.

*Tuntutan Bersih 2.0*

Dan menurut berita yang org baca di media, permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut tidak diluluskan. Pada saat ini, hati telah tertanya2, kenapa? Kemana hilangnya hak bersuara itu? Mungkin disebabkan cara berhimpun itu bukan satu medium yang betul, maka ia tidak diluluskan? Tapi apa salahnya beri permit perhimpunan, dengan syarat buat di satu tempat khas seperti di stadium? Lebih senang dikawal pihak berkuasa. Memudahkan rakyat untuk berhimpun tanpa menyebabkan huru hara dan mengganggu ketenteraman awam. Mungkin disitu boleh dilihat dengan lebih jelas berapa ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya menyokong tuntutan tersebut.

Disaat hati masih tertanya2, org terbaca lagi berita mengatakan Yang di-Pertuan Agong telah pun meluluskan perhimpunan tersebut.Tapi still di berita masih disebut perhimpunan haram. Org musykil lagi, apa status perhimpunan ni sebenarnya? Kenapa dikatakan haram lagi? Sebab tak dapat kebenaran untuk dibuat di Stadium Merdeka, tapi mereka berkeras juga untuk mengadakan perhimpunan?

*Antara 50k rakyat yang berhimpun. Ramai rupanya yg menyokong perhimpunan ni. Tapi apasal surat khabar cakap 6k je? Pelik2*

Dan selepas itu apabila bertubi2 berita yang disiarkan di tv menunjukkan pihak polis berusaha bermati2an untuk menentang perhimpunan tersebut, siap mengadakan roadblock bagi menghalang rakyat masuk ke KL, menahan mereka yang mengedarkan Tshirt Bersih (yang mana org lihat kat tv majornya sudah berusia), bekukan perkhidmatan bas, lepaskan gas pemedih mata, org wonder lagi, kenapa mereka perlu buat begitu terhadap org awam yang sekadar ingin berdemonstrasi, bukan merusuh mahupun mencederakan pihak polis? Malah mereka tak merosakkan harta benda awam pun. Bukankah Agong dah luluskan perhimpunan ni? Jadi selama ni berita yg org baca tu salah la?

*Alahai kesian pakcik*

Dan semalam, sejak pagi lagi org mengikuti perkembangan perhimpunan ini di twitter dan laman2 web yang lain. Dan apabila menonton Buletin Utama, org dapati ada berita yang bercanggah dengan apa yg org baca di internet pada waktu siang. Yang mana nak percaya? Org tak tahu. Tapi majoriti respons yang org baca di internet mengatakan pihak media sengaja menokok tambah dan menggempakkan cerita. Malah ada yang mengatakan, rakyat sekarang tidak bodoh untuk percaya bulat2 berita di tv.

Bila banyak pemimpin2 parti politik ditahan, satu persatu persoalan dibangkitkan. Apakah benar perhimpunan yg diadakan pada hari semalam bermotifkan kebersihan sistem pilihanraya? Atau sekadar bermotif politik semata? Betul ke perhimpunan tersebut didalangi parti pembangkang? Org tak ada jawapan untuk soalan2 ni. Dan tentang memorandum tersebut, mengapa tidak diberikan kepada Agong? Jawapan kepada persoalan itu org terbaca di sini.

Ditambah lagi dengan kumpulan Patriot berbaju merah yang turut berhimpun, aduan2 rakyat mengenai kesesakan jalan raya dan kerugian berjuta2 akibat perniagaan ditutup, sampah2 yang ditinggalkan selepas perhimpunan ini, semua ni buat org rasa kecewa. Sebab org rasa sekiranya kerajaan meluluskan penggunaan stadium sebagai tempat perhimpunan, semua ni takkan berlaku. Seperti yang org katakan dalam status FB org sebelum ni, 'selalu sedih tengok negara orang. hari ni sedih tengok negara sendiri'. Dan oh ye, kenapa pihak SPR langsung tak bersuara ye?

Cukupla sampai sini. Sekadar meluahkan rasa hati yang disimpan. Ini adalah perspektif org tentang hak bersuara rakyat Malaysia, tanpa dipengaruhi mana2 parti politik.Tapi apa yg org nampak, kerajaan berusaha sedaya upaya menghentikan perhimpunan ini walaupun telah diberi kelulusan oleh Agong. Peribahasa 'Berani kerana benar, takut kerana salah,' berlegar di fikiran. Kenapa org nampak macam kerajaan seolah2 takut dengan perhimpunan ni dan berusaha gila2 untuk menghentikannya? Bukankah perhimpunan ini sepatutnya boleh berjalan dengan aman jika dikawal, seperti di Mesir baru2 ni? Korang semua ada terfikir benda yang sama tak? Ke org je yang fikir macamtu?

Mungkin org belum layak menulis tentang ni, sebab pengetahuan org tentang kronologi peristiwa perhimpunan Bersih 2.0 ni masih agak cetek. Jika ada info2 tentang perhimpunan ni yg org terlepas, kalau ada antara korg yg baca, nak betulkan pendapat org ni & nak share pendapat korg pulak, silalah. Tapi kesimpulannya org kecewa dengan peristiwa yang terjadi di negara kita semalam kerana disebabkan ini rakyat kita berpecah belah dan menjadi dua puak yang berbeza pendapat. Jadi apa gunanya slogan 1Malaysia tu?

* A.Samad Said - 'Bila demokrasi semakin mangkat'




Cuba tengok video diatas ni. And think. Jika seramai ini yang berdemo di ibu negara, bukankah sudah terang lagi bersuluh memang sistem pilihanraya negara kita mempunyai masalah dan perlu diperbaiki?

Sampai sini dulu. Sekian, assalamualaikum wbt.



p/s : Bila kita menolak ideologi kerajaan, bukan bermakusud kita menyokong pembangkang. Dan begitu juga sebaliknya, bila kita tidak menyokong ideologi pihak pembangkang, tak bermaksud kita di pihak kerajaan. Setiap org berhak mempunyai pendapat masing2.

p/s 2 : Alfatihah buat Allahyarham Baharudin Ahmad, peserta perhimpunan Bersih yang meninggal dunia selepas terjatuh dan pengsan ditembak gas pemedih mata.

p/s 3 : Cuba kira berapa banyak tanda soal (?) ada kat atas ni.


09 July 2011

Contest Lagi. Kali Ni Pantun Pulak :D


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Tadi ketika berblogwalking, org terbaca dekat blog saudara ASaDa tentang contest pantun yang beliau sertai. 1st time org jumpa contest berbalas pantun dekat blog, so org tertarik nak join. Jika dua contest yang org join sebelum ni melibatkan gambar (yang mana org rasa senang, just tepek gambar), tapi contest yang ni mengasah skill org untuk mencipta pantun yang menarik. So kat bawah ni ialah banner tuan empunya blog yang menganjurkan contest, Tuan Haji Al-Lavendari.

Kalau ada yang berminat nak join gak, boleh klik kat link ini (sory org tak reti linkkan ke banner tersebut huhu). Hadiah dia agak menarik, wang tunai RM100. Korang yang pandai mengarang ayat puitis2 tu, tryla join. Kut2 ada rezeki boleh menang ke kan? :)

So kat bawah ni tiga rangkap pantun yang dijual dan tiga rangkap pantun yang dibeli oleh org. Org tak la berapa kreatif nak mengarang pantun, so kalau korang baca macam pelik ke, tak sedap ke, mintak maaf awal2 la ye hehe.

Pantun pertama yang dijual :

Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?

Pantun pertama yang org beli :

Si anak duduk bermain kucing
Naik ke bahu bergesel di kaki
Jadikanlah tanduk sebertuah gading

Manakan tahu, ia pembawa rezeki?

Pantun kedua yang dijual :

Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?

Pantun kedua yang org beli :

Pergi ke taman kemudian ke kebun
Datang ribut, terus pucat lesi
Sekali Allah berfirman,’Kun fayakun

Pasti jua hanyut, walau diikat besi.

Pantun ketiga yang dijual :

Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?

Pantun ketiga yang org beli :

Menaiki kereta ke Kubang Pasu
Singgah berhenti membeli keropok
Bila cinta buta dicemari nafsu
Dosa tolak tepi, yang penting seronok.



Oklah. Banyak pulak la contest yang org join lately ni ye. Kalau dulu nampak contest je terus buat tak tau. Tapi contest ni memang seronok sebab dah lama tak mengarang pantun sendiri. Tak harap pun menang, sebab pemenang dipilih hanya seorang je. Lagipun org dah baca pantun contestant lain semua pun best2 belaka. Tapi macam yang org cakap dalam contest sebelum ni, kalau menang, memang rezeki dari Allah, alhamdulillah :)

Sekian, takat sini dulu. Assalamualaikum wbt.


p/s : Sejak rajin join contest ni mencanak2 naik bilangan follower huhu. Terima kasih.. terima kasih :)


08 July 2011

Saya join Contest The Best Picture of Me :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Tadi masa org balas2 komen kat blog, org baca kat shoutbox org yg org kena tag untuk join satu contest ni, daripada cik lya. Demi tidak mensia2kn tag yg diberi oleh beliau dan melihatkan hadiah contestnya yang agak menarik, so org pun decide nak join. So org perkenalkan dulu, ni la tuan empunya blog yg sungguh rajin menganjurkan contest tersebut :

Comey kan? Sape2 yg berminat gak nak join silala ke blog beliau kat sini :)

So gambar yang org pilih yg org rasa best picture adalah gambar dibawah ini:

Actually ni la profile pic fb org. Org edit sikit bubuh watermark & frame. Kenapa org suka gambar ni? sebab gambar ni diambil waktu org bersama geng2 rapat seramai 12 org buat photoshoot kat tasik Putrajaya. Kitorg ni baru je habis belajar, so photoshoot tu diadakan sebagai tanda kenang2an bila masing2 dah bawak haluan sendiri nanti :')

Lagi satu gambar ni kalau korg perasan org bukan sorg, tapi berteman. Tu tu nampak tak 'putera katak' yang duduk sebelah org tu? Dia temankan org sorg2 termenung kat situ. Teringin la jugak nak cium katak tu, manala tau kut2 dia berubah jadi sorg jejaka yang hensem kan. Bolehla dibuat pakwe memandangkan org single lagi (tak ada org tanya pun :p). Tapi takut pulak tuan empunya katak tu marah, so org batalkan hasrat itu hehe (kredit to my bestie, Sanaz, the real owner of katak itu :D)

So kat sini org selit la satu gambar photoshoot kitorg 12 org tu, saja buat tatapan dan hiasan, hehe.

So untuk syarat terakhir dimana org perlu tag 3 org, org tag pengomen2 baru yang paling rajin komen dan blogwalking kat blog org lately ni. Mereka yang bertuah itu adalah :

1) Atiqah Wadiah

2) Afiqa Dayana

3) Faraa Eiman

Ok, dah. Pasni nanti org infom diorang bertiga. Contest ni saja2 je join. Kalau menang syukur banyak2 Alhamdulillah, memang rezeki dari Allah :)


Ok cukup sampai sini dulu. Jumpa di post akan datang ye. Assalamualaikum wbt :)


p/s : Follower dah 205. Thanx banyak2 buat mereka yang sudi folow blog org yang tak seberapa ni :)


07 July 2011

I Wish To Have Someone Like Him...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Di tengah2 malam buta, di saat rakan2 seusianya mencari ketenangan selepas belajar atau bekerja dengan berhibur di kelab malam, atau menonton televisyen di rumah, atau tidur senyenyak2nya, dia memilih untuk merehatkan fikiran dengan cara yang berbeza. Dia mengasingkan diri daripada orang ramai, pergi ke tempat yang betul2 sunyi dan tenang, lalu membaca senaskhah Al Quran.

Dia menghayati bacaan Al Quran tersebut, mendalami maksud setiap ayat2 yang dialunkannya sendiri, memuhasabah diri lalu mengalirkan air mata mengenangkan dosa2 silam yang pernah dilakukannya. Dalam hati dia sentiasa berazam untuk merubah diri menjadi lebih baik pada hari esok.

Andai berjumpa dengan lelaki sebegini di luar sana, saya memang takkan biarkan dia pergi.



p/s : Saya tak kenal siapa lelaki di atas, sekadar meminjam gambar ini daripada rakan Facebook saya, Nurul Tazkiah Jaafar. Terima kasih banyak ye :D


My New Favourite Blog :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Ok, dalam entry kali ni org cuma nak share tentang satu blog yang org baru follow dalam 2 hari lepas. Blog ni serius sangat menarik. Baru 3 minggu berblogging, tuan empunya blog dah berjaya kumpulkan follower dalam 600 lebih (sekadar post ni ditulis). Kalah org yang berblogging selama setahun. Hebat tak?


Kalau Blog Serius dan The Other Khairul femes sebab nilai sarcasticnya yg tinggi, blog Fatin Liyana & Hanis Zalikha sebab kesempoian & kecunan (ada ke word ni?) penulisnya, blog Kari Ngeri sebab gambar2 extremenya, dan blog Kereta Mayat dan Hami Asraff sebab artikel2 yang berbaur renungan (sekadar menyebut beberapa blog yg org selalu kunjungi),blog yg org nak cerita ni femes sebab entrynya yang banyak berkisar pasal haiwan peliharaan atau pet. Sangat sesuai untuk animal2 lover di luar sana yang majoritinya didominasi oleh kaum hawa macam org :D


*Header blog beliau. Terkejut org bukak2 je terpacul muka tuan empunya blog hehe*


Menurut info kat blog ni, penulisnya bernama Hidayat dan beliau student Animal Science. So entry2 beliau memang banyak info2 pasal haiwan yang beliau belajar which is very interesting. Ada pasal kucing, kambing, arnab, lembu, ayam dan beliau juga share tentang pet beliau iaitu Guinea Pig. Satu lagi yang menarik kat blog ni, ianya sangat comel sebab dihiasi animated gif tuan empunya blog, macam kat bawah ni (tapi yang bawah ni tak bergerak, kat blog beliau ada bergerak2)


*Menarik kan? Serius kreatif. Tak pernah pun terpikir nak buat macamni kat setiap entry*


So ape lagi, pergila serbu blog beliau beramai2 kat link ni. Tak rugi tau sebab banyak info baru, walaupun entry beliau tak banyak sebab baru berblogging dalam 3 minggu kan, tapi semuanya seronok dibaca.

Sekian untuk kali ini. Terima kasih ye sebab sudi baca. Assalamualaikum :)


p/s : Oh org tak dibayar untuk mempromote blog ni. Cuma rasa terpanggil untuk berkongsi dengan blogger2 di luar sana hehe :)


04 July 2011

Culture Shock : Tahun Pertama di MRSM


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Post kali ini, adalah rentetan kepada post org sebelum ni, iaitu tentang cerita org selama 3 tahun kat SAMTTAJ.

3 tahun belajar di sekolah menengah agama, tak mudah untuk org menukar cara hidup org yg selama ni agak konservatif. Namun disebabkan impian org untuk score SPM dengan cemerlang, org buat keputusan untuk berhijrah untuk menimba ilmu di suasana yang berbeza. Oh ye masa ni org memang khilaf, org berpendapat MRSM lebih bagus dari segi akademiknya berbanding sekolah menengah agama. Walhal pada hakikatnya tak benar sama sekali. Maaf ye kalau ada sape2 student sekolah menengah agama yang terasa :(

Hari pertama bergerak ke MRSM Terendak kat Melaka, org dah merasai satu suasana baru. Maktab org ni (org biasa panggil maktab untuk MRSM) letaknya di tengah2 kem tentera. So sebelum masuk maktab kena lapor diri dulu, dan kereta akan diperiksa oleh tentera yang bertugas.

*Pintu masuk Kem Terendak*

Oh ye pada kali ini org dah menukar pakaian seragam. Orang tak pakai lagi tudung labuh, dan tudung labuh tu org gantikan dengan tudung bulat yang agak singkat sikit berbanding tudung labuh, tapi masih menutup dada. Waktu ni terasa agak ralat, sebab terpaksa mengubah cara berpakaian. Tapi org masih sedaya upaya untuk tampil sopan dan masih menutup aurat. Kain berwarna hijau org gantikan dengan kain berwarna khaki, standard warna kain MRSM.

*Warna kain khaki. Oh org pakai kain hitam sebab dah pegang jawatan. Nanti org sambung kat bawah :)*

Selepas mendaftar di maktab, org join minggu orientasi selama seminggu. Di maktab ni, kitorg dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang kitorg panggil homeroom, beserta seorang cikgu yang menjadi mentor homeroom kitorg. Dan dalam homeroom ni pelajarnya bercampur lelaki dan perempuan.

Minggu orientasi ni memerlukan kitorg banyak bekerja sekali. Bekerja sekali dalam satu kumpulan, buat persembahan sama2, bercakap dan berkenalan antara satu sama lain, buat org rasa kekok yang teramat sangat. Namun org cuba sembunyikan rasa malu dan tak selesa tu daripada disedari ahli homeroom lain.

Kemudian setelah bermulanya kelas, pelajar lelaki duduk kat depan, pelajar perempuan duduk kat belakang. Namun bila tiada cikgu, adalah biasa pelajar lelaki pergi ke tempat perempuan, pelajar perempuan pergi ke tempat lelaki, bersembang dan berbual2.

Waktu ni org rasa janggal lagi. Org cuma duduk kat tempat sendiri, kemudian tiba2 beberapa org budak lelaki duduk depan org dan cuba bercakap2 dengan org. Mungkin diorg nampak org senyap sangat. Masa ni rasa malu macam nak sorok muka, tapi org cuba cover. Dan akhirnya, lama2 alhamdulillah, kitorg dah boleh berkawan :)

*Bersama kawan2 rapat :)*

Waktu ujian pendidikan Islam, org yang biasa jawab dalam jawi masa form3, teruskan menjawab dalam jawi. Serius waktu ni org tak tau yang boleh jawab dalam rumi. Waktu jawab ujian tu, seorang ustaz yang jaga ujian jeling kertas org, kemudian beliau tersenyum2.

Kemudian masuk ustaz yang lain, tengok gak kat kertas ujian org dan terus buat tanda bagus. Org dah terpinga2 tapi still teruskan menjawab. Bila dah habis ujian, lepas tanya kat kawan2, baru org tau kenapa. Tula kali pertama dan kali terakhir org jawab ujian dalam jawi kat maktab :D

*Maktab org 3 tingkat*

Alhamdulillah, waktu peperiksaan pertengahan tahun, org dapat keputusan paling tinggi dalam homeroom. Mungkin disebabkan org wajib menghafal pelbagai surah waktu kat SAMTTAJ, org rasa waktu nak memahami dan mengingati benda2 yang dipelajari waktu form 4 agak mudah (except add math, org lemah gila subjek ni) Kemudian, mentor homeroom org, suggestkan nama org untuk bertanding sebagai Badan Wakil Pelajar (BWP), ala2 MPP kat universiti camtu. Org yang tak berapa nak aktif kat SAMTTAJ, cuba nak menolak tapi org tak mampu nak membangkang keputusan mentor org tu huhu.

Lepas nama org dicalonkan, bermula aktiviti org sebagai calon BWP iaitu membuat poster dan ditampal kat sekitar maktab, kemudian bermanifesto di dewan makan disaksikan semua student, dan pergi mengundi. Semua benda ni satu pengalaman baru untuk org, yang selama ni hanya tau nak belajar je masa kat SAMTTAJ dulu.

Dan alhamdulillah, org menang untuk jawatan Biro Puteri, dimana tugas org menjaga kebajikan student2 perempuan kat asrama. Waktu ni rasa bersyukur sangat, sebab tak payah nak bekerja dengan student lelaki. Tapi still, waktu meeting dan aktiviti2 BWP yang lain, kitorg still kena bekerjasama. Bermulalah kat sini org belajar cara2 meluaskan pergaulan antara sesama BWP dan BWP MRSM lain, dan juga bekerjasama dalam apa jua perkara. Nilah pengalaman paling berharga yang tak mungkin org lupakan sepanjang hidup org :)

*Team BWP beriadah tepi pantai :)*

Syukur alhamdulillah, org meninggalkan MRSM dengan keputusan SPM yang org rasa baik, walaupun takla straight A. Kiranya tak silap org buat keputusan nak berpindah dulu, sebab org dapat timba banyak sangat pengalaman baru kat sini. Ok, cukuplah sampai sini dulu. Panjang sangat dah ni. Terima kasih sebab sudi baca kisah hidup org ni ye. Semoga bertemu di lain waktu. Assalamualaikum wbt :)

03 July 2011

3 Tahun Di Sekolah Menengah Agama : Kenapa Saya Rindu?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Masa org form1 sampai form3, org bersekolah kat Sek Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah atau singkatannya org panggil SAMTTAJ kat Shah Alam. Sejujurnya, org tak pernah sekalipun terfikir nak melanjutkan pelajaran (eceh macam dah habis belajar la pulak kan) kat sekolah menengah aliran agama.Yang org tau dulu waktu sekolah rendah, org kena belajar elok2, dapat 5A, then masuk MRSM. Tula aim org sejak dulu lagi.

Malangnya mungkin zaman org dulu bersepah2 student dapat 5A, org yang tak berapa aktif ni walaupun dapat 5A, tak dapat peluang ke MRSM. Masa tu pulak sekolah rendah agama ada call bagitau org dapat tawaran masuk sekolah menengah agama berasrama kat Klang. Ba pulak nak org belajar berdikari, lalu ba pun transfer org ke Shah Alam. Begitulah ceritanya macam mana org boleh masuk SAMTTAJ.


*Pintu masuk sekolah*

Org masuk SAMTTAJ lambat sikit daripada yg lain, sebab org sekolah dalam 2 minggu kat Klang dulu. Hari pertama kat SAMTTAJ, org agak kekok sebab tak ada sorg pun yang sama sekolah rendah dengan org. So kat sinila org belajar skill buat kawan baru. Memang kena belajar buat kawan baru, kalau tak macam mana nak survive kat tempat baru kan? Kena belajar jadi ramah, friendly, selalu senyum. Dan alhamdulilah, beberapa hari kat situ, org dah ada geng sendiri. Inilah ilmu pertama yang org belajar kat sini, cara2 untuk berkawan dan meluaskan pergaulan.

*View dari dewan makan*

Dekat sini, org kena bangun sebelum subuh. Sebab kitorg diwajibkan solat 5 waktu kat surau, atau kitorg panggil musolla. Selalu dalam pukul 5 suku org dah bangun. Nak kena amik giliran sebelum mandi kan. Lepas tu 10 minit sebelum azan subuh, kitorg dah duduk dalam musolla.Sementara tunggu azan, kitorg baca Al Mathurat atau Al Quran.

Masa tu pulak musolla dah alunkan bacaan2 Al Quran, bagi seluruh asrama dengar. Perasaan org masa tu, memang tenang. Sangat tenang. Sampai tak boleh digambarkan dengan kata2. Masa tu badan dah rasa segar sebab dah mandi, kemudian duduk baca Al Mathurat sambil diiringi ayat2 Al Quran. Bila masuk azan, kitorg solat subuh berjemaah. Bukankah tiap2 pagi melalui permulaan macam ni sangat menyeronokkan?


*Bacaan wajib kitorg pada tiap2 hari*

Kat sekolah, selain daripada belajar 9 subjek untuk PMR termasuk bahasa arab, kitorg ada belajar subjek2 tambahan seperti tauhid, fiqah, tafsir, hadis, semuanya dalam bahasa arab. Kalau campur semua subjek, kiranya kitorg belajar 13 subjek semuanya. Kitorg belajar 2 jenis bahasa arab, iaitu bahasa arab komunikasi dan bahasa arab nahu.

Bila dah selalu sangat belajar bahasa arab, bila baca Al Quran dan Al Mathurat, ada diantara ayat2 yang kitorg boleh faham. Tu yang rasa seronok. Kat sekolah jugak dulu kitorg diwajibkan menghafal beberapa surah, antaranya surah Al Mulk, Al Waqiah, Yassin dan bacaan Al Mathurat.

Kalau hari Isnin ngan Khamis, akan ada dua waktu makan petang, sebab 2 hari tersebut ramai sangat student yang puasa sunat. Waktu bulan Rejab ngan Syaaban pun sama. Pada hari Sabtu Ahad, disebabkan dah biasa bangun pagi, lepas solat subuh kitorg tak tidur. Lepas habis solat subuh jemaah, kitorg terus pergi dewan makan untuk sarapan pagi. Lepas sarapan, kat asrama mesti ada buat gotong royong besar2an. Biasanya serentak asrama putera dengan asrama puteri.

Waktu gotong royong ni, kat musolla akan pasang macam2 lagu nasyid. Memang waktu gotong royong tu rasa meriah sangat. Tak terasa penatnya. Biasanya lepas tamat gotong royong, akan ada kelas2 yang akan dibuat kat musolla, macam kelas tilawah & kelas hafazan. Org sempat join kelas hafazan dan seingat org, org pernah hafal dalam 10 muka surat Al Quran dalam tempoh seminggu. Rasa agak gembira la waktu tu :)

*Asrama Puteri. 3 tahun org tinggal kat sini*

Akan ada sekali dalam setahun dimana sekolah2 menengah agama dibawah JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) akan berkumpul dan mengadakan pertandingan antara sekolah2 yang kitorang panggil Amal Islami. Antara pertandingan2 yang ada ialah pertandingan nasyid, debat, kuiz, forum, khutbah, hafazan ngan tilawah AlQuran. Tiap2 tahun setiap sekolah akan bergilir menjadi tuan rumah.

Sekolah yang jadi tuan rumah memang akan jadi sangat meriah. Org ingat lagi, tahun 2003, SAMTTAJ jadi tuan rumah. Masa ni memng seronok sebab peserta2 sekolah lain semua akan kumpul kat sekolah kita. So peluang nak buat kawan baru pun bertambah. Bila menang, peserta sekolah tu akan mewakili zon pulak untuk ke peringkat seterusnya.

*Pertandingan debat, khutbah, syarahan*

Satu lagi perkara yang buat org merindui SAMTTAJ ni, ialah pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan yang sangat2 dijaga. Kat sekolah ni memang tak nampak la geng lelaki campur geng perempuan, walaupun waktu belajar atau prep. Org ingat dulu, student2 kelas org memang alim2 belaka. Kitorg dulu kalau tak ada hal penting, memang takkan bercakap antara lelaki dan perempuan. Budaya couple2 tu memang tak wujud langsung la (dalam kelas org, kelas lain org tak sure)

Lagi satu, org suka usha (org ni observer ye, hehe) student2 lain waktu ni, baik lelaki atau perempuan. Taktau la kenapa, org nampak wajah diorang ni, walaupun dari sekolah lain, muka diorang bersih dan sejuk mata memandang. Yang perempuan nampak lemah lembut bertudung labuh, yang lelaki nampak sopan je :)

* My super2 junior bersama ustazah. Sweet je kan? :)*

Namun jodoh org dengan SAMTTAJ tak panjang. Lepas keluar result PMR, alhamdulillah org dapat keputusan cemerlang, dan org dapat offer untuk belajar kat MRSM Kem Terendak kat Melaka. Lepas berbincang dengan ba, org buat keputusan untuk berhijrah menimba ilmu kat sana . Teringin nak merasai suasana yang berbeza pulak. Tahun 2004, maka berhijrahlah org ke MRSM, sekolah yang org idamkan sejak form1 lagi tapi baru tahun tu diberi peluang.

Dan of course, bila masuk MRSM, org menghadapi culture shock yang agak dahsyat. Sebab kat sini 100% life org berbeza dengan SAMTTAJ. InsyaAllah, kalau rajin, org akan share pengalaman baru kat MRSM kat post lain pulak. Thanx ye sebab sudi baca post yang panjang berjela ni :)

*Kenangan 1 Zuhud. Org yang mana? Carila sendiri ek :D*


Sekian. Assalamualaikum wbt :)


p/s : Baru2 ni org hantar adik lelaki kat sekolah menengah agama kat Klang, org dapat merasai semula suasana tenang kat sana walaupun hanya seketika. Bila lagi ye org dapat kembali ke suasana seperti itu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...