CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

31 July 2009

Marilah berdoa..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Seandainya sewaktu kita menadah tangan berdoa, kita mendengar satu suara...

'Terima kasih kerana menghubungi Baitullah. Sila pilih bahasa anda'

Sebut 1 untuk Bahasa Melayu
Sebut 2 untuk Bahasa Arab
Sebut 3 untuk Bahasa Inggeris
Sebut 4 untuk lain-lain bahasa

Kemudian, kita mendengar pula yang ini :

Sebut 1 untuk 'Permohonan Hajat'
Sebut 2 untuk 'Mengucapkan Kesyukuran'
Sebut 3 untuk 'Mengadu Nasib'
Sebut 4 untuk 'Berkongsi Kesedihan'
Sebut 5 untuk lain-lain

Atau..bagaimana pula jika kita mendengar seperti ini..
'Harap maaf. Semua pekerja kami iaitu para malaikat sedang sibuk melayan pelanggan. Sila tunggu sebentar. Anda akan dilayan sebentar lagi,'

Atau mungkin juga ini...
'Sistem kami menunjukkan anda telah membuat satu permohonan. Sila datang semula pada esok hari,'

Atau...
'Harap maaf. Servis kami tidak beroperasi pada hari Ahad. Sila hubungi kami selepas jam 9 pagi pada esok hari. Terima kasih,'

Alhamdulillah, Allah mengasihi dan menyayangi kita. Kita dapat menelefonnya setiap saat. Allah menerima setiap panggilan kita tanpa tercicir walau satu pun. Dia mengetahui siapa pemanggil-Nya secara peribadi. Setiap hari, Allah menerima panggilan berjuta-juta banyaknya. Dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.

Tiada had masa. Tiada pencarian 'coverage'. Tiada talian sibuk. Tiada caj dan bil. Tiada operator pengantara mahupun perantaraan bahasa. Berdoalah tanpa jemu! :-)



p/s: Sesungguhnya insan yang tidak berdoa selepas solatnya merupakan insan yang sombong terhadap Allah...

2 comments:

Anonymous said...

I'm not sure where you're getting уour information,
but great topic. I nеeds to ѕpenԁ some time learning
much more οr unԁerstаnding more.
Тhanκs for mаgnіfісent infо I was
looκing for this informаtion fοr my mission.


Revіew my website :: payday loans online
my web page :: Payday Loans

Anonymous said...

Yοur mοde of telling all in thiѕ article is аctuallу good, аll be
capablе of easily unԁerѕtand it,
Thanks a lot.

my wеblog :: payday Loans online
Also visit my web blog - Payday Loans Online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...