CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

02 August 2010

Untuk Jodohku Yang Masih Belum Kutemui... (Bhg II)

Sambungan kepada Untuk Jodohku Yang Masih Belum Kutemui.. (Bhg I)


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Awak..
Yang telah Allah takdirkan untuk menjadi milik saya..
Apa khabar?
Bagaimanakah keadaan awak? Awak sihatkah?
Saya berharap agar awak sentiasa dalam keadaan sihat dan gembira..
Saya disini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan awak..
Walaupun Allah masih belum mengizinkan untuk kita bertemu..
Tapi tak mengapa, saya akan sabar menunggu.. :)

Pada usia begini, ibu mula bertanya kepada saya..
Persoalan yang tak mungkin dapat saya elak, iaitu tentang teman hidup..
Ibu bertanya jika saya sudah memiliki teman istimewa..
Namun saya hanya mampu menggeleng kepala sambil tersenyum..
Bukan tiada insan yang sudi menghulurkan kasih..
Tapi entah kenapa hati ini sentiasa menolak berkata tidak..
Mungkin itu petunjuk bahawa mereka bukan jodoh saya?
Saya berharap apabila satu hari nanti kita bertemu..
Dan apabila saya bawa awak bertemu dengan ibu..
Ibu akan tersenyum gembira tanda merestui pilihan saya..

Awak..
Saya kini berada dalam dilema..
Kerana entah sejak bila hati saya mula goyah..
Disebabkan pintu hati saya telah diketuk oleh seorang lelaki di luar sana..
Saya sentiasa berdoa kepada Allah..
Meminta agar awak adalah lelaki itu..
Supaya tanpa rasa bimbang dan ragu-ragu lagi..
Saya boleh mencurahkan kasih dan sayang sepenuh hati hanya untuk awak..
Tanpa tersilap memberi kasih kepada lelaki yang tidak berhak..

Tetapi saya hanya mampu berdoa memohon petunjuk daripada Allah..
Seandainya awak adalah lelaki itu..
Maka jadikanlah perasaan yang terbit dalam hati saya ini..
Akan terus kekal bersemi sampai bila-bila..
Namun seandainya awak bukan lelaki itu..
Kikislah perasaan ini kesemuanya sekali yang sekadar nafsu semata..
Dan jika Allah mengtakdirkan awak adalah lelaki itu..
Saya berdoa agar awak juga diberi petunjuk..
Supaya akan terbit satu perasaan dalam diri awak terhadap saya..
Sebagaimana tiba-tiba lahirnya perasaan itu dalam diri saya untuk awak..

Sampai disini sahaja jodohku, nukilan untuk dirimu..
Usah risau, perasaan terhadap lelaki itu tak mungkin akan saya zahirkan..
Saya berserah kepada Allah untuk menentukan kesudahan jodoh saya..
Tapi saya akan tetap setia menanti awak disini sampai bila-bila..
Semoga Allah menetapkan hati saya hanya untuk awak..
Tanpa memesongkan hati ini terhadap godaan nafsu dan dunia..
Jagalah diri baik-baik wahai jodohku..
Moga satu hari nanti Allah mempertemukan kita..
Pada satu masa dimana kita masing-masing telah bersedia..
Untuk bertemu dan bersatu di bawah keredhaanNya..
InsyaAllah..
Wassalam..


Jodohmu yang setia menantimu,
Raden Azwani


*Minta maaf, mode jiwang menyerang lagi akibat ketandusan idea serta kemerengan akibat study untuk test viva.. huhu*



6 comments:

Anonymous said...

doa je x ckup kn ad usaha gak wawa...insha allah stiap insan ad jdohnya dun wori =P

nadzwareina said...

haha tang usaha tu aku xtau nk buat mcm mane syu.. any idea?
InsyaAllah.. :-)

AMiRU said...

wahhhhhhh......

nadzwareina said...

amir : apakah? haha

MummyMeowMeow said...

Disebabkan pintu hati saya telah diketuk oleh seorang lelaki di luar sana..
Saya sentiasa berdoa kepada Allah..
Meminta agar awak adalah lelaki itu..

-dib rasa apa yg wa rasa. dib pon pernah minta mcm ni jugak, tp terasa selfish minta jdkn jodoh, smpai rse tutup hati utk yg lain. huhu. dib ske lah entry ni.

nadzwareina said...

haah deeb. org slalu rase diri ni selfish sebab xpenah nk bagi can kat lelaki2 kat luar sana tu. padahal nampak diorang betul2 ikhlas tapi.. entahla deeb. hati ni x pernah terbukak langsung smpaila skrg..

Hm.. camne ye? Org ni ade masalah ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...