Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...
Pagi ini, lebih kurang jam 6.45 a.m, selepas menunaikan solat subuh, org berhajat untuk melelapkan mata sekejap sebelum mandi untuk ke kelas. Baru terlelap seminit, henfon org berbunyi menandakan mesej masuk. Ni mesti rakan2 sekelas yg mesej. Dengan mamai org ambil henfon tu dan tengok sape pengirimnya...
'Ba?'
Masa tu org terus duduk. Jarang ba mesej orang pagi2 ni kalau xada hal penting. Lalu org pun baca mesej ba.
'Salam wani, paman roslan bru sahaja plang ke rahmatullah pd jam 3.30 pg td pd 23 ogos 2010. Smoga Allah mncucuri rahmat ke atasnya. Alfatihah,'
Org terkedu jap. Paman (Pakcik bahasa Jawa) Roslan ialah adik ipar ba. Arwah dah disahkan menghidap kanser hidung tahun lepas. Kemudian org dengar kanser tu dah merebak ke hati dan akhirnya menyerang organ2 lain seluruh badan. Kali terakhir org jumpa arwah bulan lepas. Masa tu buat solat sunat hajat untuk arwah. Tapi masa tu arwah masih lagi boleh bercakap. Siap gurau2 lagi dengan org. Tak la teruk pun keadaan arwah. Sebab tu org agak terkejut. Cepat betul Allah ambil arwah dari kami..
Org pagi tadi xde kredit nk balas mesej ba. Lalu lepas balik kelas org bukak fb Nadia, anak sulung paman Roslan yang baru berumur 18 tahun. Org tengok kawan2 Nadia dah ucap takziah. Org pun ucap takziah sambil beri kata2 semangat kat Nadia. Dalam hati rasa sangat sedih sebab Nadia kehilangan ayah dalam usia yang masih muda.
Hal ni buat org terfikir, ajal dan maut adalah ketentuan Allah yg xdapat dielakkan. Family besar org semua ingat arwah mampu bertahan sekurang2nya 3 tahun lagi. Tapi dah tertulis umur arwah tidak panjang. Buat pembaca semua, org mintak tolong sedekahkan Alfatihah untuk arwah ye. Semoga roh arwah Paman Roslan dicucuri rahmat, InsyaAllah..
Gambar kenang2an Arwah Paman Roslan (paling kanan) raya tahun lepas..
Sekian, Assalamualikum wbt..
0 comments:
Post a Comment