Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Apabila masuknya waktu maghrib pada hari ini, maka bermulalah 1 Ramadhan tahun 1431 Hijrah dalam kalendar umat Islam. Maka pada malam ini bermulalah rutin umat Islam seluruh dunia pada bulan ramadhan, iaitu mengerjakan solat sunat tarawih dan bangun untuk bersahur. Syukur alhamdulillah, jika tahun lepas org berpeluang mengerjakan solat terawih di Surau Angsana berhampiran kolej, tahun ini org insyaAllah berpeluang mengerjakan solat terawih di surau berhampiran rumah. Rasa sangat bertuah dapat menyewa sebuah rumah yang hampir dengan surau :)
Bersempena bulan ramadhan ini, org ingin berkongsi kelebihan solat sunat tarawih mengikut hari. Diharap setelah membaca kelebihan2 ini, kita sama2 semakin bersemangat untuk menunaikan solat sunat tarawih dengan ikhlas semata2 ingin mendapat ganjaran Allah yang tidak terkira banyaknya.. InsyaAllah..
Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam Ke 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam Ke 3:
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam Ke 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Ke 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam Ke 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ke 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
Malam Ke 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam Ke 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam Ke 10:
Allah mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam Ke 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam Ke 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam Ke 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam Ke 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam Ke 15:
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.
Malam Ke 16:
Allah tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam Ke 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam Ke 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam Ke 19:
Allah tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam Ke 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam Ke 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam Ke 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam Ke 23:
Allah binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam Ke 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam Ke 25:
Allah angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam Ke 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam Ke 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam Ke 28:
Allah kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam Ke 29:
Allah kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam Ke 30:
Allah beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.”
Semoga bulan Ramadhan kali ini menjadi medium untuk kita membersihkan semula dosa2 yang tertulis di dalam kitab amalan yang baru diganti pada 15 syaaban tempoh hari. Ataupun mungkin dosa2 dalam buku2 amalan kita yang telahpun diangkat ke langit. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun..
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan :)
Sekian, Wassalam..
4 comments:
selamat berpause kak waawa~~!!
mekasih anis :) selamat berpuasa dan bertarawikh juga ye.. :D
Assalamualaikum..
trima kasih byk2 sbb bgi info ni..
:)
Assalamualaykum..Kenyataan dia atas merupakan satu kenyataan yg palsu..Jikalau dalil ini diambil dari hadis Nabi Muhammad saw..Maka ia adalah dari hadis palsu..Kerana tidak logik Mendapat pahala para nabi..Kerana usaha mereka adalah teramat besar..Dan jikalau selama puluhan tahun Kita konsiten melakukan terawih..Pahala Kita akan melebihi Nabi Nabi..Lojik kah?Semoga dapat terima tegur ini..
Post a Comment