Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Pernahkah?
Ketika anda sedang gembira, mood anda sangat baik..
Anda rasa bahagia, dan anda asyik bergelak ketawa..
Tiba2 anda terima satu berita yang sangat memedihkan..
Sangat pedih hingga anda rasa hati bagai ditoreh dan disiat2..
Yang membuatkan anda kecewa dan menangis..
Dan anda menangis lagi tanpa henti sehingga keesokan harinya..
Kerana merasakan dugaan itu terlalu berat untuk diterima..
Sekelip mata kegembiraan anda dirampas begitu sahaja..
Kemudian anda mula bermonolog kepada diri sendiri..
Kenapa ujian seberat ini diturunkan kepadaku?
Lama bermuhasabah, akhirnya anda mula sedar..
Sudah lama anda melupakan Allah dan RasulNya..
Sudah lama anda tak berzikir, sudah lama tidak memuji Allah..
Sudah lama anda tak berselawat ke atas baginda..
Solat anda tidak lagi khusyuk kerana sering mengingati hal dunia..
Anda tidak lagi bangun malam untuk bermunajat kepada Allah..
Dan banyak lagi perilaku lain yang membuatkan anda malu dengan diri sendiri..
Oleh itu, jika dugaan yang sangat berat menimpa anda..
Bersabarlah, dan jangan mengeluh..
Muhasabahlah diri, dan renung2kanlah semula..
Mungkin kita sudah terlalu lama melupakan Allah..
Hingga membuatkan Allah merindui zikir2 dan amalan2 kita kepadaNya..
Oleh sebab itu Dia menurunkan kita satu ujian..
Agar kita akan kembali mengingatiNya sama seperti dulu..
Agar kita sedar bahawa Allah tidak pernah melupakan kita..
Kerana sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Dan Allah tidak akan membebani hambaNya melebihi kemampuannya..
Mudah2an dengan dugaan yang menimpa..
Kita sedar tanpa Allah, kita bukanlah sesiapa..
Kita sedar bahawa kita hanya hambaNya yang lemah..
Kita akan sentiasa mengingati kebesaran dan kekuasaan Allah..
Dan semoga kita akan sentiasa berada dalam lingkungan kasih sayangNya..
InsyaAllah..
*Sekadar renungan di awal Ramadhan diadaptasi daripada pengalaman penulis sendiri*
Wassalam..
2 comments:
napekah awa?? huhu
xde ape amir... skadar kata hati yg berbaur renungan.. =)
Post a Comment