CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

24 August 2010

Alfatihah...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Pagi ini, lebih kurang jam 6.45 a.m, selepas menunaikan solat subuh, org berhajat untuk melelapkan mata sekejap sebelum mandi untuk ke kelas. Baru terlelap seminit, henfon org berbunyi menandakan mesej masuk. Ni mesti rakan2 sekelas yg mesej. Dengan mamai org ambil henfon tu dan tengok sape pengirimnya...

'Ba?'

Masa tu org terus duduk. Jarang ba mesej orang pagi2 ni kalau xada hal penting. Lalu org pun baca mesej ba.

'Salam wani, paman roslan bru sahaja plang ke rahmatullah pd jam 3.30 pg td pd 23 ogos 2010. Smoga Allah mncucuri rahmat ke atasnya. Alfatihah,'

Org terkedu jap. Paman (Pakcik bahasa Jawa) Roslan ialah adik ipar ba. Arwah dah disahkan menghidap kanser hidung tahun lepas. Kemudian org dengar kanser tu dah merebak ke hati dan akhirnya menyerang organ2 lain seluruh badan. Kali terakhir org jumpa arwah bulan lepas. Masa tu buat solat sunat hajat untuk arwah. Tapi masa tu arwah masih lagi boleh bercakap. Siap gurau2 lagi dengan org. Tak la teruk pun keadaan arwah. Sebab tu org agak terkejut. Cepat betul Allah ambil arwah dari kami..

Org pagi tadi xde kredit nk balas mesej ba. Lalu lepas balik kelas org bukak fb Nadia, anak sulung paman Roslan yang baru berumur 18 tahun. Org tengok kawan2 Nadia dah ucap takziah. Org pun ucap takziah sambil beri kata2 semangat kat Nadia. Dalam hati rasa sangat sedih sebab Nadia kehilangan ayah dalam usia yang masih muda.

Hal ni buat org terfikir, ajal dan maut adalah ketentuan Allah yg xdapat dielakkan. Family besar org semua ingat arwah mampu bertahan sekurang2nya 3 tahun lagi. Tapi dah tertulis umur arwah tidak panjang. Buat pembaca semua, org mintak tolong sedekahkan Alfatihah untuk arwah ye. Semoga roh arwah Paman Roslan dicucuri rahmat, InsyaAllah..

Gambar kenang2an Arwah Paman Roslan (paling kanan) raya tahun lepas..

Sekian, Assalamualikum wbt..

22 August 2010

Berbuka Di Rumah..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Semalam dah hari ke11 berpuasa. Semalam juga org ada lab sampai petang. Mula2 org xnak balik, mengenangkan mungkin akan sampai rumah lambat. Plus org ada 2 test next week. Tapi semalam ibu call, bagitau satu berita. Okeh, org tau, apa2 pun org kena balik jugak.

Maka pagi tu pukul 10am org buat lab dengan partner lab org, shah dengan abang lab yg agak kamceng dengan kitorg berdua, abang aidil. Maka setelah bertungkus lumus, lab berjaya disiapkan pada jam 6.30pm. Org call ibu cakap mungkin sampai rumah lepas berbuka. Lalu kami bertiga pergi ke bazar ramadan di kolej. Abang aidil beli makanan untuk berbuka di rumah, org ngan shah beli kuih dan air sekadar untuk mengalas perut dalam kereta.

Org tumpang shah ke shah alam, memandangkan shah memang org shah alam. Setelah berbuka dalam kereta, shah pun drop orang di stesen ktm sek.19. Dan akhirnya org berjaya sampai di rumah pada jam 8.30pm. Penat tu memangla penat, tapi dapat menatap wajah family, wajah atuk, dan makan masakan ibu, memang rasa berbaloi sangat balik rumah..

Sekian, tu ajelah coretan org hari ni. Tak tau nak update ape. Minggu depan org ada 2 test ngan 2 presentation. Kena habiskan 12 lecture notes ngn 5 chapters dalam buku. Doakan org boleh buat ye. Assalamualaikum wbt.. :)


p/s : Berita yang org dapat is atuk org yg berumur 88 tahun disyaki menghidap lymphoma, 1 type of cancer kat lymphatic cell. Lymph node atuk sume dah bengkak. Next week baru kuar result. Tolong ye doakan atuk org sentiasa dalam keadaan baik. Terima kasih :)
Align Center

17 August 2010

How Do You Feel??


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

How do you feel??
When there's a guy somewhere outside there..
A guy who you never talk to..
A guy that you just meet for once..
Had a crush on you secretly..
And he waited for you and put hope on you..
Since few years ago..
And you just realized about it yesterday??

And how do you feel??
When there's a guy near you..
A guy that you talk with almost everyday..
A guy that you spend your time with eventhough you're busy..
A guy who you had crush on secretly..
A guy that you wait for patiently..
Since few months ago..
But he never realized that you were there??

O Allah.. I'm lost now..
Please guide me..
Only to You I can give my hope..
Because You knew what is the best for me..


Till here. Assalamualaikum wbt..

16 August 2010

8 Petanda Bahawa Dia Jodoh Kita..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Sekadar sesuatu yang org terjumpa lalu terbaca lalu terasa nak share dengan anda semua. Buat yang masih ragu2 atau yang masih lagi tercari2 sape soulmate anda, diharap 8 tanda ini dapat membantu. Good luck~

Petanda 1
Adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya. Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuatkan hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!


Adakah kelapan2 petanda di atas telah anda jumpa kat sesape? kalau ade mungkin dia yang anda cari selama ni. Doalah banyak2 kepada Allah agar diberi petunjuk. Semoga Allah mengurniakan jodoh yang terbaik untuk diri kita. InsyaAllah.. :)

Sekian. Jumpa lagi post seterusnya. Assalamualaikum wbt..

11 August 2010

Janganlah Bersedih...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Pernahkah?
Ketika anda sedang gembira, mood anda sangat baik..
Anda rasa bahagia, dan anda asyik bergelak ketawa..
Tiba2 anda terima satu berita yang sangat memedihkan..
Sangat pedih hingga anda rasa hati bagai ditoreh dan disiat2..
Yang membuatkan anda kecewa dan menangis..
Dan anda menangis lagi tanpa henti sehingga keesokan harinya..
Kerana merasakan dugaan itu terlalu berat untuk diterima..
Sekelip mata kegembiraan anda dirampas begitu sahaja..

Kemudian anda mula bermonolog kepada diri sendiri..
Kenapa ujian seberat ini diturunkan kepadaku?
Lama bermuhasabah, akhirnya anda mula sedar..
Sudah lama anda melupakan Allah dan RasulNya..
Sudah lama anda tak berzikir, sudah lama tidak memuji Allah..
Sudah lama anda tak berselawat ke atas baginda..
Solat anda tidak lagi khusyuk kerana sering mengingati hal dunia..
Anda tidak lagi bangun malam untuk bermunajat kepada Allah..
Dan banyak lagi perilaku lain yang membuatkan anda malu dengan diri sendiri..

Oleh itu, jika dugaan yang sangat berat menimpa anda..
Bersabarlah, dan jangan mengeluh..
Muhasabahlah diri, dan renung2kanlah semula..
Mungkin kita sudah terlalu lama melupakan Allah..
Hingga membuatkan Allah merindui zikir2 dan amalan2 kita kepadaNya..
Oleh sebab itu Dia menurunkan kita satu ujian..
Agar kita akan kembali mengingatiNya sama seperti dulu..
Agar kita sedar bahawa Allah tidak pernah melupakan kita..
Kerana sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Dan Allah tidak akan membebani hambaNya melebihi kemampuannya..

Mudah2an dengan dugaan yang menimpa..
Kita sedar tanpa Allah, kita bukanlah sesiapa..
Kita sedar bahawa kita hanya hambaNya yang lemah..
Kita akan sentiasa mengingati kebesaran dan kekuasaan Allah..
Dan semoga kita akan sentiasa berada dalam lingkungan kasih sayangNya..
InsyaAllah..



*Sekadar renungan di awal Ramadhan diadaptasi daripada pengalaman penulis sendiri*
Wassalam..

10 August 2010

Kelebihan Solat Tarawih..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..


Apabila masuknya waktu maghrib pada hari ini, maka bermulalah 1 Ramadhan tahun 1431 Hijrah dalam kalendar umat Islam. Maka pada malam ini bermulalah rutin umat Islam seluruh dunia pada bulan ramadhan, iaitu mengerjakan solat sunat tarawih dan bangun untuk bersahur. Syukur alhamdulillah, jika tahun lepas org berpeluang mengerjakan solat terawih di Surau Angsana berhampiran kolej, tahun ini org insyaAllah berpeluang mengerjakan solat terawih di surau berhampiran rumah. Rasa sangat bertuah dapat menyewa sebuah rumah yang hampir dengan surau :)



Bersempena bulan ramadhan ini, org ingin berkongsi kelebihan solat sunat tarawih mengikut hari. Diharap setelah membaca kelebihan2 ini, kita sama2 semakin bersemangat untuk menunaikan solat sunat tarawih dengan ikhlas semata2 ingin mendapat ganjaran Allah yang tidak terkira banyaknya.. InsyaAllah..


Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam Ke 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam Ke 3:
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam Ke 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang ya
ng membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Ke 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam Ke 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ke 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.

Malam Ke 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam Ke 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam Ke 10:
Allah mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam Ke 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam Ke 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam Ke 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam Ke 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam Ke 15:
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam Ke 16:
Allah tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam Ke 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam Ke 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam Ke 19:
Allah tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam Ke 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam Ke 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan k
erisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam Ke 23:
Allah binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam Ke 25:
Allah angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam Ke 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam Ke 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam Ke 28:
Allah kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam Ke 29:
Allah kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mab
rur.

Malam Ke 30:
Allah beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.”

Semoga bulan Ramadhan kali ini menjadi medium untuk kita membersihkan semula dosa2 yang tertulis di dalam kitab amalan yang baru diganti pada 15 syaaban tempoh hari. Ataupun mungkin dosa2 dalam buku2 amalan kita yang telahpun diangkat ke langit. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun..


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan :)


Sekian, Wassalam..

08 August 2010

Kisah 3 Orang Sahabat..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Ada 3 orang sahabat, A, B, dan C..
A dan B lelaki, manakala C perempuan..
Tapi mereka sangat rapat, kemana2 pun bersama..
Satu hari B dapat tawaran ke oversea..
Lalu dengan rasa sedih 3 sahabat ini berpisah sementara..
A dan C lalu tinggal berdua, dan menjadi lebih rapat..
Kemana ada A di situ ada C..
Kemana C pergi pasti ada A menemani..
Lalu tanpa sedar, A jatuh hati pada C..
Tapi kerana sayangkan persahabatan, A hanya berdiam diri..
Namun jauh di sudut hati, A sangat sayangkan C..

Pada satu hari, A berjalan seorang diri..
Tiba2 dia ternampak C, lalu A berasa seronok..
Baru sahaja A hendak mendekati, dia tersentak..
Rupa2nya C tidak berseorangan, dia berjalan bersama B..
A lihat B dan C sungguh ceria dan gembira..
A terkejut, kenapa B pulang tanpa memberitahunya?
Dan kenapa mereka keluar berdua sahaja?
Lalu A tahu, hubungan mereka lebih dari sahabat..
Dengan rasa sedih dan kecewa, A berjalan pulang..
Apabila C cuba menghubungi..
A sekadar mendiamkan diri..
Sehari suntuk A mematikan telefon, hanya berkurung di dalam bilik..

Keesokannya, telefon A berdering lagi..
tapi bukan dari C, tapi dari B..
A tetap berdiam diri tanpa menjawab..
Lalu B datang bertemu A dengan segera..
B membawa khabar mengejut..
C terlibat dalam kemalangan ketika dia ingin ke rumah A..
Malangnya C tak dapat diselamatkan..
A tergamam lalu rebah. Tubuhnya lemah longlai..
Di depan jenazah C, A menangis tanpa henti..
Diluahkannya rasa cinta, namun sudah terlambat..
B hanya memerhati dengan simpati..

Lalu B mula bercerita..
Dia dan C merancang membuat kejutan harijadi kepada A..
Kerana itulah B pulang secara rahsia..
Dan mereka keluar berdua untuk membeli hadiah buat A..
A tidak ingat hari ini ialah hari jadinya..
A menyesal kerana berprasangka buruk terhadap sahabat2 nya..
Lalu B menyerahkan hadiah daripada C kepada A..
A ambil dengan linangan air mata..
Lalu dibukanya hadiah itu..

A melihat sebuah bingkai gambar yang cantik berhias..
Di dalamnya ada foto A dan C bersama..
Gambar yang ditangkap oleh B satu ketika dulu..
Kedua2nya sangat gembira dan ceria dalam gambar itu..
Dan disebalik bingkai gambar itu terdapat satu nota :

' Happy Birthday A~ C doakan semoga A gembira sentiasa..
Tapi C tak nak cakap friendship forever, sebab
C sebenarnya sayangkan A lebih dari seorang sahabat..

Maaf sebab berahsia selama ni. Tapi B tau ;-p'

Air mata A tumpah diatas foto itu..
B hanya menepuk perlahan bahu A sambil turut menangis..


-TAMAT-


p/s : Adakalanya mungkin kita perlu meluahkan apa yang tersirat sebelum benar-benar terlambat..

Sekian, Wassalam..


05 August 2010

VIVA oh VIVA~


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Hari ni, 5 Ogos, hari yang ditunggu2 (yeke?) oleh semua student sem 7 Fakulti Farmasi UiTM Puncak Alam sebab hari ni kitorg ada test VIVA. Buat yg taktau test VIVA tu ape, test ni memerlukan student duduk berdua dengan lecturer dan jawab soalan2 on the spot. Takde tulis2 atas kertas. Kira macam oral test la. Bila org cakap org akan buat test VIVA minggu ni, maka kawan org pun komen macam ni..


Haha. Tau pun. Memang gilak! Kitorg diberi satu case study utk dianalyze selama 5 min, kemudian duduk depan lecturer. Lecturer kemudian tambah lagi soalan2 VIVA lain yang berkaitan dengan 5 chapter subjek kitorg iaitu Applied Therapeutic in Cardiovascular and Pulmonary Disease utk dijawab selama 5 min, then baru jawab soalan case study tadi. Gitulah format VIVA kitorg nih..huhu.


Mula2 org jawab written test. Kemudian switch ngan grup lain buat VIVA pulak. 13 soalan MCQ dengan 2 soalan esei untuk dijawab selama setengah jam adalah sangat2 xsempat okeh. Org terpaksa jawab dengan laju dan hampeh sekali. Time ni la org terpaksa guna kepakaran menggoreng dan menembak. Lepas submit, dengan rasa nervous, org melangkah untuk jawab VIVA pulak.

Org insan ke3 yang dipanggil masuk. Bila sorg student dah habis, org pun masuk dulu untuk baca case study. Bila org tengok je kertas tu, org terkejut jap.

'Ni je? Ke ada lagi?' lalu orang cuba nak tengok page belakang. Lah, kertas tu diselotape kat meja rupanya. Sah xde page belakang.

Kalau selalu case study yang org buat panjang dia lebih kurang sejengkal, case study yg org tengok ni cuma ada data patient, penyakit die iaitu heart failure ngan asthma yang didescribe dengan satu ayat je ngan 5 drugs yang die amik. Memang lecturer saje buat soalan simple. Soalan die pun xadela susah nk dijawab. Direct gile.

Bila turn org jawab VIVA, org pun dudukla depan lecturer, Mrs Shazwani. Dalam masa 5 minit, org kena jawab soalan sebanyak yang mungkin. Mrs Shazwani pun set stopwatch die.

s : What is the difference between STEMI and nonSTEMI in Myocardial Infarction?
j : STEMI involves complete obstruction and necrosis of full thickness of heart muscle. While NonSTEMI..
s : Ok2 next question (Aik xabis jawab lagi ni, kata org dlm hati) How ACE inhibitors can cause cough?
j : (Err.. alamak tak baca pulak mechanism die ni..) Em, increase bradykinin level? or increase prostaglandin level?
s : Dua2 pun betul. Difference between hypertensive urgency with hypertensive emergency?
j : Hypertensive emergency with total organ damage. Hypertensive urgency with no total organ damage..
s : Drug to treat hypertensive emergency?
j : Em.. sodium nitroprusside.

Kemudian org jawab pulak soalan2 case study yang sebanyak 4 soalan. Major soalan adalah pasal drugs yang patient tu amik dan cara kaunseling patient tu. Nasib baik part mana yang orang sangkut sikit Mrs Shazwani ada bantu sikit. Bila sampai soalan last sekali..

s : What is the side effect of simvastatin?
Alamak...Time ni org terus blank. Serius, lupe gile. Padahal ada je baca semalam. Habis semua side effects keluar dalam kepala. Nausea? Vomitting? Constipation? Headache? Rash?

j : Err.. nausea? or headache?

Mrs Shazwani geleng kepala, kemudian dia sengih je. Alamak, salah..huhuhu
-
'Student suka buat side effects nausea,vomitting, headache kan? Common sangat side effects tu.. Nak try lagi?'


Oh, boleh try lagi? Nasib baik banyak masa lagi. Org pun terus berfikir lagi untuk beberapa saat. Tiba2.. Pling!

j : Haa, rhabdomyolisis! Muscle weakness! (dengan semangatnya)

Mrs Shazwani terus tersenyum. Kemudian dia tanda (/) atas kertas markah org buat kali terakhir.

'Ok, masuk quarantine room ye. Next!
'

Lalu org pun bergerak ke quarantine room dengan senyuman lebar. Syukur Alhamdulillah.. :)

Sekian cerita pada hari ini. Wassalam..



02 August 2010

Untuk Jodohku Yang Masih Belum Kutemui... (Bhg II)

Sambungan kepada Untuk Jodohku Yang Masih Belum Kutemui.. (Bhg I)


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Awak..
Yang telah Allah takdirkan untuk menjadi milik saya..
Apa khabar?
Bagaimanakah keadaan awak? Awak sihatkah?
Saya berharap agar awak sentiasa dalam keadaan sihat dan gembira..
Saya disini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan awak..
Walaupun Allah masih belum mengizinkan untuk kita bertemu..
Tapi tak mengapa, saya akan sabar menunggu.. :)

Pada usia begini, ibu mula bertanya kepada saya..
Persoalan yang tak mungkin dapat saya elak, iaitu tentang teman hidup..
Ibu bertanya jika saya sudah memiliki teman istimewa..
Namun saya hanya mampu menggeleng kepala sambil tersenyum..
Bukan tiada insan yang sudi menghulurkan kasih..
Tapi entah kenapa hati ini sentiasa menolak berkata tidak..
Mungkin itu petunjuk bahawa mereka bukan jodoh saya?
Saya berharap apabila satu hari nanti kita bertemu..
Dan apabila saya bawa awak bertemu dengan ibu..
Ibu akan tersenyum gembira tanda merestui pilihan saya..

Awak..
Saya kini berada dalam dilema..
Kerana entah sejak bila hati saya mula goyah..
Disebabkan pintu hati saya telah diketuk oleh seorang lelaki di luar sana..
Saya sentiasa berdoa kepada Allah..
Meminta agar awak adalah lelaki itu..
Supaya tanpa rasa bimbang dan ragu-ragu lagi..
Saya boleh mencurahkan kasih dan sayang sepenuh hati hanya untuk awak..
Tanpa tersilap memberi kasih kepada lelaki yang tidak berhak..

Tetapi saya hanya mampu berdoa memohon petunjuk daripada Allah..
Seandainya awak adalah lelaki itu..
Maka jadikanlah perasaan yang terbit dalam hati saya ini..
Akan terus kekal bersemi sampai bila-bila..
Namun seandainya awak bukan lelaki itu..
Kikislah perasaan ini kesemuanya sekali yang sekadar nafsu semata..
Dan jika Allah mengtakdirkan awak adalah lelaki itu..
Saya berdoa agar awak juga diberi petunjuk..
Supaya akan terbit satu perasaan dalam diri awak terhadap saya..
Sebagaimana tiba-tiba lahirnya perasaan itu dalam diri saya untuk awak..

Sampai disini sahaja jodohku, nukilan untuk dirimu..
Usah risau, perasaan terhadap lelaki itu tak mungkin akan saya zahirkan..
Saya berserah kepada Allah untuk menentukan kesudahan jodoh saya..
Tapi saya akan tetap setia menanti awak disini sampai bila-bila..
Semoga Allah menetapkan hati saya hanya untuk awak..
Tanpa memesongkan hati ini terhadap godaan nafsu dan dunia..
Jagalah diri baik-baik wahai jodohku..
Moga satu hari nanti Allah mempertemukan kita..
Pada satu masa dimana kita masing-masing telah bersedia..
Untuk bertemu dan bersatu di bawah keredhaanNya..
InsyaAllah..
Wassalam..


Jodohmu yang setia menantimu,
Raden Azwani


*Minta maaf, mode jiwang menyerang lagi akibat ketandusan idea serta kemerengan akibat study untuk test viva.. huhu*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...