CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

25 May 2011

Senyum Sebab Shahir :)


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Post kali ni serius memang agak childish org rasa. Org cuba lari sikit daripada post2 org before ni yang banyak berunsur artikel dan tazkirah. Melalui post ni org cuma nak share satu perkara yg buat org tak berhenti senyum dari tadi. Tapi apa dia? Meh sini org cerita satu2 ye. Post ni agak panjang, harap korg semua sudi la ye nak baca :)


Mungkin ada diantara korg tahu yg org baru je jadi fan Shahir AF8. To be honest, org sebenarnya tak melayan langsung bintang2 AF ni, AF pun tak follow sbab takde astro kat rumah. Cuma satu hari tu org terdengar lagu Shahir ni kat Hotfm yg tengah hangat sekarang ni sebab baru release, tajuk dia ’Luar Biasa’.1st time dengar org terus suka lagu ni, sebab pada org lagu ni macam ada aura. Suara Shahir dalam lagu ni rasa sedap sangat. Bila tengok mv die pulak, serius storyline dia best, then start dari sini org berjinak2 minat Shahir. Adela jugak org start tengok video2 dia kat youtube and baca artikel2 pasal dia kat paper/magazine. And bila tau Shahir ni jenis lelaki yg baik, pemalu, sopan, kelakar, tu yg terminat terus hehe.



*MV Shahir Luar Biasa*

Nak dijadikan cerita, org pun startla like fanpage Shahir kat fb. Satu fanpage je, dan tanpa diduga, ramai pulak fans2 Shahir yg add org as friend. Org approve je. Dan org pun ada la gak add diorang sikit. Org ingat lagi ada sorg member fb org ni, fan Shahir dari Singapore nama fb dia Bang Brahim Shaxier Vamps, dia ni la yg memasukkan org dalam fangroup Shahir dari Singapore kat fb yg baru aje ditubuhkan bernama SHAXIERS. Org mula2 macam pelik, yela org kan dari Malaysia, tapi dimasukkan dalam fangroup Singapore plak. Tapi takpe ramai je lagi yang dari Malaysia, bukan org sorg, and at least org leh la tau skit2 ape prkembangan Shahir dari diorg ni. Bang Brahim tu la salah sorg adminnya.


*Ni la fangroup SHAXIERS*


And member dalam fangroup ni adela dalam 176 org (setakat post ni ditulis). Tapi serius, dorg ni semua sangat semangat dan tak putus2 menyokong Shahir. Ada je update setiap hari yg buat notification org penuh sentiasa sebab update pasal Shahir. Serius org kagum dengan diorg ni. Org akui org minat Shahir tapi takla sehebat dorg ni. Even gambar profile dorg semua dah tukar kepada filem Karak tapi org je tak tukar sebab sempena mother's day nak letak gambar dengan ibu dulu. Dorg siap vote Shahir utk Muzik2, carta2 radio antaranya Hotfm, carta Riafm (radio Singapore), diorg letak rakaman Shahir kat tv and radio promote filem Karak, letak artikel majalah2 & paper pasal Shahir. Org adala juga sikit2 menyumbang kepada vote2 tu, mana yg sempat. Org sekali sekala je komen2 dan post kat wall tu, tupun ayat bermadah2 but diorg sume still like. Tapi org memang tak miss la baca satu2 wallpost. Agak fun sebenarnya sebab kitorg dah jadi macam satu komuniti pulak dalam ni. To be honest, hubungan kitorg dalam ni rapat & mesra walaupun baru kenal. Tu yg buat org rasa seronok :)


Pastu semalam ada wartawan majalah Stailista namanya abang Khai bagi post kat grup SHAXIERS, dia ada buat photoshoot ngan Shahir hari esoknya. Dan dia mintak tolong kitorg bagi cadangan soalan2 yg nak diberi kat Shahir nk masuk dalam majalah. Yang buat org seronok, lepas org bagi some suggestions, abang Khai ni puji dan setuju sangat dengan suggestions org tu dan dia kata akan tanya Shahir soalan2 tu. Dia siap cakap patut org yg pegi interview Shahir tu sebab soalan semua best & menepati konsep majalah. Start sini org dah tersenyum hehe. Then lepas habis photoshoot tu abang Khai ada kata nak bagi kejutan kat warga SHAXIERS. Org pun tertanya2 la gak apa kejutannya. So abang Khai pun postla video kat bawah ni :



Boleh imagine macamana reaksi fans SHAXIERS lepas tengok video ni? Even org yg takla kuat sangat menyokong Shahir pun boleh rasa seronok, apatah lagi diorang kan. Tak sangka grup SHAXIERS ni Shahir dah kenal, siap sebut nama Bang Brahim lagi walaupun baru je berapa bulan grup ni dibuat. 1st time org rasa dekat dengan artis yg kita minat hehe. Dan of course wall SHAXIERS malam ni penuh dengan ucapan2 hepi warganya sebab dapat ucapan dari Shahir. Walaupun Shahir mention tentang fans dari Singapore, tp org yg merupakan salah satu ahli SHAXIERS dari Malaysia yg dibawa masuk pun tumpang gembira la gak bagi pihak diorang ni hehe. Terima kasih banyak org ucapkan kat abang Khai sebab buat SHAXIERS semua happy. Terima kasih jugak kat Bang Brahim sebab masukan org dalam fangroup ni & terima kasih kepada ahli2 SHAXIERS yg banyak menceriakan hidup org lately ni :)


So itulah ceritanya. Berjela ni ha. Tiba2 rasa macam budak2 sungguh sebab minat2 artis ni, artis Malaysia pulak tu kan. Tapi serius ni la 1st time org involve dalam benda2 macam ni and lately ni org dapat ramai sangat kawan baru kat fb yg juga minat Shahir. Tetiap hari ada je diorg ni post berita yg buat org tersenyum. Maybe pasni korg pun boleh gak try minat2 artis ni? Tak rugi tau, malah boleh rasa enjoy and happy lagi sebab ada je benda yg menghilangkan bosan kat rumah & buat kita tersenyum hari2 :)


Ok, sampai sini dulu. Soryla post kali ni takde input penting melainkan sekadar luahan org yg baru je jadi fan Shahir bulan lepas hehe. Harap2 adela rezeki nak jumpa Shahir ni live satu hari nanti. Moga bertemu di lain waktu ye rakan2. Assalamualaikum :)


p/s : Jangan gelakkan post ni eh. Jom layan Karak ramai2 kat pawagam. Macam best hehe.

p/s 2 : Abang Khai, Bang Brahim & sorg lg admin SHAXIERS iaitu Fazilah dah terbaca pun post ni & bagi komen dekat wall fb org. Thanx banyak2 ye korang :)


22 May 2011

Tempatmu di Syurga, Duhai Anak-Anak..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Semalam negara kita digemparkan dengan kisah tanah runtuh yang menimbus khemah di Madrasah At Taqwa di Hulu Langat. Tanah runtuh ini telah mengorbankan 16 orang termasuk anak2 yatim dan penjaga2 mereka. Dan semestinya pada hari ini berita ini dipaparkan di muka depan seluruh akhbar dan menjadi tajuk2 utama berita di tv.


*Kredit kepada Bharian*


Secara jujurnya org mengaku yg org agak sensitif apabila membaca berita tentang insan2 yang terkorban akibat kemalangan, bencana alam, peperangan atau dibunuh, lebih2 lagi apabila melibatkan anak2 kecil yang baru beberapa tahun mengenal dunia. Dan buat pertama kalinya, air mata org bergenang dan sekali sekala mengalir apabila membaca artikel tentang kisah ini di akhbar, berita online dan ketika menonton berita.


Sedih apabila mengenangkan anak2 yang sebahagian daripada mereka yatim, atau yang mungkin beribu berbapa tapi terpisah kerana tuntutan agama dan ilmu, meninggal dunia tertimbus hidup2. Bertambah sedih apabila melihat 7 daripada mereka dikebumikan dalam satu liang lahad, melihat ibu bapa, guru dan rakan2 yang terselamat menangis kesedihan, dan mendengar suara syahdu bacaan Al fatihah buat mangsa2 yang terkorban.


Ada antara mangsa yang terkorban lebih muda daripada adik org sendiri yang berumur 10 tahun. Mereka masih terlalu muda, masih terlalu mentah untuk mengharungi hidup bersendirian dan ternyata Allah teramat menyayangi mereka. Allah mengambil nyawa mereka tatkala mungkin buku amalan mereka masih lagi belum dicemari dengan dosa2. Tatkala mereka masih belum mengerti untuk melakukan dosa2 yang menimbulkan kemurkaan Allah. Tatkala hati mereka masih suci dan terpelihara dari kerosakan2 yang timbul akibat godaan dunia dan hawa nafsu.


Berbahagialah anak2 yang terkorban ini diakhirat kelak kerana rata2 mereka masih belum baligh, dan sudah semestinya syurga dijanjikan untuk mereka. Berbahagialah ibu bapa kepada anak2 ini kerana anak2 ini berpeluang memberi syafaat dan membantu menarik mereka kesyurga di akhirat nanti. Berbahagialah anak2 ini kerana mereka bakal menjadi pelayan2 di syurga kelak.


Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)


“Anak-anak kecilmu (menjadi) kunang-kunang di dalam surga, seorang diantara mereka menemui ayahnya, memegangi bajunya tidak berhenti sampai Allah memasukkan dia dan ayahnya ke dalam surga.” Perawi: Imam Ahmad, Bukhari di dalam Al Adabul Mufrad, Imam Muslim di dalam Shahihnya dari Abu Hurairah


Al-Imam Muslim dengan sanadnya, meriwayatkan hadis daripada Abi Hassan katanya: "Saya bertanya Abu Hurairah berkenaan dua orang anak saya yang meninggal dunia sebelum baligh, apakah kamu (Abu Hurairah) pernah mendengar berbicara tentang anak-anak itu?

"Kata Abu Hurairah, Ya, ada saya mendengar, bahawa yang meninggal kecil daripada kalangan anak-anak orang Islam, mereka adalah di dalam syurga bersama ibu bapa mereka."


Kita yang sudah berpuluh tahun hidup di atas muka bumi ini, tak mungkin diberi peluang seperti anak2 ini yang bertuah memasuki syurga secara begitu mudah. Selagi kita masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas, sama2lah kita berusaha membersihkan kembali buku amalan kita yang selama ini kita cemari dengan dosa2 yang kadangkala sengaja kita lakukan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, lagi Maha Pengampun. Dan Dia menerima taubat hambaNya yang benar2 ikhlas.


*Wajah anak2 sebelum tragedi setelah selesai persembahan nasyid. Kredit kepada facebook Amin Idris*


Salam takziah buat keluarga mangsa2 yang terkorban. Sama2 kita mendoakan agar roh mangsa2 yang terkorban sentiasa dicucuri rahmat. Alfatihah buat 16 mangsa yang terkorban.

Assalamualaikum wbt.


Cinta Sejati : Bagaimana Ia Dinilai?


Bismillahirramanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Berbalik kepada tajuk entry di atas, bagaimanakah cinta sejati itu dinilai di mata manusia?


Cinta sejati itu tidak dinilai melalui betapa akrabnya sesebuah pasangan itu berjalan berduaan dan berpegangan tangan dikhalayak ramai..

Tapi ia dinilai melalui kesungguhan si jejaka memelihara kehormatan si gadis tanpa mencuba untuk menyentuh si gadis walaupun sedikit..

*

Cinta sejati itu tidak dinilai dengan betapa romantisnya ayat2 mencairkan hati yang dituturkan oleh si jejaka atau si gadis..

Tapi ia dinilai melalui keikhlasan perbuatan si jejaka atau si gadis mengambil berat dan menyayangi satu sama lain tanpa mengharap sebarang balasan..

*

Cinta sejati itu tidak dinilai melalui hadiah2 comel atau pemberian2 istimewa si jejaka atau si gadis pada hari2 tertentu..

Tapi ia dinilai melalui doa yang tanpa jemu dititipkan di dalam solat agar kesejahteraan si jejaka dan si gadis sentiasa dipelihara Allah...

*

Cinta sejati itu tidak dinilai melalui betapa gigihnya si jejaka atau si gadis memujuk pasangan yang merajuk akibat satu kesilapan kecil..

Tapi ia dinilai melalui kesudian si jejaka atau si gadis memaafkan, menerima kembali dan memberi pasangannya peluang kedua untuk memulihkan hubungan itu..

*

Cnta sejati itu tidak dinilai melalui betapa sesebuah pasangan itu berusaha bermati2an untuk menjadi sebuah pasangan yang cukup ideal dan sempurna di mata org lain..

Tapi ia dinilai melalui betapa sesebuah pasangan itu menerima kekurangan pasangan seadanya dan saling melengkapi kelemahan satu sama lain..

*

As for me, cinta sejati itu tidak ternilai.. apatah lagi di mata manusia yang sentiasa terhijab daripada perkara2 yang tersembunyi.. Tapi alangkah baiknya andai cinta sejati itu dipupuk dan disemai di antara pasangan yang halal antara satu sama lain disisi Allah. Sesungguhnya cinta suci inilah yang sentiasa dipelihara dan dilimpahi rahmat oleh Allah hingga akhir hayat keduanya..


Kadang kala, orang yang kamu cintai

adalah orang yang PALING menyakiti hatimu

dan kadang kala, teman yang menangis bersamamu

adalah cinta yang selama ini tidak kamu sedari.


Semoga kita semua dipertemukan dengan cinta sejati masing2 pada suatu hari nanti, InsyaAllah..

Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum wbt..


20 May 2011

Buat Insan2 yang Menangis Kesedihan...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Apabila tiba suatu saat di dalam hidup dimana kita kecewa dan hampir berputus asa dengan rahmat Allah, ingatlah bahawa...


Kita tidak pernah keseorangan, meskipun kita tiada sesiapa di dunia ini. Allah sentiasa ada di sisi kita. Kadangkala Allah membuatkan kita rasa keseorangan kerana Dia ingin berdua2an bersama kita. Dia mendengar setiap rintihan yang kita sampaikan padaNya dalam setiap doa tanpa ada yang terlepas dari pendengaranNya walau sedikit pun. Berdoalah dan bermonologlah dengan Allah dalam setiap doa tanpa rasa jemu..

*

Muhasabahlah diri, mungkin kerana kita sudah terlalu lama mengabaikanNya apabila terlalu hanyut dan leka dengan urusan dunia. Mungkin Allah rindu pada kita, Allah rindu pada amalan2 yang biasa kita lakukan, Allah rindu pada zikir2 yang biasa kita ungkapkan padaNya satu ketika dahulu. Kembalikanlah rasa cinta kita kepada pencipta cinta itu sendiri yang lebih berhak menerimanya iaitu Allah SWT..

*

Allah itu sebaik2 perancang. Ada sebab musabab dan hikmah kenapa Allah jadikan sesuatu perkara itu berlaku dalam kehidupan kita. Mungkin ia tidak tercapai dek akal kita yang serba kekurangan ini, atau belum tiba masanya untuk kita tahu apa hikmah yang bakal kita peroleh kelak. Janganlah sesekali mempertikaikan keputusan Allah yang Maha Mengetahui segala apa yang tersembunyi daripada pandangan kita..

*

Allah itu Maha Adil, Dia membebani hambaNya sesuai dengan kemampuannya. Apabila ujian melanda, kita belajar sendiri untuk menjadi insan yang lebih kuat dan tabah. Dan seandainya dugaan yang lebih berat melanda, kita mampu menjadi hambaNya yang tenang, masih mampu tersenyum dah tidak perlu berkeluh kesah apabila menghadapi dugaan tersebut. Malah dugaan itu menjadikan kita lebih hampir disisi Allah SWT..

*

Ujian itu sebagai petunjuk bahawa Allah mengasihi dan mengingati kita. Dalam berjuta2 umat manusia di muka bumi ini, kita insan bertuah dipilih oleh Allah untuk diuji berbanding berjuta lagi manusia lain yang terus hanyut dengan hawa nafsu dan kemewahan dunia. Bertuahlah kita apabila dipilih oleh Allah kerana kita masih berpeluang untuk memperbaiki segala kesilapan sebelum terlambat..

*

Mungkin ada rezeki atau kegembiraan yang bakal Allah hadiahkan kepada kita sebagai pengubat kepada kekecewaan tersebut. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dengan memberikan ujian terlebih dahulu, kita sebagai hambaNya akan lebih menghargai dan bersyukur di atas setiap pemberian Allah, meskipun sekecil2 pemberian. Dan kita akan terus menggunakan nikmat tersebut untuk memperoleh rahmat dan keredhaan Allah dalam amalan kita yang seterusnya..

*

Ujian Allah tu sebagai bukti, Allah itu Maha Kuasa lagi Maha Besar. Tiada sesiapa yang lebih berkuasa selain dariNya. Dia berkuasa dan berhak menentukan apa jua takdir kita dan kita sebagai hambaNya yang lemah perlu menerimanya dengan redha. Dia juga berhak menarik balik segala pinjaman yang dipinjamkan sementara kepada kita. Ujian Allah juga sebagai peringatan kepada kita bahawa ada kesilapan yang sudah kita lakukan yang perlu diperbaiki dengan segera..

*

Ada masanya keimanan kita yang selama ini kita ungkapkan dan praktikkan melalui zikir2 dan amalan2 perlu diuji. Allah ingin menilai sekuat dan sedalam manakah rasa cinta kita kepadaNya apabila pelbagai dugaan diturunkan kepada kita. Allah sebagai Tuhan dan Pencipta kita sememangnya berhak menguji kita dalam apa jua keadaan.

*


Dan banyak lagi hikmah2 lain yang boleh kita fikir dengan sendirinya tanpa perlu kita mengeluh dan mempertikai segala keputusan Allah. Hidup kita di dunia ini singkat. Terlalu singkat. Kenapa perlu kita habiskan masa bersedih dengan ujian Allah yang tidaklah seberapa? Sedangkan Nabi Allah Ayub AS yang diuji Allah bertahun2 dengan dugaan yang maha hebat, setelah segala nikmat diperolehnya ditarik perlahan2, tidak pernah mengeluh dan menerima takdirnya dengan redha. Kenapa perlu kita bersedih seolah2 kita sudah pasti tempat kita di akhirat kelak adalah di neraka? Sedangkan pelbagai lagi nikmat dan rahmat Allah yang lain untuk mengubati kekecewaan kita sudah terbentang di depan mata?


Tiada salahnya apabila kita bersedih, kerana sememangnya manusia diciptakan dengan fitrah dan naluri yang mempunyai pelbagai jenis perasaan. Hati manusia juga rapuh, sekaligus menjadikan iman kita juga kadangkala rapuh. Namun apabila kita terlalu bersedih dengan sesuatu perkara, itu tandanya kita tidak redha dengan ketentuan Allah. Allah telah memilih kita, seorang manusia, seorang khalifah di atas muka bumi ini diantara makhluk2 ciptaannya yang lain untuk dianugerahkan dengan sebuah akal. Gunalah akal yang satu itu dengan sebaik2nya. Mudah2an kita sentiasa berada di dalam lingkungan rahmat Allah dan sentiasa ditempatkan oleh Allah diatas jalanNya yang lurus. InsyaAllah.


Terima kasih kerana membaca. Semoga post ini mampu mengembalikan kegembiraan dan mengubati kesedihan buat anda yg berkenaan. Assalamualaikum wbt.


19 May 2011

10 Random Facts about Raden Azwani


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..


Dikala ini, pada saat ini, tangan ini gatal ingin menaip sesuatu di blog ini tapi tak tahu apakah isi yang perlu diupdate. Maka secara spontan tercetusnya idea ingin menulis sesuatu tentang diri ini. Kalau anda ada yang sudi nak kenal dengan saya lebih lanjut, sila2 la baca ye. Tak minat nak baca takpe, tiada paksaan :D


1) Saya hafal nombor akaun bank islam yg 14 digit tu tapi nombor akaun celcom yang baru berapa digit tu bermasalah nak hafal sampai sekarang. Tak tau la apasal, huhu.


2) I'm not a good collector. Saya takde collection beg, kasut, perfume macam typical girl lain. Dan saya rasa mengumpul barang2 tersebut adalah satu perbuatan membazir (saya je la fikir macam tu, sory kalau ada sape2 terasa)


3) Ada penyakit senang tidur dalam kenderaan bergerak. Tak kisahla kereta, bas atau kapal terbang, kalau saya jadi penumpang, lepas bergerak 10 minit saya sure terlelap.


4) The only food yg saya tak makan ialah kuah kacang. Taktau kenapa saya takleh accept rasa dia, walau sedap macam mana sekalipun. So waktu raya saya makan nasi impit ngan kuah lodeh je. Makan sate saya tak cicah apa2.


5) Tak boleh bunuh binatang, walaupun sekecil2 semut. Tapi masa kecik saya pernah terbunuh seekor anak ayam sebab tak sengaja terpijak dia sampai mati. Sampai sekarang asyik duk teringat.


6) Ada asthma sejak kecik. Tapi jarang meyerang. Last attack minggu lepas, setelah tak pernah kena attack sejak sekolah rendah. Pelik betul.


7) Lelaki yang boleh caught attention saya dengan cepatnya ialah guy yang pakai spek & ada janggut sejemput. Rasa smart dan macho sangat. Maybe sebab ramai doktor yg saya jumpa rupa diorang macam ni.


8) Not really a morning person. Biological clock saya off pukul 2.00am setiap hari. Jadi dalam pukul 9.00am baru saya betul2 fresh. Sekarang tengah berusaha untuk repair sebab tak lama lagi dah start kerja.


9) Dah masuk 6 tahun pakai henfon tapi tak pernah sekalipun tukar nombor henfon. Takut lost contact dengan member2 lama.


10) Jarang angau dengan orang tapi lately ni tah macamana boleh lak terangau dengan Shahir AF8. Adoiiii parah betul.


Okeh, cukupla sampai sini. Macam la ade org sibuk nak amik tau kan? oklah jumpa lagi dalam post akan datang. Assalamualaikum wbt :)



Usah mengeluh.. Belajarlah Bersyukur :)


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt...


Ati seorang gadis biasa, dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Wajahnya juga biasa2, tidak terlalu cantik dan tidaklah pula terlalu hodoh. Tubuh Ati rendah dan gempal. Di universiti, Ati tergolong dalam golongan pelajar sederhana pandai. Ati tidak pernah mendapat Anugerah Dekan, dan Ati tidak pernah gagal dalam apa2 mata pelajaran yang diambilnya. Ati juga tidak pernah mendapat perhatian mana2 jejaka di kampusnya, Namun begitu, Ati seorang yang mudah mesra dan mempunyai ramai kawan.


Pada suatu hari, Ati terserempak dengan seorang gadis kolejnya yang wajahnya cantik, badannya tinggi dan langsing, kulitnya putih gebu dan menjadi perhatian mana2 lelaki yang bertembung dengannya.

Ati tak berkelip melihat gadis itu. Dalam hatinya terbit rasa cemburu.

***

Ati pergi ke fakulti untuk melihat keputusan ujiannya. Biasa2 sahaja. Atas sikit daripada cukup2 makan. Kemudian Ati terdengar ada diantara kawan2nya yang bersorak gembira. Apabila ditanya kawan Ati itu mendapat keputusan tertinggi dalam ujian tersebut. Sedangkan Ati tahu dirinya study lebih gigih daripada kawannya itu.

Ati cemburu lagi.

***

Pergi ke shopping mall, Ati melihat sepasang kasut yang sangat cantik. Ati melihat wang di dalam dompetnya. Hanya cukup2 untuk belanja makannya selama sebulan. Ati menyimpan kembali dompetnya. Kali ini rakan Ati yang lain yang agak berada terus membeli kasut tersebut. Ati hanya mampu mengetap bibir melihat kasut idamannya dibeli rakan baiknya sendiri. Ati sakit hati.

***

Pulang ke rumah, Ati duduk lalu mengeluh. Dalam hatinya terus berbisik.


Kenapa aku tak slim dan cantik macam perempuan tadi tu? Aku pun teringin nak pakai pakaian yang cantik2. Ni terpaksa pakai pakaian longgar nak tutup badan aku yang gempal ni,’

’Kenapa member aku result lagi tinggi dari aku? Aku study nak rak tak cukup tidur alih2 dia yang dapat highest. Apa kurangnya aku dalam study?”

’Kenapalah aku tak kaya macam member aku tu tadi. Nak apa2 boleh je beli suka hati. Aku pun teringin nak beli barang2 yang aku suka..


Semua luahan itu dipendam Ati di dalam hatinya. Dia hanya berharap pada suatu hari nanti nasibnya akan berubah, tidak seperti kini.


***

Beberapa bulan berlalu. Ati terserempak dengan gadis cantik di kolejnya dulu. Ati lihat sendiri gadis itu sentiasa mengeluh akibat sentiasa diganggu tanpa henti oleh para lelaki di luar sana. Malah Ati terdengar gadis itu mengadu kepada temannya dia hampir dicabul dan diperkosa oleh kenalannya sendiri. Gadis itu juga mengadu dia menjadi mangsa fitnah dan gosip insan2 yang iri hati padanya. Ati mengucap panjang.


Ati ke fakulti melihat keputusan ujian keduanya. Kali ini kawan Ati hampir menangis kerana gagal dalam ujian tersebut. Ketika Ati cuba menenangkannya, kawan Ati mengadu bahawa dia tidak lagi study disebabkan markah ujian dulunya yang sudah bagus. Kawan Ati leka dan over confident, menyebabkan markahnya jatuh merudum. Ati hanya mampu mendiamkan diri sambil memberi kata semangat kepada kawannya itu..


Tidak lama selepas itu, seorang lagi rakan Ati datang mengadu kepadanya. Duit biasiswanya hampir habis disebabkan terlalu asyik berbelanja. Hinggakan keluarganya sendiri tidak mahu lagi menampung perbelanjaan shoppingnya dan rakannya itu harus berjimat.Ati yang sudah biasa berjimat cuba membantu rakannya itu mengawal perbelanjaannya. Mujur duit simpanan Ati masih banyak.


Di rumah Ati duduk kembali termenung, memikirkan nasib diri dan rakan2nya. Akhirnya Ati mula sedar..


Allah menjadikan tubuhnya gempal supaya dirinya akan selalu berpakaian longgar sekaligus memelihara dirinya daripada menjadi mangsa lelaki buaya di luar sana. Allah menjadikan wajahnya sederhana supaya wajahnya terpelihara daripada menjadi tatapan umum lelaki2 yang bukan muhrimnya.


Allah menjadikan dirinya sederhana pandai supaya Ati tidak akan berputus asa mencuba untuk memperbaiki kekurangannya. Supaya Ati tidak riak dan takbur apabila mendapat markah yang tinggi. Supaya Ati tidak berhenti berusaha apabila telah mendapat keputusan yang baik.


Allah menjadikan hidupnya sederhana kaya agar Ati belajar untuk berjimat cermat demi masa depannya kelak. Supaya Ati tidak boros berbelanja kearah perkara2 yang tidak berfaedah dan akhirnya susah apabila dia memerlukan wang yang banyak pada saat2 kecemasan.


Ati mengucap syukur kepada Allah sambil meraup wajahnya. Kini dia sedar akan kesilapannya dulu yang tidak redha akan nasib dirinya lalu dia memohon ampun kepada Allah. Kini Ati mengakui, sesungguhnya, Allah itu sebaik2 perancang, dan hanya Allah tahu apa yang terbaik untuk dirinya.


p/s : Bersyukurlah atas apa jua kurniaan Allah yang kita ada :)


Sekian, wassalam.


14 May 2011

Ini Kisah Seekor Kucing Bernama Taiko..


Bismillahirramanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Hello! Nama saya Taiko.

Walaupun nama saya macam jantan, saya ni betina sebenarnya..

Saya tinggal kat sebuah rumah di lorong Azzahrah 10/16, Puncak Alam..

Kenapa diorg bagi nama saya Taiko ye? Saya sendiri pun tertanya2..

Saya rasa sebab mata kanan saya ni la.. saya tau la mata kanan saya ni rosak sikit..

Tapi rasa2 saya la kan, diorg bagi nama saya Taiko..

Sebab saya memang Taiko di kalangan kucing2 lain la.. muahahaha (gelak jahat)


Bila kucing lain tumpang makan waktu tuan rumah bagi, saya mesti marah kucing2 tu..

Siap gaduh2, sampai kucing lain semua takut kemudian tak jadi nak makan..

Bukan apa, saya menyampah la.. diorg tu rumah lain, makan la kat rumah sendiri..

Sebok je, kan selalu dapat cakaran penampar dari saya..

Tapi bila saya buat macamtu kan, tuan rumah mesti jentik kepala saya banyak kali..

Sakit tau, nak je saya cakap tapi dia bukan faham pun. Diam je la..


Walaupun saya ni nampak je macam garang & ganas..

Jangan tak tau, saya ni hot tau dikalangan kucing2 jantan..

Saya ingat saya je perasan lebih tapi saya dengar tuan rumah pun cakap jugak..

Bangga saya tau, bila banyak kucing jantan rebutkan saya, hehehe..

Dah dua kali sebenarnya saya ni bunting..

Tapi saya ni ada penyakit serius la, saya je kut yang ada penyakit ni..

Lepas beranak nanti saya mula meroyan, bak kata tuan rumah saya..

Saya pindah2kan anak saya sampai saya pun lupa letak mana huhu..

Setakat ni sekor je anak yang ada dengan saya, sedihkan ?


Kat sini tuan rumah suka bagi saya makan biskut kucing..

Kucing2 lain semua suka je makan tapi saya tak suka la makan makanan tu..

Rasa macam makan biskut je, mana kenyang.. kucing makan ikan la baru best..

Lagi satu kan, saya suka masuk rumah tuan umah kalau nampak pintu terbukak...

Tapi bila saya masuk je saya mesti dengar diorang jerit nama saya ’Taiko!!’

Takpun adela satu tangan diorang ’pap’ melekap kat belakang badan saya..

Bila kena camtu saya pun duduk je la kat situ dengan harapan diorang akan biarkan saya..

Tapi lepas tu badan saya pun diangkat dan dibuang ke luar..

Cesss plan gagal takpe2 lain kali saya cuba lagi *muka tekad*


Tadi kan saya nampak rumah bersepah2, pintu pun tak tutup..

Apa lagi, saya pun masukla, merayau2 kat dalam..

Yang ajaibnya, diorang tak halau saya pun.1st time ni...Wahhhh seronoknyaa!

Masing2 duk sibuk kemas rumah yg macam tongkang pecah tu..

Saya pun carila kotak kosong, macam best je kan duduk dalam tu..

Saya pun masukla dalam sambil duduk diam2 dan mengasah2 kuku hehe..

Tiba2 saya dengar sorg tuan rumah cakap kat saya ’ha kalo nak naik, naikla..’

Apa lagi, saya pun laju je la naik tingkat atas, 1st time kan diberi peluang macamni..

Saya sampai atas je tengok2 muka tuan umah saya tu terkejut gila..

Macam biasa saya pun diangkat dan diletakkan kat luar...

Tak dengar kata salah, dengar kata pun salah.. apa ni? -___-


Tapi saya rasa tuan umah saya ni dah nak pindah la..

Tengok diorang bersungguh2 kemas, saya masuk pun diorang tak marah..

Lepas ni mesti saya akan rindukan diorang semua..

Tak ada sape dah nak bagi saya makan lagi..

Tak ada sapa dah yang nak usap2 kepala saya lagi..

Tak ada sapa dah yang akan jerit nama saya lagi..

Tak ada sapa dah yang nak buli saya lagi..

Saya harap lepas ni tuan rumah yang baru pun best jugak..

Terima kasih ye tuan rumah lama, sebab bagi macam2 memori kat saya..

Ada rezeki kalau datang Palam lagi kita jumpa ye? ;’)


*tuan umah ni time aku tengah layan prasaan sorg2 time tu la dia nak amik gambar..*


p/s : Cerita di atas adalah kombinasi dialog rekaan dan kisah2 benar yg berlaku di sebuah rumah di lorong Azahra 10/16 Puncak Alam :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...