CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

18 December 2010

Point Of View Seorang Kakak : Syahmi


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt...


Esok, bersamaan 19 Disember merupakan hari lahir adik ke3 org, Syahmi yang ke 14 tahun. So entry kali ni org buat khas tentang beliau. 

Syahmi ni merupakan anak lelaki sulung dalam family org. Lepas dapat anak perempuan berderet 3 org iaitu org, Ana ngan Aja, ba ngan ibu seronok sangat dapat anak lelaki. Dan kali ni org perasan cara ba didik syahmi agak lain sikit daripada kitorg. Syahmi dimanjakan & semua kehendak dia ba penuhi, tak macam org, Ana ngan Aja. Bila Syahmi mintak mainan je, sure ba belikan. Sampaikan org masa tu yg masih sekolah rendah duk berleter je kat ba jangan manjakan Syahmi sangat.

Masa Syahmi 5 tahun, Redha lahir. Untuk sesiapa yang tak tau, ibu org hampir nazak lepas lahirkan Redha sebab diserang Anemia tahap kritikal. Sampaikan doktor kata peluang ibu hidup tinggal 20% je. Disebabkan itu, ba mengabaikan Syahmi seketika dan lebih menumpukan perhatian kat ibu yg sakit dan Redha yg baru lahir. Jadi pendidikan Syahmi di tadika agak diabaikan. 

Disebabkan itu. masuk sekolah rendah, prestasi pelajaran Syahmi yang paling teruk antara kitorg 4 beradik. Syahmi gak antara yang paling lambat membaca. Kat sekolah dia masuk kelas tercorot, nombor 2 dari belakang. Bila naik darjah 6 memang ba sangat risau tentang UPSR Syahmi. 3 org anak ba dapat 5A, dan ba tak yakin Syahmi pun akan dapat 5A. Dan bila UPSR keluar, macam yg dijangka, Syahmi memecah rekod sebagai anak pertama dalam family yg tak dapat 5A. Syahmi sangkut subjek math. Tapi ba ngn ibu tak frust sangat. Mungkin sebab dah expect awal2.

Tapi ada satu perkara yg tak dijangka berlaku. PSRA Syahmi agak cemerlang. Malah lagi tinggi daripada org. Kagum org seketika. Berbekalkan keputusan PSRA tu ba masukkan Syahmi ke asrama SAMT Hishamuddin kat Klang. Dan besekolah kat situ menyebabkan Syahmi berubah 100%.  Syahmi sangat menjaga solat, pandai jadi imam dan bilal, jadi kaki masjid, layan lagu nasyid dan yang paling org tak percaya dia join tabligh ngn ustaz dan kawan2 sekolah. Alhamdulillah. Sekarang kitorg satu family faham apa hikmah di sebalik semua kejadian yang berlaku dulu.

Buat Syahmi, walaupun ko sengal dan suka buat muka terencat dan muka mintak kaki seperti ini :

Dan ini :  

Dan juga ini :


Tapi ko anak ba ngan ibu yang paling taat. Along suka tengok ko peluk ibu tiba2, cakap sopan ngan ba ngan ibu, buat semua kerja yang ibu suruh (walaupun buat lambat) dan macam mana ko jadi imam ngan bilal kat rumah. Walaupun along selalu bising kat ko sebab suka cari pasal ngan Redha, tapi along tau ko la adik along yang paling boleh diharap untuk jaga family kita nanti. Along selalu ingat waktu kita kecik2 dulu, kitorg kakak2 ko ni suka pakaikan ko skirt, pakaikan tudung, pastu mekapkan ko sebab muka ko cantik macam perempuan, haha. Bulu mata ko lentik sangat, yang tu kitorg memang xleh lawan… hahaha.

So Syahmi, walaupun ko tak baca blog ni, along nk ucapkan Happy 14th birthday, dan semoga adik Along ni sentiasa dilimpahkan kejayaan di dunia dan akhirat, dapat keputusan yg cemerlang untuk PMR tahun depan. InsyaAllah…


Sekian, terima kasih sebab sudi membaca. Assalamualaikum wbt.

 

p/s : ha ni muke syahmi version normal sikit. payah betul nak cari hehe.

2 comments:

Anis izyan Abd Rahman said...

muke adik kak wawa sejibik mcm kak wawa
comellll sgt!

nadzwareina said...

hahaha ye ke anis? sbab tu kitorg suke mekapkan die kecik2 dulu ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...