CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

21 December 2010

Cinta Ba dan Ibu...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

 

19hb Disember, iaitu dua hari lepas, selain merupakan hari jadi Syahmi yg ke-14, tarikh tersebut juga merupakan hari ulangtahun perkahwinan ibu dan ba yang ke-23. Tapi tidak seperti pasangan lain, ba dan ibu jarang menyambut hari bersejarah tersebut. Ba dan ibu tidak seromantik pasangan lain, dimana kasih sayang antara keduanya jarang dipamerkan, lebih2 lagi dihadapan anak2. Sejak dari kecik lagi org sedar tentang ni. Sebab tak pernah sekalipun org ingat ba dan ibu keluar makan candle light dinner berdua, tengok wayang berdua, bercuti berdua, dan org pun tak pernah tengok ba bagi bunga atau hadiah surprise kat ibu. Tapi org tau ba dan ibu tetap saling menyayangi, walaupun mungkin jarang dizahirkan atau diluahkan melalui perkataan.

 

Org tau ba sayang ibu bila ibu penat buat kerja rumah, ba ajak makan kat luar walaupun ba sebenarnya agak tak suka makan kat luar.

Org tau ba sayang ibu bila ba sanggup ambik cuti dan bersusah payah temankan ibu hantar atuk ke hospital walaupun masa tu ba sangat sibuk dengan tugas2 di pejabat.

Org tau ba sayang ibu bila ba sanggup berkorban tinggal berseorangan di rumah berminggu2  memandangkan ibu duduk kampung hampir sebulan lebih untuk menjaga atuk.

Org tau ba sayang ibu bila ba balik dari kerja penat2 kat rumah waktu larut malam, ba still layan ibu yang asyik bersembang tentang apa2 cerita best yang berlaku pada hari tu dengan gembiranya.

Dan org sure ba sayang ibu sebab masa ibu nazak dulu, ibu cerita kat org yg ba janji dengan ibu waktu dalam ambulans yg ba takkan cari pengganti ibu kalau ada apa2 yang buruk terjadi kat ibu :’)


Org tau ibu sayangkan ba bila ibu tak kisah ba tak pernah masuk tengok ibu bersalin walaupun dah 5 kali sebab ba tak suka tengok ibu dalam keadaan sakit. Atau mungkin ba takut darah. 

Org tau ibu sayang ba bila ba balik kerja tengah2 malam, ibu still turun dapur masakkan untuk ba yang belum lagi dinner walaupun waktu ba balik ibu dahpun tidur.

Org tau ibu sayang ba bila ibu tak pernah mintak barangan2 macam beg tangan, baju, kasut, barang kemas atau aksesori mahal2 sebab ibu tau ba kerja keras kumpul duit demi masa depan anak2. 

Org tau ibu sayang ba bila ibu bagi makan dan jaga ayam2 dan angsa2 peliharaan ba bila ba tak balik rumah walaupun ibu tak berapa suka dengan haiwan2 tersebut.

Dan org tau ibu sayang ba bila ibu terima sikap ba yang degil, berpersonaliti keras, workaholic, tak romantik, dan agak rasional ini seadanya :)

 

Beginilah serba sedikit bukti kasih sayang ibu dan ba antara satu sama lain yang org dapat lihat setelah 22 tahun menjadi anak pertama mereka berdua. Walaupun org mempunyai ibu dan ba yang berpersonaliti keras, tapi mereka berdua amat serasi dan saling melengkapi antara satu sama lain. Ibu cepat ‘panas’ lalu ba yg cool selalu menjadi penenang ibu. Ba banyak berfikir mengikut logik manakala ibu banyak berfikir mengikut emosi.  Sifat saling melengkapi inilah yg menyebabkan perkahwinan mereka masih utuh walaupun sudah mencecah 23 tahun. Org teringat satu quote ni, ‘I've learned that there are people that truly love you, but they just don't know how to show it’ 

Buat ibu dan ba, selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-23. Mintak maaf sebab along ngan adik2 tak dapat sambut dengan meriah sebab keadaan atuk yang masih sakit serta ana ngan aja yang dah tak ada kat sini. Hanya doa yang mampu along titipkan buat ba dengan ibu. Org akan selalu doakan ba ngan ibu hidup bahagia bersama hingga akhir hayat dan semoga di akhirat kelak ba dan ibu akan dipertemukan kembali di syurga, insyAllah.. :)

 

Sekian, terima kasih sudi membaca. Assalamualaikum wbt.


Lovely couple <3

gambar kawin ibu ngan ba. actually ni jahitan cross-stitch ^_^

2 comments:

Adibah Sharudin said...

so sweet =')

momoko-chan87 said...

very touching..tersentuh hati ktk kt membaca post ni..so sweet~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...