CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

05 May 2010

Dugaan.. Bersabarlah...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Hari ni penulis terjaga jam 2 pagi. Bangun2 je penulis terus batuk2 dan dada rasa sakit. Lepas tu terus je penulis terbersin x henti2 sampai basah hidung. Lantas penulis pergi bilik air. Balik ke bilik, penulis terbatuk lagi tanpa henti. Sian jo, mesti tidur xlena sebab penulis bising.

Selalunya jam 5.30 am penulis akan bangun untuk study sebelum pergi exam pkul 9 am. Tapi tadi penulis xmampu bangun. Sebelum nak bergerak ke exam hall, penulis bercadang nak bawak sebotol air, untuk kurangkan batuk kat exam hall nanti. Penulis angkat kettle. Kosong. Kettle satu lagi air panas je. Tak apelah. Kemudian penulis terbatuk dan terbersin2 lagi. Terus penulis bawak tisu satu bungkus letak dalam beg.

Time exam yang berlangsung selama 3 jam, penulis terasa penulis batuk dan bersin dengan agak teruk. Satu bungkus tisu penulis habiskan nak lap hidung. Walaupun penulis pakai sweater, penulis rasa badan penulis menggigil. Syukur penulis mampu lagi menjawab walaupun rasa terganggu sikit. Bila rasa xlarat penulis letak kepala 5 minit atas meja sebelum sambung. Cuma tadi waktu buat mcq penulis terlelap sesaat dua. Mungkin sebab x cukup tido semalam.

Balik bilik, still batuk tak berkurang walaupun dah 2 kali makan ubat batuk. Selsema pun still x elok. Selalu kalau penulis kena batuk selsema, satu atau dua hari je dah elok. Tapi kali ni lambat pulak nak elok. Mungkin sistem immune penulis dah lemah kut.

Ada satu je paper lagi untuk penulis habiskan. 3 jam kredit, dan paper yang penulis rasa agak tough sebagai penutup sem ni. Bertahanlah wawa... satu je lagi.. satu je lagi... bisik hati penulis. Mungkin ni dugaan Allah buat penulis. Penulis redha. Apa pun doakan penulis mampu jawab dengan baik untuk paper terakhir sem ni ye. Penulis harap sakit ni tak berlarutan sebab isnin depan penulis dah mula latihan industri kat kilang CCM.

Sekian celoteh kali ini. Wassalam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...