Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...
Baru-baru ini persoalan di atas menerjah minda penulis. Mungkin ini disebabkan kegemaran baru penulis untuk mengikuti drama bersiri Melayu yang disiarkan di TV. Jarang sebenarnya penulis follow drama Melayu. Setakat ni pun baru dua, Nur Kasih dengan Adamaya. Dan baru penulis perasan kedua2 drama ni ada persamaan, dimana hero dan heroin disatukan dalam ikatan perkahwinan tanpa rasa cinta daripada kedua-dua belah pihak. Dalam drama Nur Kasih, Adam dan Nur Amina disatukan tanpa kerelaan Adam, dimana dia sudahpun mempunyai isteri di Australia bernama Katrina. Dalam cerita Adamaya, Adam (nama Adam juga) disatukan dengan Maya tanpa kerelaan Maya yang sudahpun mempunyai bf bernama Dani. Dan dalam drama2 ni dapat dilihat, di awal2 perkahwinan banyak konflik yang melanda mereka. Tapi memandangkan cerita di atas adalah drama semata, maka adalah WAJIB drama tersebut mempunyai happy ending untuk kepuasan hati penonton. Mereka jatuh cinta akhirnya dan hidup bahagia...
Kadangkala penulis berfikir sendiri, jika perkahwinan didirikan tanpa rasa cinta, dapatkah kebahagiaan dikecapi seperti dalam drama2 di atas? Lebih2 lagi perkahwinan yang ditetapkan oleh kedua ibu bapa, yang mungkin belum cukup mengenali siapa yang bakal menjadi pasangan sehidup semati kepada anak mereka. Lalu penulis pun berfikir, datuk nenek kita dulu selalu dikahwinkan menurut kehendak ibu bapa. Tak pernah pun lihat wajah, tiba2 disuruh kahwin dan mereka menurut sahaja. Dan Alhamdulillah, ternyata mereka hidup bahagia dan lahirlah kita di dunia sebagai zuriat keturunan mereka. Namun, pada waktu dulu sangat berbeza dengan sekarang. Penulis yakin pada zaman dulu, masalah sosial yang melanda tidak seteruk sekarang. Walaupun belum pernah bersua muka, ternyata khabar angin yang baik2 tentang empunya badan betul belaka. Tapi zaman kini, mampukah kita percaya khabar2 angin yang didengar?
Pada zaman kini pula, ternyata ramai ibu bapa yang berfikiran terbuka dan memberi kebebasan kepada anak2 untuk memilih jodoh sendiri. Kalau dah ada teman istimewa, bawa sahaja berjumpa ibu bapa, insyaAllah jika mereka setuju, pasangan tadi boleh terus disatukan. Malah ada ibu bapa awal2 dah beritahu tak mahu masuk campur dalam urusan jodoh anak2. Jadi segala urusan berkaitan jodoh diurus sendiri oleh anak, ibu bapa sekadar menilai pasangan yang dipilih, memberi restu dan membantu dalam urusan perkahwinan mereka. Jadi terbinalah masjid yang didirikan atas dasar cinta dan suka sama suka antara pasangan..
Islam pula menggalakkan umatnya terus menyimpul rasa cinta melalui ikatan perkahwinan. Dengan ini segala jenis maksiat, termasuklah maksiat melalui hati dapat dielakkan. Melalui buku2 yang sering penulis baca, seringkali si jejaka yang ingin mencari jodoh hanya menggunakan khidmat orang tengah untuk mencari pasangan yang terbaik untuk mereka untuk dijadikan teman hidup. Pasangan tersebut hanya bertemu sewaktu pertunangan dan untuk membincangkan majlis perkahwinan mereka nanti. Dan selepas itu mereka berkahwin, barulah mereka mula bercinta dan hidup bahagia. Ini kerana selepas kahwin, baru mereka mengenali pasangan masing2 dan selepas perkenalan itulah, baru rasa cinta itu hadir. Rasa cinta yang hadir itu akan menjadi lebih manis disebabkan kemesraan yang dizahirkan melalui suami isteri itu kini dihalalkan. Mungkin sebab itu pasangan ini hidup bahagia.
Jadi, apa pendapat anda? Yang mana lagi seronok? bercinta sebelum kahwin atau bercinta selepas kahwin? kalau penulis, penulis nak rasa percintaan selepas kahwin, tapi sebelum kahwin adalah lebih baik hati budi pasangan diselami terlebih dahulu. Tapi kalau rasa cinta sebelum kahwin dah wujud, adalah lebih baik rasa cinta itu diteruskan dan dizahirkan melalui ikatan perkahwinan.. Memandangkan umur penulis hampir mencecah 22, persoalan sebegini dah mula bermain di minda penulis, tambahan lagi ramai kawan2 penulis dah pun mengakhiri zaman bujang.. Penulis pula? Mungkin paling awal 3 tahun lagi, insyaAllah...
Sekian post kali ini, wassalam..

3 comments:
ak xtau ak layak ke x utk berkomen hee tp bg ak pun bercinta pas kawin jauh lg menarik then before kawin...post ko make me think twice emmm
ape plak tak layaknye... ko dh ade lg layak la pikir dari aku ape.. =p haha..fikiran ko sama ngan aku..ada jugak geng akhirnye..
hahahaha pe plak....yup bg ak dr bercinta bukn mek rak sblum kawin tp bila kawin feel tu cm dh xde wtpe...klu laki tu leh cnta istri dia pas kawin pling terbaik hee
Post a Comment