CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

21 May 2010

Suasana Di Ofis CCM Pada Hari ke-10..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Tempat : Ofis Sterile Department, CCM Duopharma Biotech Bhd
Masa : Lebih kurang 8.45 pagi
Insan terlibat : En Thifla, En Azman, En Jaffri (Eksekutif Sterile Production), Abang Zaki, Kak Nurul (Staf), Wawa, Ah Hang, Mui Wen (Trainee)

Ketika penulis sedang membetulkan SOP aka Standard Operation Procedure di laptop selepas check dengan praktikal sebenar kat bilik production sterile semalam, tiba2 penulis dengar nama penulis disebut-sebut.

'Ha, Zaki, kalau nak turun ajak Wawa tu sekali. Kau kalau Wawa ada baru nak semangat,' kata En Thifla tiba2. Penulis terkejut sekejap lantas berhenti menaip. Abang Zaki yang dah nak bangun terus duduk balik. Tak jadi nak keluar.

'Haah Tip. Semalam Wawa ada bukan main lagi si Zaki ni explain satu2 semua prosedur kat situ. Kalau tak tu aku tengok tak semangat langsung. Dahla asyik tersengih-sengih je semalam,' tiba2 pulak la En Azman ni. Ish.

'Abang Man ni pandai2 je. Mana nampak saya senyum? Saya pakai face mask la...' kata Abang Zaki. Penulis pun tengok muka dia. Selamba aje.

'Alah Wawa pun apa kurangnya. Semangat betul semua benda nak tanya. Tak larat nak jawab,' kata En Jaffri pulak. Semalam En Jaffri dengan En Azman teman penulis yang keseorangan di bilik production sterile check SOP satu2 ikut apa yang diorang buat. Nasib baik diorang ada. Penulis berkesempatan melihat mereka weighing dan mixing morphine, dan compare dengan SOP yang penulis translate. Abang Zaki pulak time tu tengah buat filtering. Proses filter tu la yang dia duk explain satu2 sampai penulis ingat.

'Saya memang la kena semangat En Jaffri. Saya nak belajar benda baru kena la semangat,' penulis cuba membela diri. Memang penulis teroverexcited semalam. Banyak jumpa benda baru le katakan.

'Eh awak semua jangan gosip2 Abang Zaki maa. Nanti Kak Nurul marah,' Ah Hang yang dari tadi senyap menaip tiba2 bersuara. Terus Kak Nurul yang tengah menaip pun terhenti. Penulis pun pandang Abang Zaki. Dia dah tergelak pun.

'Ey mana adaaaaa. Ah Hang tipuuuu,' jerit kak Nurul sambil pandang semua Eksekutif. Ah Hang pun gelak. Penulis pun join dengan Mui Wen sekali. Seronok team dengan bebudak cina UKM nih. Riuh terus ofis waktu tu.

'Eh.. Ah Boy dah pandai gosip2 maa. Nanti kak Nulul malahhh,' ajuk En Azman. En Azman kacau Ah Hang pulak. Sebab Ah Hang ni sorang budak laki yang comey lagi kecik, terus nama Ah Hang diorang panggil Ah Boy. Suka hati diorang je, sampai penulis pun hampir terikut. Ah Hang terus muncungkan mulut. Seisi ofis gelak tapi penulis rasa penulis dengan Mui Wen yang gelak paling kuat.

'Eh tengok tu. Seronok betul Wawa dengan Ah Girl gelakkan Ah Boy,' kata En Jaffri. Ah Hang yang terdengar nama Mui Wen dipanggil Ah Girl terus gelak terbahak-bahak sambil tekan perut. Penulis macam biasa gelak la jugak. Kali ni Mui Wen pulak yang muncungkan mulut.

Dah puas seluruh isi ofis gelak pagi2, penulis pun sambung kerja. Tiba2 penulis terdengar suara En Jaffri yang duduk tak jauh dari tempat duduk penulis...

'Adui.. adui... adui...'

Penulis terus angkat kepala. Rupa2nya En Thifla yang sedang on the way nak keluar ofis sempat pulak pergi cucuk pinggang En Jaffri yang sedang duduk belek dokumen. En Jaffri pun bukan nak elak. Duk teradui-adui kat tempat duduk dia sambil mata tak lekang dari dokumen. Penulis terus tergelak tengok gelagat diorang.

'Korang ni malu la sikit. Wawa pandang tu. Macam budak kecik,' En Azman kat meja tiba2 bersuara. Memandangkan tempat duduk penulis menghadap tempat duduk para Eksekutif, laju je En Azman ni nampak penulis tengah asyik tengok gelagat diorang sambil tergelak.

'Ala Wawa, kita kerja kena happy2, jangan tensen2. Barula kerja boleh jadi produktif. Betul tak Jep?' kata En Thifla.

'Betul betul betul,' kata En Jaffri selamba sambil mata still atas dokumen.

Penulis pun senyum je.

Sekian coretan penulis kali ini. Jumpa lain waktu. Wassalam.




3 comments:

izzati said...

wawa,
jelesnye..mcm best je kt tmpt keje..bosan kot kt CEPP ni

Anonymous said...

hahaha wawa menyebabkn smua org jles...zati biasala tmpt wawa rmai org so meriahla...hee

nadzwareina said...

zati ngan syu, memang kat ofis ni ramai orang, pastu sume pun macam giler2 je.. tu yg meriah kut...haha gudluck ye utk 5 weeks lagi.. :-)

(ukm 6 minggu je dorg. x aci betul..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...