CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

24 May 2010

My Malaysian Celebrities Crush Are...?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Tiba2 tergerak nak post satu entry yang lain sikit daripada yang penulis biasa buat. Penulis rasa penulis jarang penulis buat entry pasal bidang hiburan, nak2 bidang hiburan kat malaysia, unless kalau penulis buat entry pasal review drama/filem. Tapi semalam penulis dapat satu soalan kat formspring. Soalan tu tanya sape penulis punya celebrity crush kat malaysia. Korean2 xnak pulak. Macam tau2 je penulis sure nak jawab mamat korean kalau tanya celebrity crush, hehe. Actually agak lama jugakla penulis berfikir tentang jawapan kepada soalan tu. Berapa kerat je artis malaysia ni yang penulis follow. Fikir punye fikir, siap imbas kembali zaman dulu kala, maka penulis pun terfikir 3 celebrities kat malaysia yang penulis memang minat sejak zaman sekolah menengah lagi. Tapi jawapan formspring penulis buat sorang je sebab takmau jawapan jadi panjang sangat. Walaupun penulis tau xde sape yang berminat ngan celebrity crush penulis ni (except yang tanya kat formspring tu..), penulis terasa nak share sape 3 orang tu. Layan je la ek? =p

1) Azwin Andy Abdul Malik


Dia ni la yang penulis jawab kat formspring. Tapi ramai xtau sape empunya nama ni. Mamat ni actually ialah sorang drummer band yang agak femes kat Malaysia ni, Estranged. Dia femes dengan nama Andy. Andy ni 1st time penulis tengok jadi pengacara Hitz tv. Penulis ingat dia chinese mula2, tambahan pulak sebab muka dia yang memang macam chinese, nama dia Andy dan dia ni sangat fluent speak english. Rupe2nya mix chinese campur melayu. Penulis start minat Andy lepas dia join Estranged. Penulis perasan every show before stat ketuk dram dia mesti pusing2kan kayu dram tu kat jari dia. Then dia main dram dengan sangat style. Smart okeh. Sebab Andy jugalah penulis melayan semua lagu Estranged, macam lagu Itu Kamu, Aurora, Yang Pernah, Ketika Ini, etc.. Penulis ingat dia ni xreti cakap melayu sangat, tapi rupe2nya ok je. 1 perkara menarik tentang Andy, dia ni seorang yang sangatttt tinggi. 6 kaki 2 inci. Too tall for malaysia woman right?

2) Muhammad Yasin Sulaiman


Hm, Yasin mana ni? Yasin Senario? Tak.. Yasin Sulaiman ialah Yasin ex kumpulan nasyid Brothers yang femes dengan lagu dia Nur Kasih. Penulis mula2 perasan Yasin dalam video clip 'Teman Sejati' nyanyian Brothers masa penulis sekolah rendah dulu. Rasa2 ni artis pertama yang penulis minat tapi sebab time sekolah rendah dulu tak berapa nak matang kan, so penulis minat gitu2 je. Yasin sekarang dah kawin, anak ada 2, umur dia pun dah 35 tahun. Penulis ingat lagi dulu2 penulis siap tengok Yasin nyanyi lagu Mimpi Laila waktu Anugerah Juara Lagu dan dia siap menang lagi. Tapi penulis tak ingat tahun bila. Penulis layan gak lagu Yasin, antaranya Alhamdulillah ft Too Phat, Siapa di Hatimu ft Akbar, Salsabila, Mimpi Laila, dan especially Nur Kasih. Penulis suka tengok muka Yasin yang bersih tu, tenang tengok bila dia senyum. Bertuah betul isteri Yasin ni. Baru haritu penulis tengok Yasin jadi juri Mentor4 kat tv3. Rambut Yasin dah potong pendek. Nampak lagi smart..

3) Syed Hussein Syed Mustafa



Siapa yang tak kenal insan di atas ni, dia ialah pelakon yang sangat femes menerusi drama Adamaya, dengan memegang watak Adam. Sape lagi kalau bukan Sein Ruffedge. Penulis dulu minat Ruffedge, kiranya penulis dah minat semua ahli Ruffedge sejak dulu lagi sebelum drama Adamaya ni keluar. Suka layan lagu diorang macam Tipah Tertipu, Da Bomb, Lemas, Bila Rindu, etc.. Sein ni antara yang femes dalam Ruffedge sebab antara yang hensem dan paling muda. Penulis dah lama tengok Sein berlakon filem Sepi, dan penulis rasa dia ni memang ada talent berlakon. Kemudian Sein jadi Adam pulak, bertambah2 koleksi peminat dia walaupun Sein dah kahwin. Sein kahwin ngan anak ex MB selangor, Nana. Nana ni dulu protege Cat dalam Mentor, sebab tu dia selalu jumpa Sein. Diorang sekarang dah ada 2 anak. Sein muda lagi, baru 27. Penulis ingat lagi dulu penulis rajin gak la follow couple ni kat Sehati Berdansa. Nasib baik menang..

Oklah. Cukupla takat ni. Baru penulis perasan celebrity crush penulis ramai dah jadi bapak orang rupenye. Hahaha takpela. Penulis minat lagi artis2 korea sebenarnye. Melayu ni penulis layan dulu kala sebelum penulis kenal kpop. Terima kasih la baca celoteh penulis yang xde input ni. Saje konon2 nak buat kelainan kali ni. Jumpa lagi post akan datang. Wassalam..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...