CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

11 August 2009

Perubahan...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Bebaru ni org call ibu, nk beritau xdapat balik ujung minggu ni sbab nak join aktiviti kolej pringkat uni. Ibu kata xpe je, ibu paham. Lagipun ana balik. Lama sembang2, then tiba2 ibu kata sumting yg buat org terkedu kejap..

'Along, ibu perasan la kan, suara along dlm telefon makin lama makin dalam la. Makin matang. Anak ibu ni dah besar la...'

Ahahahaha. Org trus gelak. Kalo lelaki tu ye la kalau dah matang suara jadi dalam. Kalau prempuan? Setau org suara prempuan pun smakin besar semakin berubah, tapi obvious kah? Sampai boleh dengar dalam telefon?

'Haha. Ibu ni kan.. Orang sakit tekak ni, tu suara jadi lain,' org berdalih walaupun sebenarnya xde la sakit tekak mana pun.. batuk2 skit je.. entah kenapa tiba2 diserang rasa malu bila ibu kata macam tu.

'Betul la long. Bukan suara along je. Banyak dah perangai along yg berubah skrg ni ibu perasan. Nak2 time along cuti seminggu kat rumah haritu,' Ibu menyambung lagi. Masuk ke satu topik yg kitorg xpenah bincang pun sebelum ni. Matang. Ingatkan nak lari dari topik ni, tapi ibu makin excited pulak. Tapi ayat last tu menarik perhatian org.

'Ye ke bu? Apa ye org buat?' Org cuba memancing isi hati ibu. Org try gak flashback apela yg org buat kat umah haritu... tapi xde la rasa bnda pelik pun yg org buat. Xsangka seminggu kat rumah ibu banyak perhatikan org..sebab org lama xbalik umah ke? Xde la lama sgt kut rasanye..

'Ye la, kalo dulu along cakap ngan adik2 kadang2 marah2 je. Tapi skrg ni cakap pun dah lembut. Makin mesra dah ngn dorg. Makin rapat dah ngan shahmi ngan redha. Lama dah ibu tak tengok along marah adik2 lagi,' Org ketap bibir dengar ayat ibu.

'Ibu, dulu tu dorg nakal, suka buat bising, suka sepah2, org marahla.. sekarang ni dorg dah besar, dah baik, buatpe nak marah2 dorg lagi kan? hehe..'

'Hehe. Tu satu. Lagi satu, dulu along nak buat keje umah kdg2 kena suruh. Pastu siap ibu repair balik. Skrg ni xpayah dah suruh2, dh pandai buat sendiri. Keje pun makin bagus dah,' Ibu kata lagi.

'Oh, ye la bu. Ana ngan aja xde. Sape lagi nk buat kalo bukan org? Xkan shahmi ngan redha?' Org gelak, ibu pun gelak.

'Em, apa lagi ye... Ha, ibu perasan dlu along duk berkepit ngan mp4 ngan henfon kehulu kehilir. Sekarang dah tak. Ibu nmpak asyik berkepit dengan novel je pulak. Pastu sejak bila rajin pakai kain batik kat rumah ni?' Ibu gelak lagi. Org pun join sama.

'Tu pun dikira matang ke bu? hahaha..' Teringat plak kat rumah tu org pakai kain batik sebab seluar org sume dah xde dlm almari. Aja bawak pegi asrama la tu. Bukan nak bgtau. Lama2 pkai kain batik ibu sronok la pulak.

'Hehe, xkisahla long. Ibu tau anak sulung ibu ni dah besar. Dah boleh diharap. Sbab tu ibu xrisau tinggalkan along ngan ana ngan shahmi bertiga masa ibu ngan ba balik kmpung aritu,'

Org diam, xtau nak cakap apa. Malu sekali lagi bila ibu kata mcmtu. Jarang dalam telefon or kat rumah kitorg sembang benda2 macam ni. Ni boleh la nk dikira 1st time. 1st time org mendengar sndiri isi hati seorang ibu tentang perubahan anaknya yg semakin dewasa.

'Along dah 21, dah semakin besar. Fikiran pun dh semakin matang. Bukan ibu je perasan tau. Ba ngan ana pun ada cakap haritu..' Org terkejut. Oh, dorg ni mengumpat aku ye, hehehe..

'Rasa pelik pulak bila ingat2 balik. Dulu2 ibu selalu dukung along bawak jalan2. Sekarang ni tengok2 along dah lagi besar dari ibu pulak. Pelik tapi sronok tengok anak2 berubah semakin besar depan mata sendiri,' smbung ibu.

'Lagi 5 tahun nanti, along nak kawin pulak. Tu, kak anum, abang amin, azi, sepupu2 along tu sume sibuk dah nk bertunang bulan ni ngan bulan depan. Ibu rasa kalo along nak gak dah boleh la ni..' Aih...ibu cakap topik ni pulak. Lantas org terus berusaha menukar topik, dan akhirnya berjaya.. nasib baik..

Perbualan org ngan ibu pada haritu buat org berfikir, kita ni semakin lama semakin tua, usia bertambah, fikiran pun berubah, begitu juga dengan tingkah laku kita. Mungkin kadang2 kita xperasan, tapi family kita, kawan2 kita, org yg dkat dgn kita, perasan perubahan tu...

Bila dah semakin tua, tanggungjawab kita semakin besar. Tanggungjawab pada family, pada status kita sebagai pelajar, pada negara, bangsa dan yang paling penting sekali agama dah jadi semakin besar. Bila usia dah bertambah, tu tandanya kita semakin menghampiri mati. Dah bersediakah kita nak menghadapi semua ni?

Umur 21 dah masuk kategori dewasa. Semakin banyak benda menanti kita kat depan, yg kita xtahu bila & bagaimana rupanya. So sama2 la kita preparekan diri utk menghadapi semua2 tu. Sentiasalah berdoa semoga Allah bersama kita tatkala kita berjuang demi menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi ni... Agar di akhirat kelak kita tak akan dipersoalkan kembali tanggungjawab kita itu oleh Allah...InsyaAllah..

Teringat dulu2 masa kecik bila ba asyik berkerut & org tnya kenapa, ba kata mcm ni..

'Tak senang jadi org dewasa ni wani...' Hmm...

Sekian...Wassalam..=)

6 comments:

M.Affan Ns said...

quote jap....
"'Rasa pelik pulak bila ingat2 balik. Dulu2 ibu selalu dukung along bawak jalan2. Sekarang ni tengok2 along dah lagi besar dari ibu pulak. Pelik tapi sronok tengok anak2 berubah semakin besar depan mata sendiri,' smbung ibu."


hehehe... x lama lagi wani dukung anak la pulak.. boley share ngn ur mom dukung cucu dia.. hihihi

selamat membesar~ ho ho... 21 dah dia ye... tuenye~ hikhik... nk adiah tongkat dari mesir? [ jahat2 ] hahaha.. gurau dess...

izzati said...

wawa,
seronoknya bila ur mom kate dah matang.dh matang tu dh boleh kawin.hehe.mak zati asyik kata mcm budak2 je smpai skrg.bile la die nk kata zati matang ni..hmm

nadzwareina said...

affan : org tggu gak saat2 tu affan, tapi lambat lg kut.. anyway, apepun, affan stil tua dari org. jgn lupa tu..=p

zati : em...insan yang dikatakan matang tetapi tak menyedari perubahan dirinya yg semakin matang bolehkan dikategorikan sebagai sudah matang? hahaha...

M.Affan Ns said...

alamak... tunggu saat itu? saat dapat adiah tongkat ke? hahaha..


*aduhh.. jadi kerja pulak aku kne gi carik tongkat~ :P padan muke ko affan... adess2~

nadzwareina said...

eh, bukan tongkat tu la affan... mksud org saat2 bergelar seorang ibu & berkongsi cerita ngan seorang nenek, hehehe..

tapi kalo nk gak bg tongkat tu, tggula 50 thun lg ke.. kalo bg skrg org xpakai lg...=p

Anonymous said...

ye kawen...mri kawen rmi2....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...