Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Hai awak.
Ye, awak yang tengah baca post saya yang ni.
Yang selalu baca blog saya ni (sila noted word 'selalu' tu ye)
Awakla, tak perlu fikir tentang orang lain.
Post ni memang saya tulis untuk awak.
Saya tau, tiap2 kali saya update awak mesti baca kan?
Kadang2 awak taip nama saya atau blog saya ni kat google..
Takpun awak sampai thru dashboard blogger..
Takpun thru networkedblogs kat fb..
Kadang2 awak jadi silent reader, kadang2 awak tulis komen..
Tapi saya tau awak selalu singgah & baca blog saya ni, kan? :)
Masa mula2 tulis blog ni, saya buat blog ni macam diari..
Habis sume kisah saya waktu saya jadi student saya tulis..
Kadang2 cerita kelakar, kadang2 cerita sedih..
Kadang2 pasal saya sorg, kadang2 pasal kawan2 saya..
Ada gak saya cerita waktu saya tengah marah, atau time tengah stress..
Saya tau setiap kali awak baca post2 saya kat atas ni..
Awak cuba menyelami apa perasaan & isi hati saya pada masa tu..
Mungkin awak turut sama gelak, atau turut sama bersedih..
Atau mungkin ada waktu2 awak terasa atau terkena kat diri sendiri..
Tapi still, awak tak pernah miss baca blog saya kan?
Bila awak kata blog saya best, saya happy sangat..
Tak sangka blog merepek saya ni ada jugak yang sudi baca & folow..
Mungkin adala post2 saya tu berunsur ilmiah sikit..
Tapi sikit sangat kut, compared dengan kisah2 hidup saya je..
Kisah2 pasal kata hati saya lagi banyak, huhu.
Tapi tak kisahla, seronok jugak kalau boleh kongsi cerita ngn org lain kan..
Tapi saya nak awak tau,
Setiap kali awak baca atau komen kat post2 saya..
Saya rasa seronok dan dihargai sangat.
Dan kalau awak ada blog jugak, memang saya baca punya, tak tipu :D
Tapi taktaula awak, kenapa la lately ni kan,
Mood saya nak menulis makin hilang.. makin hilang..
Saya pun taktau kenapa, macam kering idea dah nak tulis pasal apa..
Lagi satu, baru2 ni saya ada masalah hati & perasaan sikit..
Tu yang tak boleh tulis blog, nanti merepek2 jadinya..
Contohnya macam post yang ni la..
So buat masa ni saya hiatus buat sementara waktu..
Mungkin dalam tempoh ni saya boleh study sikit sebelum stat keje ke..
Dan mungkin lepas stat keje, ada pengalaman2 menarik saya nak share,
InsyaAllah saya akan tulis balik kat sini ye.
Oklah, cukupla sampai sini dulu.
Walaupun mungkin saya tak tulis lagi lepas ni,
Saya still akan tengok fb awak atau baca blog awak.
Kut2 la kalau masalah hati & perasaan saya tu dah sembuh,
Saya akan sambung kembali aktiviti menulis kat sini.
Tapi kalau dah lama sangat saya tak tulis2 tu..
Tak sembuh lagi la kut nampak gayanya..
Akhir kata, terima kasih banyak ye sebab sudi jadi pembaca blog ni.
Dalam berjuta2 blog yang ada kat dunia maya ni,
Awak sudi luangkan masa seminit dua baca post saya satu2.
Saya bertuah dapat pembaca blog macam awak ni.
Saya sayang awak :)
Assalamualaikum wbt.
p/s : Mulai hari ni, Isnin 20 September, blog ini berkeadaan hiatus hingga ke satu saat yang hanya Allah tahu bila.