CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

01 August 2011

Ramadhan : Bulan Untuk Berhijrah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Bulan Ramadhan, bulan yang kesembilan dalam kalendar Islam kini menjelma lagi. Bulan yang ditunggu2 oleh segenap lapisan umat Islam. Meriah sungguh wall2 FB dengan ucapan2 sempena Ramadhan kan? Bersyukurlah kita kehadrat Ilahi umur kita masih dipanjangkan sekaligus memberi peluang untuk kita bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh barakah ini.

Puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, atau menahan diri daripada melakukan perkara2 yang membatalkan puasa. Puasa juga boleh menjadi titik permulaan untuk kita berhijrah kepada yang lebih baik. Bagaimana?

*

Buat para perokok, terutama perokok tegar, anda boleh cuba belajar untuk berhenti merokok. Jika anda boleh menahan diri daripada merokok selama lebih 12 jam, selama sebulan penuh, kenapa tidak anda hentikan terus aktiviti yang tidak sihat itu? selain duit dapat dijimatkan, umur pun dapat dipanjangkan *Fakta : setiap batang rokok yang dihisap memendekkan umur selama 4 saat*

*

Buat para wanita yang ingin cuba berjinak2 memakai tudung, mulakanlah niat anda sekarang. Ramai wanita yang bertudung dibulan Ramadhan sekadar ingin menghormati kesucian bulan Ramadhan itu. Jika anda selesa mengenakan tudung selama sebulan, kenapa perlu tudung itu dibuka selepas tamatnya bulan Ramadhan?

*

Buat mereka yang jarang2 menyelak Al Quran, bulan inilah masa yang paling sesuai untuk memperbanyakkan bacaan Al Quran pada setiap hari. Sementara menanti masuknya waktu berbuka puasa, apalah salahnya aktiviti tidur itu digantikan dengan membaca Al Quran? Ataupun join aktiviti tadarus yang diadakan di surau2 berhampiran? Apabila kita telah terbiasa membaca beberapa helai Al Quran setiap hari di bulan Ramadhan, kita mesti akan rasa kekok jika tidak membaca walau sehelai Al Quran setelah tamat bulan Ramadhan nanti.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.” (riwayat Ahmad dengan sanad sahih)

*

Buat mereka yang agak berkira untuk bersedekah walau sekecil2 nilai duit kepada insan2 yang memerlukan, bolehlah belajar untuk mengikis sifat tersebut dengan perbanyakkan amalan bersedekah. Ingatlah, bukan banyak mana nilai duit yang disedekahkan itu yang dilihat oleh Allah, tetapi Allah menilai betapa ikhlasnya hati kita menghulurkan bantuan semata2 demi keredhaanNya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: ‘Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: ‘Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.’ (H.R Muslim)

*

Buat mereka yang jarang berpeluang untuk mendirikan solat2 sunat, di bulan Ramadhan inilah anda berpeluang untuk mengerjakan solat sunat pada setiap hari, iaitu solat sunat Tarawikh yang munculnya hanya sekali setahun iaitu hanya pada bulan Ramadhan. Seronok kan selepas habis solat Isyak, kita dan seisi masjid berjemaah mendirikan Solat Sunat Tarawikh bersama2? Kita boleh pilih nak mendirikan 8 rakaat, atau 20 rakaat mengikut keinginan kita. Jika bukan di bulan Ramadhan, bila lagi kita akan mendirikan solat sunat sebanyak 8 rakaat sehari? apatah lagi 20 rakaat. Tak pernah kan? Jika dah biasa solat sunat paling kurang 8 rakaat sehari, InsyaAllah kita tiada masalah untuk mengerjakan solat2 sunat lain yang biasanya 2 rakaat sahaja :)

*

Banyak lagi penghijrahan yang dapat kita lakukan sempena kedatangan bulan Ramadhan ini, terutama dari segi amalan dan kelakuan kita. Dan semoga apa jua penghijrahan kepada yang lebih baik yang kita lakukan pada bulan ini akan kekal dan diberkati Allah swt. Sama2lah kita berdoa semoga Allah masih lagi memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya.

Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya. Bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)


Sekian untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum wbt :)

2 comments:

asnizaziz said...

jom kita berhijrah..mudah-mudahan ramadhan kali ni lebih baik dpd yang sebelumnya ^^

nadzwareina said...

betul2.. jom sama2 kita berhijrah.. dan semoga kita berpeluang bertemu lagi dengan ramadhan akan datang, insyaAllah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...