CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

01 March 2011

Kenapa Raden Azwani Suka Balik Rumah Naik Bas & Komuter?


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Raden Azwani ni belajar kat Puncak Alam, rumah dia ni pulak kat Klang. Sebenarnya Puncak Alam ngan Klang tu dekat je, takdela jauh mana tapi Raden Azwani ni tak bawak kereta pun dan dia lagi suka naik bas ngan komuter balik rumah. Okeh, satu reason ialah, Raden Azwani ni tak boleh drive. Sebab ape, boleh try refer kat salah satu fakta pasal diri dia kat sini. Tapi banyak je sebab lain kenapa dia suka balik naik bas ngan komuter. Kenapa ye agaknya?

  

1) Sebab Raden Azwani suka tengok gelagat orang2 yang pelbagai ragam. Antara ragam2 manusia yg dilihat : 

* Geng minah2 gedik dressing hot & stylo sebab nak pergi meronggeng kat shopping mall kat KL (mostly suka pakai baju adik2, mungkin sebab baju sendiri besar sangat?) *

* Couple yg asyik berkepit sepanjang masa sampai dua2 nak masuk coach wanita (cess apakah mamat itu tak reti membaca sign??) *

* Suami isteri yang sungguh loving, siap berpegangan tangan & melentokkan kepala di bahu  pasangan masing2 (agak sedikit geli melihat scene ni tapi takpelah. Diorang dah dihalalkan pun...) *

* Budak2 yg riuh & excited bila first time naik komuter. Semua benda kat luar diorang nak tunjuk (takpe, gelagat budak2 ni sungguh kelakar & comel~) *

* Mamat2 yg tenggelam dalam dunia sendiri bila kedua2 telinga disumbat dengan headphone (sambil goyang2 kepala & hentak2 kaki) *

-* Pendatang2 asing yang bergerak dalam satu group yang juga sibuk nak meronggeng dan bershopping (dengan muka masing2 kerisauan sebab takut sesat) *

dan banyak lagi ragam yang boleh buat Raden Azwani tersenyum sorang2 atau terbuat muka 'errrr...wth' bila dia tertengok. Hehe.

 

2) Sebab Raden Azwani dapat meluangkan masa bersendirian melakukan perkara2 yang disukai. Antara yang selalu dilakukan adalah membaca buku sambil mendengar lagu waktu menunggu ataupun dalam bas/komuter sementara tunggu sampai ke destinasi. Ataupun beli jajan2 best kemudian dimakan sendirian sambil membaca. Ataupun tidur tak hengat dan hanya tersedar bila dah sampai ke destinasi. Nasib baik tak pernah terlepas stesen.

3) Sebab Raden Awani suka melihat pemandangan sekitar apabila berada dalam bas/komuter. Suka melihat pemandangan bandaraya Shah Alam yang cantik lebih2 lagi sekitar UiTM sebab selalu dipenuhi student2 pelbagai ragam. Suka lihat pemandangan luar komuter lebih2 lagi kat kawasan kampung2 sebab nampak tenang. Maka adalah wajib mencari seat di dalam bas/komuter di tepi tingkap.

4) Sebab naik bas/komuter tambang dia sangat murah. Kalau Raden Azwani balik dari Puncak Alam ke Klang, semua sekali jumlah tambang bas & komuter hanya RM3.10 . Dan tak perlu spend duit untuk minyak ngan tol. Malah naik public transport adalah digalakkan demi kebaikan alam sekitar. Kan? Kan? Hehe.

5) Sebab naik bas/komuter itu best~ (Ok sebab yg ni boleh diabaikan hehe)

 

Oklah cukup dulu sampai sini. Jumpa di update lain kali ye. Terima kasih sebab sudi membaca. Assalamualaikum wbt :)


p/s : Post kali ni tiada gambar sebab time naik bas/komuter busy sangat duk usha org, hehe.


6 comments:

Fatiehah said...

hahaa. best jugak tuh. tengok gelagat manusia. seronok. kadang-kadang meloyakan.

ke akak usya pakwe? jeng.. jeng..jeng..

Simon Malik said...

hua.. hua..
tak sangka masih ada geng 'luv-publc-transpot' =p

btol².. aku dulu suka sgt naik komuter/bas gi memana, esp Kl la. akibatnyer,, sampai skrg tak tau gi klcc naik keta. ahaha..

seronok kan tgk gelagat org? ^^

p/s : sebab yg last tuh dah cam iklan merdeka 'knp sy suka umah sy' zaman² dulu. kehkehkeh

Anonymous said...

lagi satu reason wawa....sng x yah menyusahkn org len...xyah depend kt org...kita leh blk ikut timing yg kt nak hee

nadzwareina said...

teha : haa tau xpe..best kut usha2 org ni, pastu dalam hati gelak sorg2 sebab kelakar. usha pakwe tu takdela tapi kalau kadang2 terjumpa yg hensem tu kira rezeki la kan? hehe. xde2 akak gurau je.

adam : waa 1st time adam komen kat blog ni.. mekasih2 :)oh aku kalau pegi kl mmg naik public, xmaula naik kete msti jem punye.. mmg seronok tengok gelagat org, kadang2 ade jugak tengok scene2 yg mnyntuh perasaan.. actually xtau dh nk letak reason ape num 5 tu yg letak mcmtu. hehe.

syu : yessss.. setuju2. x terfikir plak yg tu. tula, boleh balik sukehati xyah nk tumpang org.. pastu on the way tu mcm2 benda best kite bole jumpe hehe.

Anonymous said...

tapi macam mane cik wawa nak ke stesen bus? x mintak orang hantar?

nadzwareina said...

tak tggu kat stesen bas.. tggu dekat bustop depan fakulti je.. nnt ade bas rapid msuk bawak pegi shah alam :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...