Post kali ini hanyalah sekadar luahan isi hati. Luahan yang terpendam dalam hati sekian lama namun masih belum diluahkan kerana tiada kekuatan. Harap2 jika ada insan di luar
Jangan follow blog saya kalau post2 saya anda tak baca langsung. Jangan follow blog saya dengan harapan saya akan follow balik. Saya hanya follow blog yang saya betul2 baca je.
*
Jadi matang sikit boleh tak? Dah besar pun nak disuruh-suruh macam budak kecik. Sendiri tau la apa nak buat. Semua pun nak kena suruh. Budak kecik pun lagi matang.
*
Hidup kita di dunia ni sementara je. Tak perlulah nak serabutkan otak memikirkan hal dunia yang remeh temeh. Nak2 hal gaduh2 & cintan-cintun dengan bf/gf. Toloooonglah. Baik pikir pasal study ke, masa depan ke, dosa pahala ke, lagi bagus.
*
Kita dilahirkan daripada dua dunia yang berbeza. Banyak benda2 yang menjadi penghalang antara kita tanpa kita sedari. Jadi kita tak mungkin dapat bersama. Lagipun org ada prinsip yang perlu dipegang. Harap awak faham ye.
*
Janganla sensitif sangat. Hal2 remeh pun nak kecik hati. Ingatlah jugak perasaan org lain. Kalau semua benda kecik pun nak terasa & takleh nak tolerate... susahla hidup.
*
Kalau time arwah hidup lagi pun anda tak nak hormat, apa salahnya lepas arwah meninggal dunia show some respect at least? Arwah dan meninggal pun, dan tak lama lagi mungkin giliran anda pulak. Insaflah cepat.
*
Aku baru je dapat tau yg ko curi gambar2 aku kat Facebook pastu simpan dalam henset ko. Walaupun aku dah terlambat block ko tapi kalau ditakdirkan aku jumpe ko lagi kat memana memang aku akan serius marah ko kaw2 punye. Tak tipu.
*
Org tau tindakan org menyepikan diri berbulan lamanya (mungkin bertahun?) ni salah. Tapi jangan salahkan org, awak yang mula dulu. Awak dah mula melebih2 lepas anggap org 'lebih dari kawan'. Dan org tau kita takkan boleh jadi kawan macam dulu sebab awak dah berubah hingga org dah tak kenal. Harap faham.
*
Tengok wajah awak dalam gambar buat hati saya rasa tenteram. Wajah awak bersih dan tenang sangat. Mungkin saya yang mindset sendiri sebab awak ni lulusan agama? Dan cara awak tegur saya dengan sopan buat saya kagum. Ok saya tau saya kena buang perasaan ni cepat2.
*
Org tau kita ni dah selalu sangat bekerja sekali, tapi org tetap rasa kita tak ada chemistry untuk jadi kawan baik. Bila kita cuba jadi rapat macam org lain, org rasa sangat awkward. Ada rasa macam tu tak? Ke org je yang rasa ye? Mintak maaf sangat2 ye.
*
Oh, org memang addicted ngan Facebook. Tak deny tu. Tapi at least org jauh lagi better daripada insan2 yang suke mencarut kat wall Facebook tu bagi kawan dia yg beratus2 org tu baca
*
Okehla. Banyak pulak luahan isi hati ni. Mungkin tak ramai pun insan2 yang berkenaan akan baca post ni, tapi takpela org luahkan kat sini ye? daripada org luahkan sendiri kat org tu buat tambah dosa je
Sekian post kali ni. Mood menulis org mebuak-buak nampaknya kali ni. Jumpa lagi di lain waktu. Assalamualaikum wbt.
p/s : Kalau ada yang terasa lepas baca mintak maaf ye. Tapi jangan risau, tak semestinya insan yang dimaksudkan kat atas tu awak kan? Mungkin org lain?
0 comments:
Post a Comment