Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
*Sekadar gambar hiasan. Entry tidak berkisar tentang jalan cerita filem ini*
Pada satu petang, usai si gadis menonton filem Dil To Pagal Hai di TV3 selama 3 jam, telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Si gadis lantas menjeling nama si pemanggil di atas skrin.
Tertera nama si jejaka yang dikenalinya.
Si jejaka ini merupakan teman sekelas si gadis semasa sekolah menengah dulu. Lama menyepi tanpa berita, dan baru2 ni mereka berhubung semula melalui YM. Dan di YM ada si jejaka menyatakan hasrat untuk saja2 menelefon si gadis pada satu masa yg sesuai nanti. Maka oleh sebab itu, si gadis tidaklah terkejut mahupun berasa hairan apabila menerima panggilan daripada si jejaka.
Lantas telefon dijawab.
Perbualan dimulakan. Bertahun terputus hubungan tanpa berita menyebabkan si gadis dan si jejaka agak canggung dalam telefon. Ada ketika mereka berdua terdiam seketika. Mungkin ketandusan kata2. Sambil itu kepala ligat mencari idea. Kemudian perbualan segera disambung semula. Berkisar tentang kehidupan di universiti, kawan2, keluarga, kenangan di zaman sekolah, dan juga perancangan masa depan.
Tiba2 satu soalan dilontar oleh si jejaka kepada si gadis:
‘Eh sebenarnya ko ni single ke tak? Serius..’
Lantas disambut dengan tawa si gadis.
‘Single la. Ape ko ingat aku tulis kat YM haritu aku main2?’ kata si gadis sambil ketawa. Teringat soalan ni pernah ditanya di YM pada hari itu oleh si jejaka tetapi dijawab secara tidak serius oleh si gadis. Mahu sahaja si gadis menerangkan prinsip hidupnya. Bahawa dia tak akan bercouple dan bercinta sebelum berkahwin. Tapi ditelan sahaja ayat2 itu di dalam lubuk hati. Takut dikatakan poyo pula.
‘Ha bagi alamat ko,’ kata si jejaka. Lantas si gadis kehairanan.
‘Buat apa?’ tanya si gadis.
‘Yela, boleh hantar rombongan merisik, meminang....’ perlahan sahaja tutur si jejaka. Tetapi dapat ditangkap telinga si gadis.
Lalu berderaulah seketika darah si gadis mendengar ayat si jejaka.
‘Err, aku rasa ko silap orang la ni. Apakata ko mintak alamat orang lain?’ kata si gadis sambil berusaha menukar topik. Namun tak berjaya.
Si jejaka menyambung lagi.
‘Boleh tak, andai kata bila kita umur 25 nanti, kalau kita masing2 single lagi, aku hantar rombongan meminang pergi rumah ko? Aku serius ni,’ kata si jejaka, memang dengan nada serius.
Si gadis kaku. Kematian kata2. Debaran mula terasa di hatinya.
Si gadis lalu teringat kembali zaman sekolah dulu, di mana si jejaka pernah meluahkan hasrat untuk menjadikan si gadis sebagai teman istimewanya. Namun si gadis menolak dengan cara baik. Si gadis sangkakan si jejaka sudah berputus harap. Rupa2nya tidak. Barulah kini si gadis sedar.
Selepas berusaha menukar topik sambil mengabaikan soalan si jejaka, si gadis akhirnya berjaya menamatkan panggilan, dengan alasan ada urusan perlu diselesaikan.
Selesai panggilan, si gadis terdiam. Teringat bait2 kata yg diucapkan dalam filem Dil To Pagal Hai yg baru ditonton tadi.
‘Setiap insan diciptakan dengan jodoh masing2. Kita hanya perlu sabar menunggu dia hadir dalam hidup kita,’ kata Pooja, si heroin filem.
‘
‘Someone.. somewhere.. is made for you’ tertera bait2 ini di skrin televisyen setelah filem itu ditamatkan dengan pengakhiran yang gembira.
Si gadis berfikir sejenak. Apakah jodoh yg dicari dan ditunggu2 dalam hidupnya selama ini…
Sebenarnya adalah si jejaka yang menelefonnya sebentar tadi?
Si gadis terdiam lagi. Sungguh dia tiada jawapannya. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Si gadis lalu berdoa mudah2an dia diberikan petunjuk.
Sekian. Assalamualaikum wbt.
p/s : Alkisah ini berdasarkan kisah benar seorang gadis.
4 comments:
yaahhaa~~ kisah kak wawa yer????
wink4x
wow.. hehe.. kne story neh...
anis : haha semangat je anis.. eh takdela org jadi tukang tulis cerita je :D
amir : story ape? ni la story die aku dh tulis...hehe
weee 2 tahun lagi dptla makan nasi minyak wawa :D
Post a Comment