CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

19 February 2011

Terima Kasih Encik2 A..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Post kali ini, tiada cerita baru yg ingin org sharekan. Kesedihan org kerana pemergian atuk semakin dapat diubati sendiri. Cuma baru2 ni org terbaca satu quote yg berbunyi seperti di bawah :

'Dalam hidup kita, kita sentiasa dikelilingi oleh orang2 baik. Tapi sayang sekali kita selalu terlupa untuk memberikan penghargaan kepada orang2 tersebut di atas setiap kebaikan yang kita terima daripada mereka..'

Maka, melalui post ini kali ini, org ingin merakamkan ribuan dan jutaan penghargaan dan terima kasih buat dua orang best guy friends org yg sentiasa ada bersama org bila org berada dalam keadaan susah mahupun senang. Dua org insan yg dimaksudkan adalah :


*Muhammad Afiq Nor Adli*

Afiq ialah klasmate org waktu darjah 5 & 6. Alhamdulillah, hingga sekarang kitorg masih berkawan baik. Ibu kitorg pun berkawan baik. Afiq selalu belanja makan, tengok wayang, malah sudi hantarkan org balik Puncak Alam yang orang rasa agakla jauh untuk dihantar pulang walaupun org tak mintak. Bila org mintak tolong ambil kat satu tempat sebab takde transport, Afiq pun datang dengan segera. Bila org ada test@exam, Afiq akan mesej wish goodluck. Afiq pun sorg kawan yg best utk berkongsi masalah & rahsia, sebab beliau ni sangat2 memahami. Kitorg selalu share cerita atau masalah kat Facebook atau YM. Bila Afiq pergi bercuti, Afiq tak lupa belikan buah tangan untuk org.  Afiq pun sudi bagi pinjam hardisk beliau berminggu2 kat org sebab org nak layan movie2 dalam tu. Bila Mesir dilanda rusuhan dulu, Afiq antara insan terawal yg mesej tanya khabar adik2 org kat sana. Bila arwah atuk org meninggal baru2 ni, Afiq org yg pertama mesej ucap takziah & Afiq siap mintak ibu beliau datang ke rumah org temankan ibu org yg sedang panik & kesedihan pada waktu tu. Mujur ibu Afiq datang, beliau banyak sangat tolong ibu orang pada hari pemergian arwah atuk. Syukur Alhamdulillah ibu org tak keseorangan hari tu disebabkan Afiq.

 

*Mohd Amir Mohd Yunus*

Amir ialah klasmate org sejak zaman pre degree (2006) hingga sekarang. Seat Amir kat kelas  ialah kat belakang seat org. Org masih tak ingat macam mana kitorg boleh jadi bestfren, tapi kitorg selalu meluangkan masa bersembang & chatting untuk berkongsi masalah & pendapat. Amir tak lokek kongsi ilmu beliau tentang apa saja, tentang pelajaran di kelas, isu2 semasa atau hal2 berkaitan komputer & gadget. Bila kat kelas Amir perasan org terlelap, beliau akan gegar kerusi org suruh org bangun. Bila org takde transport untuk ke mana2 kat Puncak Alam ni, Amir sudi nak tolong hantarkan. Amir pun sudi nak tolong downloadkan siri2 tv yg orang teringin nak tengok. Bila henfon org rosak dulu, Amir yang ada 2 henfon pinjamkan org satu sementara tunggu henfon org direpair. Amir pun antara kawan yg terawal mesej tanya khabar adik2 org kat mesir. Setiap kali tv3 siar berita pasal rusuhan kat Mesir, lepas tu org mesti akan dapat mesej Amir tanya khabar adik2 kat sana. Amir kawan org yang kedua mesej ucap takziah lepas arwah atuk org meninggal. And tak dilupakan, Amir seorang image consultant yg TERBAIK untuk org. Beliau selalu beri pandangan pasal tudung atau baju yg org pakai masa kat kelas atau bila terjumpa kat luar. Dan org suka terima pendapat2 Amir yang selalu boleh diterima pakai.

 

 Terima kasih banyak2 org ucapkan buat dua org insan kat atas ni. Banyak jasa diorg yg org tak terbalas, dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Buat kawan2 org yang lain, harap jangan terasa atau kecil hati ye sebab org tak buat post macam ni untuk korg. Korg semua pun baik sangat, cuma dua orang ni yg org highlight kat sini sebab org ramai je kawan lelaki tapi org susah nak jumpa kawan lelaki yang baik & ikhlas macam dorg ni.

 Buat Afiq & Amir, terima kasih banyak sekali lagi. Org doakan korg sentiasa berjaya di dunia dan akhirat. Serius org rase sape2 yg jadi gf atau wife korg nanti memang sangat2 bertuah. Org mintak semoga sifat baik hati & suka menolong korg ni akan dikekalkan sampai bila2 ye :)

 

Sekian post kali ini. Semoga bertemu di lain waktu. Assalamualaikum wbt.

 

 p/s : Afiq dan Amir, xpe kan org buat post pasal korg ni? Harap korg tak kisah eh ^_^ 


1 comments:

wirdiana said...

Salam..

sokong 100%.. amir sgt baik.. abik ngn smua org n sesape saje.. =)
time kasih amir sbb pinjamkan keta ms purse+duit+ic etc2 akak hilang dulu.. tpaksa pnjm keta utk g wat police report.. tqvm!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...