CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

24 March 2011

Memori di Wad Pediatrik Hospital Kajang :)


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...



Setelah mengalami depression minggu lepas ketika attach di female medical ward selama 4 hari, minggu ni depression tu dapat diubati setelah org attach kat paediatric ward kat Hospital Kajang ni. Seperti yg org gambarkan kat status fb org baru2 ni, wad ni agak luas, tenang, doktor2 dia pun agak sempoi (walaupun sebenarnya kat sini ramai student medic upm, selalu je terconfuse), nurse2 yg banyak membantu org menginterpret tulisan2 doktor & juga budak2 yg comey. Kat sini org sekadar nak share memorable moments selama 4 hari org attach kat paediatric ward ni :)


*Hari Pertama*

Masuk wad lambat, dalam waktu petang sebab pagi tu discuss dengan KPF (Ketua Pegawai Farmasi), Puan Farizan tentang kes2 minggu lepas. Banyak gak kene hentam. Masuk2 wad je sementara jumpa pharmacist utk bincang pasal kes2 yg nk diclerk, tertengok satu scene yg comey. 3 org doktor lelaki yg agak muda sedang bawak mainan baby kat satu katil baby & cuba entertain baby tu. Kitorg tengok scene ni sambil tersenyum. Doktor2 tu pun pandang kitorg sambil malu2. Bila baby tu leka diorg check baby tu pakai stethoscope. Bijak2. Then last2 kitorg figure out yg dorg tu bukan doktor, tapi student2 medic upm. Padanla sikit2 nak malu ngan kitorg. Tak profesional langsung. Hahaha.

Hari tu org sempat clerk case sorg patient ni, umur budak ni dalam 8 tahun. Budak ni anak org asli, ada mental retardation. Kesian dia. Dia tak boleh cakap, makan pun kena mak dia tolong. Budak ni kene hempap kayu kat kaki, kaki dia kena infection. Budak ni pun ada masalah jantung sekali. Sambil baca fail patient dia, org perasan kat situ tulis budak ni tak pernah pegi klinik sebab ada masalah kewangan. Kesian sangat kat patient ni :(


*Hari Kedua*

Waktu pagi, sementara tunggu doktor2 buat ward round, sementara tunggu nurse2 pakai fail patient, org pun tunggu kat sofa kat bahagian depan. Kat situ ada sepasang suami isteri tengah menunggu. Lama jugak org tengok diorg tunggu dari tadi, adela dalam satu jam. Org pun kebetulan sambil menunggu tu dudukla sebelah makcik tu, sembang2.

Makcik tu cerita anak beliau yg umur baru 20 hari kena demam kuning. Anak beliau ada kat dalam bilik doktor tu untuk diamik darah. Sambil bercerita beliau merungut2 lambat. Tapi tunggu lebih 1 jam untuk amik darah baby memang lambat pun. Kemudian bila doktor pulang balik baby makcik tu, kitorg dua2 terkejut sebab baby tu banyak sangat kesan jarum, kat dua2 kaki ngan tangan. Siap ada darah mengalir lagi. Padanlah baby tu tadi nangis bagai nak rak, dengar sampai ke luar. Nampakla kat sini doktor2 housemen tu tak mahir lagi amik darah baby. Sian baby tu. Makcik tu mintak kapas lebih sambil tegur cara doktor2 tu buat kerja. Kemudian org tolong makcik tu lap darah baby kat tempat lubang jarum tu. Huhu.


* Hari Ketiga*

Sambil belek2 fail patient kat sebuah katil, tiba2 org nampak katil sebelah tu ada budak tengah main gasing. Nampak punyela sihat walafiat, tak sakit pun. Org dah pelik. Parents dia pulak tengok anak dia main gasing. Org pun tegurla makcik kat situ.

'Dah nak discharge ke anak makcik ni?' Makcik tu geleng sambil senyum. Kemudian suami makcik ni tanya, org ni doktor ke student. Bila org kate org student farmasi, beliau mintak org baca fail pesakit anak dia kat meja tu. Sebelum bukak fail tu, org tanyela anak pakcik tu sakit apa. Pakcik tu suruh baca sendiri kat dalam fail tu. Wow, pakcik ni nak menguji org nampaknye. Takpe2.

Bukak2 je org pun baca semua doctor's notes dengan lab value budak tu sekali. Doktor tulis badan budak tu lebam2. Rupa2nya budak tu kene thrombocytopenia, kurang platelet dalam darah. Kat lab result pun tunjuk yg platelet budak ni memang rendah sangat. Org pun mintakla tengok badan budak tu. Memang lebam2 pun, macam kena dera je. Kemudian org tunjuk bilangan platelet budak tu dekat pakcik tu, sambil explain sikit thrombocytopenia tu sakit ape, ubat dia ape, apa langkah precaution untuk budak tu. Dah explain sikit, barula muka pakcik tu puas hati. Sembang2 dengan pakcik tu dengan wife beliau, baru tau yg beliau ni lecturer UKM. Padanla. Nasib baik boleh explain kat pakcik tu. Org perasan sambil explain kat pakcik tu doktor2 housemen kat kaunter duk pandang. Takpelah.


*Hari keempat*

Harini sekejap je kat paediatric ward, sebab kitorg balik awal dalam pukul 2 petang. Budak yang kena wound infection tu still belum discharge. Lepas tegur mak dia, org pun amik medication chart budak tu untuk buat follow up. Tapi time ni asyik berebut fail dengan sorg nurse ni sebab dia nk buat report. Huhu.

Bila dah habis, org nak pegi female medical ward, nak follow kes patient yg minggu lepas punya. Tiba2 Aida, member org datang cakap pakcik semalam yg anak beliau lebam2 tu suruh dia baca fail anak beliau lagi untuk haritu. Aida yg time tu banyak keje cakap nanti dulu kat pakcik tu. Tapi disebabkan kitorg busy nak follow up patient minggu lepas tu, kitorg pun takdela baca fail anak pakcik tu. Mintak maaf banyak2 ye pakcik.


Minggu depan kitorg akan attach kat surgical ward pulak. Wad ni yg agak mencabar sebab pharmacist dia strict sikit. Kitorg kena clerk case sorg satu, join ward round dengan doktor, & kitorg gak kene present case yg kitorg clerk kat pharmacist tu depan katil patient. Sambil tu akan ditanya dengan pelbagai soalan yg agak mencabar. Doakan org minggu depan dapat buat dengan baik ye :)


Sekian dulu utk entry kali ni. Moga bertemu di lain waktu. Terima kasih banyak sebab sudi baca entry yg panjang ni :)

Assalamualaikum wbt.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...