CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

17 March 2011

Depression??


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt...


Selama ni Raden Azwani sentiasa percaya bahawa diri ini bebas daripada sebarang tanda2 stress dan depression. Paling teruk pun cuma tension seketika kalau assignment dan test menimbun2, dan inipun hanya terjadi ketika sem 6 dan sem 7 dimana ketika itu sibuk dengan FYP, pelbagai lab report & project site hospital yg perlu disetelkan.

Disebabkan tak pernah rasa stress mahupun depress, dia jarang mengeluh dan selalu je bagi nasihat2 positif dekat kawan2 dia yg mengadu stress dan sebagainya. Kalau setakat tension tu biasa la kan, keluar enjoy dengan kawan2 hilangla rasa tension tu. Cuba fikir semua benda dari sudut positif, walaupun perkara kecil sekalipun, nanti rasa tension tu akan hilang dan boleh diganti dengan rasa bersyukur. Tula contoh nasihat2 yg pernah diberi pada kawan2.


Tapi hari ni lain.


4 hari di Hospital Kajang, attach di female medical ward akhirnya membuatkan Raden Azwani mula terasa stress pada hari keempat, hari yang terakhir untuk minggu ni.


Tak dapat jawab soalan yang nurse tanya kat wad.

Tak dapat jawab soalan2 basic yang pharmacist tanya waktu discussion.

Lupa maklumat berkaitan drug2 yg biasa digunakan.

Keyakinan diri yang sangat rendah. Tak berani buka mulut cuba menjawab soalan2 pharmacist bagi.


Dan walaupun bukan dia seorang yg melalui semua ni, ditemani oleh rakan2 lain, tapi situasi 4 hari ni akhirnya mencetuskan satu rasa stress dan depression dalam dirinya.

'Am I really gonna be a pharmacist ???' tercetus soalan tu dalam minda. Ni baru time attachment, belum time kerja nanti. Dan dia akan bekerja dalam tempoh 6 bulan dari sekarang. 6 bulan... bukan tempoh yang lama. Can I survive like this??

Kemudian tanda2 stress & depression mula terasa muncul dalam diri.


Badan rasa penat, lesu tak bermaya.

Ingatan semakin lama semakin lemah. Banyak perkara lepas yg tak dapat nk direcall semula.

Mood asyik swing. Kejap2 excited, kejap2 emo sangat2.

Nafsu makan bertambah. Nafsu tido pun bertambah jugak.

Tak dapat nak fokus bila buat sesuatu kerja.


So it's true that i'm having depression isn't it??


p/s : Blog ni mungkin akan terbiar lama sebab busy dgn attachment selama 3 minggu. Mintak maaf.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...