CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

10 February 2011

Janjiku Buat Bakal Suamiku..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..




Wahai bakal suamiku..
Saya tahu diri saya ini makhluk Allah yang tidak sempurna..
Sebab itulah Allah menciptakan awak untuk menjadi imam hidup saya..
Supaya awak mampu melengkapi dan memaafkan segala kekurangan saya..
Dan membimbing serta menasihati saya untuk menjadi insan yang lebih baik..
Dengan itu Allah menjadikan saya daripada tulang rusuk kiri awak..
Agar dekat di hati awak untuk sentiasa disayangi dan dilindungi..

Wahai bakal suamiku..
Setelah kita bersatu dan bersama melayari alam rumahtangga nanti..
Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menjadi zaujah yang terbaik untuk awak..

Pada setiap hari akan saya bangkitkan awak dengan lembut untuk bersolat..
Dan saya akan menjadi makmum setiap solat awak dan mengaminkan segala doa2 awak..

Saya akan masak masakan yang enak untuk awak setiap masa jika ada kesempatan..
Supaya awak akan sentiasa merindui air tangan saya walaupun ia tidaklah sesedap mana..

Saya akan cium tangan awak setiap kali sebelum awak berangkat ke tempat kerja..
Supaya awak bersemangat untuk pergi berkerja diiringi doa dan kasih sayang saya..

Saya akan buatkan air dan layan awak dengan gembira apabila awak pulang dari kerja..
Supaya segala penat lelah awak hilang dan awak mampu menghadiahkan senyuman paling manis untuk saya..

Saya tidak akan menarik muka dan merajuk apabila awak melakukan kesilapan kecil terhadap saya..
Kerana saya tahu awak hanya insan biasa yang tak akan terlepas daripada membuat kesilapan, sama seperti saya..

Saya akan sentiasa bersederhana dan tidak akan meminta awak memenuhi segala keinginan saya yang bukan2..
Kerana saya tahu awak penat bekerja siang dan malam untuk masa depan kita dan anak2 kita bersama..

Saya tidak akan meninggikan suara sesuka hati dan berlaku nusyuz kepada awak..
Kerana saya tahu syurga saya berada pada awak dan saya ingin pergi ke syurga bersama awak..

Saya akan menjadi pendengar setia, pemberi nasihat dan berkongsi air mata dengan awak..
Supaya awak tahu awak tidak keseorangan menghadapi liku2 hidup dengan adanya saya sebagai teman sehidup semati awak..

Saya akan cuba menjadi seorang ibu yang terbaik kepada anak-anak awak..
Dan saya akan mencurahkan kasih sayang yang tak berbelah bagi kepada mereka sebagaimana saya mencurahkan rasa cinta saya kepada awak..

Dan saya tidak akan sesekali meminta awak berubah menjadi insan lain mengikut keinginan saya..
Kerana saya menerima dan mencintai awak seadanya, dan saya tahu awaklah suami terbaik yang telah Allah takdirkan untuk saya, wahai bakal suamiku.. 

Wahai bakal suamiku..

Bertahun lamanya saya memelihara hati ini hanya untuk awak..
Agar rasa cinta ini masih suci dan kekal selamanya hanya milik awak..
Maafkan saya jika dulu saya pernah lalai apabila mengingati lelaki lain..
Tapi saya pasti rasa cinta ini akan menjadi hak mutlak awak apabila kita bersatu nanti..
Dan andai apabila kita bersatu nanti janji2 ini tidak saya tepati..
Kerana mungkin pada masa itu saya alpa dan terleka dengan urusan2 dunia..
Tunjukkanlah semula coretan ini kepada saya sebagai peringatan, wahai bakal suamiku..
Supaya saya akan sedar dan berubah menjadi isteri terbaik sebagaimana yang telah saya coretkan dan janjikan di sini..

Sekian sampai disini, semoga bertemu di lain waktu wahai bakal suamiku..
Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmatimu sehinggalah sampai saat kita bersatu pada satu hari nanti, InsyaAllah..


Daripada bakal isterimu,
Raden Azwani



p/s : Mode jiwang saya menyerang lagi. Minta maaf banyak2.

3 comments:

Unknown said...

alhamdulilah, insyallah bertuah tul bakal suami cik nadzwareina;)

nadzwareina said...

akan cuba berpegang pada janji ni, insyaAllah.. terima kasih ye incik farouq sudi meluangkan masa mmbace :)

Wirdiana said...

InsyaAllah.. sama2 kita mengejar cinta Ilahi..
~luv this.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...