CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

01 October 2010

Dari Kacamata Seorang WANI...


Bismillahirrahmanirrahim..
Asslamualaikum wbt..

Mintak maaf sebab terlalu lama meninggalkan blog ni. Hampir 3 minggu. Jadual org yang terlalu padat menyebabkan mood org untuk menulis hilang seketika. Lagipun sepanjang 3 minggu ni terlalu banyak perkara yg terjadi dalam kehidupan org. Jadi entry kali ini org ingin share serba sedikit apa pandangan org terhadap perkara2 yang telah berlaku tersebut..

1) Wani sebagai seorang ANAK..

21 Sept haritu, adik2 org, ana dan aja fly ke mesir. Jadi banyak persiapan utk diorang dilakukan. Jika dulu org jarang lihat ba tunjuk sifat caring pada anak2 secara direct, tapi kali ni org lihat sendiri betapa carenya ba terhadap anak2 dia. Ba bersusah payah menyediakan segala barang diorang. Start daripada beg luggage, pakaian, buku2, laptop, hingga kepda henfon baru. Org xleh imagine brape banyak duit ba habis beli barang2 diorang. Tapi ba xpernah mengeluh. Ibu pulak apatah lagi. Ibu ngan ba siap buat kenduri kecil2an dan bacaan yassin sempena diorg nk fly. Ibu berusaha kuat untuk memastikan kenduri tu berjalan lancar. Dan akhirnya di airport, air mata ibu tumpah mengenangkan 2 org anaknya yg akan berjauhan selama beberapa tahun. Sesuatu yg org xpernah lihat sebelum ni..

2) Wani sebagai seorang CUCU..

Org hanya ada seorg atuk (belah mak) dan seorang nenek (belah ayah). Baru2 ni pula atuk disahkan mengidap lymphoma stage 3. Atuk tinggal dirumah org sebab nk berulang ke hospital yg dekat dgn rumah. Jika dulu org tengok atuk masih kuat, mampu menaiki motor dan bekerja di kebun. tapi kini kanser atuk mula menyerang dan menyebabkan badannya lemah. Bengkak kat leher (lymph node) atuk semakin besar. Atuk selalu mengadu sakit dan ada sekali tu lidah atuk terlalu banyak ulcer hingga atuk dan mampu nk makan. Org yang sapu ubat utk atuk dan sayu sangat lihat atuk menahan sakit. Nenek org pulak baru2 ni diserang strok. Dia ditempatkan kat hukm dan nenek lebih parah lagi apabila dia xmampu nk makan sendiri, xmampu nak berjalan sendiri. Ada sekali tu nenek sangat teruk mcm dah nazak, maka semua saudara2 jauh datang melawat. Alhamdulillah, xlama kemudian nenek stabil balik. Org cume berharap org masih diberi peluang beraya bersama mereka tahun depan..

3) Wani sebagai seorang KAWAN..

Org ade ramai kawan, xkirela kawan2 sejak zaman skolah rendah hinggalah sejak zaman universiti ni. Entah kenapa, baru tahun ni org diberi peluang untuk bertemu kembali kawan2 sekolah rendah yg dah lama lost contact dan berpeluang hangout bersama2 dengan diorang. Org lihat diorang dah banyak berubah, kehidupan diorang pun semakin berjaya, masing2 dah ada pasangan, dan org tumpang gembira melihat kehidupan diorg sekarang. Kawan2 org kat u pulak, org lihat sendiri perubahan diorang setelah bersama dengan diorang hampir 4 tahun. Org lihat sendiri penampilan, cara pemikiran, perangai dan kematangan diorang semakin berubah. Semua ke arah yg lebih baik. Dan mengenangkan tahun depan adalah tahun terakhir hidup bersama diorg, org cuba utk enjoy setiap saat dgn diorang dengan happynya..

4) Wani sebagai seorang STUDENT..

Tahun ni org bergelar pelajar tahun akhir. Bergelar pelajar tahun akhir ni banyak cabarannya. Bermula dengan jadual yg semakin sendat, assignment yg melambak2, subjek yg semakin tak terkira susahnye, dan thesis yg perlu dihabiskan, semua perlu dijalani dengan tabah dan semangat yg kuat. Walaupun akan grad tahun depan, org rase belum cukup lagi ilmu yg org ade berkaitan dengan bidang farmasi ni. Praktikal di hospital selama 2 minggu menyebabkan org sedar banyak lagi ilmu org yg perlu ditambah. Kadang2 org selalu lagi terfikir, walaupun dah tahun akhir, 'betul ke course yg aku amik ni?', Tapi org tak mungkin akan berpatah balik, dan org berharap org xsilap buat keputusan dan akan menjadi seorg pharmacist yg berjaya satu hari nanti.. InsyaAllah..

5) Wani sebagai seorang HAMBA ALLAH..

Hampir 22 tahun hidup ni muka bumi, org rasa dah terlalu banyak dosa yg org buat, baik secara sengaja atau tak. Honestly, org rase org belum mampu menjadi hamba Allah yang solehah dan sempurna yang sentiasa melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.. Suruhan Allah org berusaha melakukannya tanpa tertinggal, tapi larangan2Nya kadangkala org masih lagi terbuat tanpa sedar.. Sunnah2 Rasullullah juga ada diantaranya yg org terlepas pandang. Amalan2 baginda seperti bermunajat diwaktu malam agak jarang org lakukan.. Kadangkala org terfikir, kalau Izrail tiba2 mencabut nyawa org waktu ni, lepas dihisab di padang mahsyar nanti, kat mana org akan masuk? Syurga atau neraka? Cukup ke amalan selama hampir 22 tahun ni melayakkan org untuk masuk ke syurga? huhuhu..

Sekian, inilah serba sedikit perkara yg berlaku di dalam hidup org, yg org lihat dari kacamata org sendiri.. Banyak perkara telah berlaku dalam kehidupan org sekarang, dan org rasa dah sampai masanya org perlu lakukan sesuatu yang bermakna sebagai seorang anak, cucu, kawan, student dan hamba Allah dimuka bumi ini... Mudah2an langkah org seterusnya selepas ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah.. InsyaAllah..

Terima kasih sebab membaca. Sorry sebab panjang sangat. Jumpe lagi di post seterusnya. Assalamualaikum wbt..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...