CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 October 2010

Bila Exam Week Bermula...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Sekadar satu post yg org jumpe dan terasa nk share kat sini :)


Symptom symptom student bila time final exam..

  1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan2 tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
  1. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
  1. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus. cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.
  1. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam2 (dan2 tapi alhamdulillah)
  1. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
  1. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi (ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
  1. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya2. Dahsyat.)
  1. Kalau main message tu balas sikit2 je. Pendek2. Tak de mase nak fikir taip panjang2.
  1. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota2 (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
  1. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)
  1. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.
  1. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
  1. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P
  1. Asyik2 tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
  1. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi janda, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.
  1. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
  1. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
  1. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai2. Nanti ade je bende nk borak.
  1. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek2 sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan2. Nak borak2. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
  1. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.


Hahahaha.. serius major ciri2 kat atas ni ade kat org.. korang lak cmne? Sure ade kan..

Sekian celoteh kali ini. Yang masih lagi ade exam, gambatte kudasai!

Assalamualaikum wbt :)

5 comments:

MyraLove =) said...

ya allah..
apa nih?
awat lagu nih?
awat lah samo jer...hahahahah
paling best y last tu lah...hahaha
part pasang lagu kuat2 tu pun sangt best jugk..pendek kata mmg sejibik la
nice n3..hehehe

sYuHaDah said...

yg last tu pling btul....smpai fnly yr pown cm2 gk isk2

Bazz Rianne said...

all da bazz raden!

dya adriza said...

Hahahah betul sangat la tuh! Semua betul! x de tertinggal 1 pun. Ni nak exam lusa ni, tp apa pun x baca lagi ni hahahah

tajul said...

erk,taon ne nk jd lbey rjin la pas bce menda 2.^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...