CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

12 September 2010

Dugaan Raya 2010..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Pertama sekali, org nak mintak maaf sebab jarang2 update blog dan blogwalking sekarang ni. Sejujurnya raya kali ni raya yang org rasa paling serabut dan tak berapa nak meriah setelah org meraikannya selama 22 tahun. Beberapa hari sebelum raya, org langsung tak rasa mood nak beraye.

Seminggu sebelum raya, atuk org, ayah ibu disahkan doktor mengidap penyakit lymphoma, sejenis kanser yang menyerang lymph node. Atuk tinggal di rumah org dan berulang alik ke Pantai Medical Centre kat Klang. Jadi ibu ngan ba org yang berulang alik menghantar atuk berjumpa doktor, buat ct scan, appointment, kaunseling dll. Akhirnya waktu hampir nak raya ibu ngan ba tak sempat nak buat persiapan raya untuk kami sekeluarga. Ada antara anak2 ibu dan ba yang tak ada baju raya dan kasut raya. Rumah pun xsempat nak dihias sebaik mungkin. Tapi takpe, kitorg anak ibu dan ba paham dan xkisah.

21 Sept Ana ngan Aja akan bertolak ke Mesir. Ibu ngan ba plan nak buat kenduri kecil2an pada hari Sabtu, 18 sept. Tapi disebabkan banyak mengurus hal atuk, barang2 diorang banyak yang belum dibeli. Kenduri pun masih belum dibuat perancangan. Kadang2 org kesian tengok ibu ngan ba asyik berbincang tentang persiapan kenduri tu dan persiapan ana ngan aja ke Mesir. Nampak diorang penat dan serabut. Org cuba tolong diorang setakat yg mampu..

Sehari sebelum raya pulak, nenek org, yg org panggil embah, ibu kepada ba pulak tiba2 diserang strok ketika sedang bersolat. Semua adik beradik ba yang sedang sibuk buat persiapan raya semua pergi ke HUKM untuk melawat embah. Doktor kate satu vein kat otak embah dah pecah. Org terkejut. Rupe2nya embah ade hypertension. Tapi kitorang semua tak tau. Tau2 bp embah yg systolik dah mencecah 258! (normal 120) No wonder la pecah, huhu. Org tengok embah dah tak mampu bercakap. Memori dia pun banyak dah hilang. Nasib baik embah boleh gerakkan tangan walupun dah tak mampu berjalan. Anak2 atau cucu2 embah bergilir2 menjaga embah, bermalam di hospital. Malam ni turn org. So org buat keje suapkan embah, tuka pampers embah, bawak embah jalan2 dgn wheelchair, dll ngan sorg lagi bibik.

Sekian, ni jela crite org time raye kali ni. Org harap sangat2 kesihatan atuk dan embah akan bertambah baik. Mungkin diorang takkan pulih sepenuhnya, tapi org harap org masih berpeluang meraikan hari raya ngn diorang tahun depan, insyaAllah..

Sekian. Assalamualaikum wbt..

3 comments:

sYuHaDah said...

byk2 kan la doa ye wawa insha allh

izzati said...

wawa,
selamat hari raya.tabah dan sabar hadapi dugaan di hari raya ye.zati pun otw to kg.baru nenek admitted semalam.water retention related to heart problem.x tau la mcmane nk jaga die sbb lps ni kena pergi hosp.

nadzwareina said...

syu : okeh syu. InsyaAllah.. thnx ek.:)
zati : slamat hari raye gak zati.oh, kg baru ye? dulu arwah wan pun masuk situ. harap2 keadaan nenek zati bertambah baik. maybe family zati kena rotate2 jage mcm family org buat. Papepun thnx ye zati :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...