Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Sepatutnya penulis buat post ni semalam, hari ni dah 13 Rabiulawal, malangnya semalam keadaan diri penulis serta kelajuan broadband tak berapa sihat.. maka penulis pun tulis pada hari ni, takpelah ye?
Semalam, 12 Rabiulawal, adalah satu hari yang sangat besar dalam sejarah umat Islam, di mana rasul kita, Nabi Muhammad SAW dilahirkan di dunia. Pada 12 rabiulawal, kita sebagai umat Islam sepatutnya meraikan hari lahir baginda dengan memperbanyakkan selawat serta doa.. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa baginda sangat menyayangi umatnya yang xputus2 berselawat keatasnya..
Pada malam 12 rabiulawal, penulis berkesempatan menghadiri forum yang diadakan di dewan angsana. 2 orang ahli panel dijemput (maaf penulis tak ingat nama mereka berdua, salah seorang ustaz, seorang lagi Prof Madya) dan penulis sangat seronok mendengar kedua-dua ahli panel berbicara tentang sifat2 rasulullah. Antara isi2 forum yang menarik perhatian penulis ialah 3 golongan hamba Allah yang mendapat kemanisan iman. Golongan pertama, mereka yang mendahulukan Allah dalam apa jua perkara yang dilakukan, golongan kedua iaitu mereka yang bercinta dan berkasihan kerana Allah, dan golongan ketiga, mereka yang takut melakukan maksiat kerana takut kepada Allah. Tanya diri kita, adakah kita tergolong dalam 3 golongan ni?
Satu lagi cerita yang menarik perhatian penulis ialah disaat rasulullah SAW hampir menghembuskan nafas terakhir, baginda memberi peluang kepada sahabat2 baginda untuk membalas apa2 perkara yang menyebabkan mereka tidak puas hati kepada baginda. Setelah bertanya 2 kali, akhirnya seorang sahabat baginda mengangkat tangan dan tampil ke depan. Pada saat itu, Saidina Umar Alkhattab meminta izin baginda untuk memenggal kepala sahabat baginda itu, namun rasulullah segera menghalang.
Sahabat baginda itu berkata bahawa rasulullah SAW pernah memukulnya sekali suatu ketika dahulu, dan dia ingin membalasnya. Sahabat baginda itu juga meminta rasulullah menanggalkan baju kerana rasulullah SAW memukul sahabat baginda itu disaat dia tidak berbaju. Rasulullah akur lalu menanggalkan bajunya dan bersedia untuk dipukul. Pada saat itulah sahabat baginda itu segera memeluk baginda dan menciumnya lalu berkata 'Mana mungkin aku memukul jasad ini yang tak akan disentuh oleh api neraka walau sedikit pun,' Cerita ini membuat penulis tertanya kepada diri sendiri.. Adakah kita menyayangi rasulullah SAW sama seperti sahabat baginda ini?
Ada satu lagi cerita menarik disampaikan oleh ahli panel tentang kecintaan rasulullah SAW terhadap umatnya. Saat baginda sedang nazak, jibril memberitahu baginda bahawa selagi rasulullah SAW tidak masuk ke syurga, pintu syurga tak akan terbuka. Namun baginda langsung tidak gembira mendengar berita tersebut. Lalu baginda bertanya kepada jibril tentang umatnya. Jibril lalu memberitahu pintu syurga tak akan terbuka selagi umat Muhammad tidak memasukinya. Pada saat ini barulah rasulullah SAW tersenyum. Betapa sayangnya rasulullah terhadap umatnya, tetapi berapa banyak umatnya yang ingat dan kasih kepada baginda?
Selepas tamat forum tersebut, seisi dewan bangkit lalu berselawat beramai2 keatas rasulullah SAW, diketuai oleh ustaz Abdul Rahman. Penulis rasa seronok mendengar seisi dewan bergema dengan selawat keatas baginda. Satu lagi perkara yang membuatkan penulis rasa seronok adalah tarikh lahir penulis adalah pada 14 rabiulawal, 2 hari selepas kelahiran rasulullah SAW. Walaupun penulis belum pernah meraikan hari lahir mengikut tarikh islam, penulis gembira kerana lahir pada tarikh yang hampir dengan tarikh rasulullah SAW dilahirkan.. =)
Sekian sahaja post pada kali ini. Moga bertemu di lain waktu. Wassalam..

1 comments:
to ameen muslim..
time kasih. actually bnyk entry kat sini lebih kepada repekan semata. Saya tulis apa yg saya rasa nak tulis. Cuma mungkin ada certain2 post yg berunsur tazkirah based on apa saya baca/dengar/lihat. terima kasih sebab sudi singgah..
saya dh lawat ur blog. nice jugak. keep up ur good work.. =)
Post a Comment