Assalamualaikum wbt..
Sekadar makluman untuk semua..
Tolong jangan ganggu waktu tidur saya atau waktu saya sedang membaca novel kalau tiada hal2 penting. Waktu2 tersebut adalah waktu paling berharga bagi diri saya.
Tolong jangan meninggikan suara secara tiba2 apabila saya berkata elok2. Saya pantang sangat kalau jumpa orang sebegini rupa.
Tolong jangan memperlakukan hak saya sesuka hati tanpa izin saya jika anda bukan family@ kawan baik saya. Sila sedar diri.
Tolong jangan berbuat baik dengan saya jika ada udang di sebalik batu. Jangan ingat saya tak dapat trace.
Tolong jangan sibuk dalam segala jenis urusan peribadi saya. Itu hak saya yang anda tak perlu nak masuk campur.
Tolong jangan sengaja mempersembahkan perangai mengada-ngada atau gedik dihadapan saya walaupun anda naturally demikian. Saya tetap rasa meluat.
Tolong jangan berkata-kata atau memanggil saya dengan ayat2 jiwang. Saya kegelian yang teramat sangat.
Tolong jangan sms@call saya hari2 jika tiada urusan penting. Saya rimas dan banyak lagi kerja lain yang nak dibuat.
Tolong jangan ambil masa saya sesuka hati jika anda tak perlukan saya. Saya tak nak membuang masa dengan melayan kerenah orang yang sedemikian rupa.
Tolong jangan lakukan perkara2 yang tidak saya sukai andai anda terasa hati selepas membaca entry di atas.
Raden Azwani ni kadangkala menjadi agak perahsia. Atau mungkin terpaksa menjadi seorang insan penyabar, bergantung kepada keadaan. Kebanyakan perkara2 di atas tidak diluahkan demi menjaga hati dan air muka insan2 yang terbabit. Tetapi ini tidak bermakna ayat2 ini tidak akan diluahkan langsung apabila telah mencapai limit yang sepatutnya.
Demand betul dia ni.. Banyak songeh.Tak... Cuma kalau dah terlalu lama memendam rasa menahan sabar lama2 boleh meletup gak kan? Kalau rasa2 perbuatan tu dah mampu mengundang kemarahan dan ketaksukaan ramai orang, kenapa perlu dibuat lagi kan?
Tolong jangan biarkan Raden Azwani menunjukkan 'side'nya yang sebelah lagi kerana dikhuatiri ia akan mengundang hal2 yang tidak diingini.
Sekian. Harap maaf kalau post ni kasar sikit bunyi die. Wassalam.
p/s : Tiada sebarang komen akan saya tinggalkan kat bawah.