CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

14 January 2011

Mari Membuang Sawang~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...


Lebih kurang 3 minggu org x update blog, habis bersawang blog org ni. Quick update utk 3 minggu lepas :


1) Ditahan di wad G3 HTAR selama 4 hari, 6/1-9/1/2011 sedangkan sepatutnye stat kelas 3/1. Suspected denggi & bilangan platelet yg sepatutnya normal 150-400 menjadi serendah 70+ sahaja. Thanx kawan2 yg sudi melawat seramai 11 org di HTAR. Dan yg lagi terkejutnya pada hari ke13 selepas demam dan pada hari nak pulang ke puncak alam, doctor kat klinik call kate antibody positif denggi. WHATTT??? ah balik je la, dah xdemam pun...

Dengan esoh :)


2) Pulang je puncak alam di'greet' ala artis di kelas memandangkan ramai yg tahu diri ni ditahan di wad dan lambat masuk kelas seminggu 3 hari. Rasa dihargai sangat. Tak henti2 senyum. Dan tambah tak berhenti senyum bila melihat whiteboard di rumah sewa, penuh dengan plan outing ngan member2 sebab sem ni sangat2la free. Kelas seminggu 2-3 hari saje. Walaupun dah terlepas nak gi mandi air terjun ngan housemates, pasni plan nk gi Broga Hill, makan Seoul Garden,  gi Singapore dan banyak lagi tempat ngan diorg pulak. Harap2 menjadi :)

*Allah, i'm sure gonna miss these moments with them. Sem akhir ni menjadi agak emosional skit apabila mengenangkan kawan2 segeng yg dikenali hampir 5 tahun bakal membawa haluan masing2 nanti :(*


3) Malam2 sangat free. Sepatutnya digunakan untuk merepair thesis utk diprint dan dibind, tapi mlm2 pi tengok muvie plak yg sangat banyak dan best2 dalam hardisk. Thanx banyak2 kepada afiq sebab menjadi supplier muvie2 dan series2 tersebut. Dan hardisk ni dah dicirculate hampir satu rumah kepada housemate2 sebab muvie2 yg ada agak menarik. Thanx diucapkan kepada afiq daripada diorg & org sendiri :D


4) Sedang mengarang surat. Sambil mendengar lagu. Dua helai 4 muka penuh. Serius tak de kerja ni. Untuk sape? Biarlah rahsia =p


Oklah. Takat sini dulu update kali ni. Moga bertemu di lain waktu ye. :D 

Assalamualaikum wbt.


p/s : Saya bukan seorang blogwalker. Selalu jadi silent reader je. Time kasih buat insan2 yg rajin meninggalkan jejak di shoutbox. I'm still reading all ur blogs walaupun tak kerap. Terima kasih ye :)


25 December 2010

Tag Lagi...



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..


Kali ni org kena tag oleh sorg follower blog org yg bernama soleh. So tanpa membuang masa, here goes the tag :


nama : Raden Azwani
nick name : wawa
da kawen : not yet
ada pacar : nope

sekarang tengah buat ape?
Layan Teen Choice Award kat 8tv sambil lipat kain sambil buat benda ni.

personaliti sukan yang dikagumi?
Nicol david

sebab?
She’s amazing, she got the look, talent, style, smart, humble (SPM die straight A, kagum2)

superhero favourite?
Spiderman kut. 

selalu bangun pagi pukul brape?
Tak tetap. Depends malam tu tido kul bape.

kalau hari cuti bangun pukul berape?
7:30 pagi kalau tido awal.

suke tido lepas subuh?
Actually tak suke tapi kalo ngantuk tido je.

masa darjah satu cita2 nak jadi ape?
Cikgu tadika. Siap dah pikir nak bagi nama tadika ape haha

suka tengok wayang?
Suka sangat~

last wayang tengok citer ape?
Salt. Lamenye dah tak tengok wayang.

suka bersukan?
Suka kalau tak busy & cuaca elok.

kalau bersukan buat/main ape?
Cycling, badminton, joging

terasa diri tu gemok tak sekarang?
Agakla.. memang gemok sikit pun haha

suke tengok hindustan?
Suka gak.. nak2 kalo ada shah rukh khan..

wallpaper dekat laptop sekarang?


impian paling besar sekali?
Menunaikan haji di tanah suci Mekah. Rasa dah lengkap sebagai seorang islam. Kalau yang tu dah tercapai rasa2 impian lain kalau tak tercapai takla frust sangat.


pencapaian yang awesome pernah dilakukan?
Dulu time sekolah menengah always dapat among the highest untuk subjek sains ngan biology dalam kelas ngan batch. Kalo time kat u divote oleh hampir setiap batch dalam fakulti time AGM untuk jawatan setiausaha persatuan fakulti farmasi (ni menurut tukang kira undi). Awesome ke?

dalam banyak2 insan dalam dunia ni rasenye nak jumpe sape? nyatakan tiga orang(tak kisah hidup atau dah takde)
1. Rasulullah saw
2. P Ramlee
3. Maher zain

bende yg korang paling suke?
Novel, muzik, kucing, movie 

yang korang tak suke?
Keadaan yg kotor, suasana bingit, girl yg seksi melampau & mekap tebal, politik malaysia. 

yang korang suke tentang diri korang?
Jarang marah, cepat cool, pemaaf, tak kisah.

yg korang tak suke?
Mudah terpengaruh, senang percaya orang lain, tak serius.

nak tag sape?
Macam biasa, amir, syu, sai, zati, dayah, naoh, mar, taa dan sape2 lagi yg sudi nk buat dialu2kan :)



Okeh. Sekian untuk kali ni. Assalamualaikum wbt :)


21 December 2010

Cinta Ba dan Ibu...

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

 

19hb Disember, iaitu dua hari lepas, selain merupakan hari jadi Syahmi yg ke-14, tarikh tersebut juga merupakan hari ulangtahun perkahwinan ibu dan ba yang ke-23. Tapi tidak seperti pasangan lain, ba dan ibu jarang menyambut hari bersejarah tersebut. Ba dan ibu tidak seromantik pasangan lain, dimana kasih sayang antara keduanya jarang dipamerkan, lebih2 lagi dihadapan anak2. Sejak dari kecik lagi org sedar tentang ni. Sebab tak pernah sekalipun org ingat ba dan ibu keluar makan candle light dinner berdua, tengok wayang berdua, bercuti berdua, dan org pun tak pernah tengok ba bagi bunga atau hadiah surprise kat ibu. Tapi org tau ba dan ibu tetap saling menyayangi, walaupun mungkin jarang dizahirkan atau diluahkan melalui perkataan.

 

Org tau ba sayang ibu bila ibu penat buat kerja rumah, ba ajak makan kat luar walaupun ba sebenarnya agak tak suka makan kat luar.

Org tau ba sayang ibu bila ba sanggup ambik cuti dan bersusah payah temankan ibu hantar atuk ke hospital walaupun masa tu ba sangat sibuk dengan tugas2 di pejabat.

Org tau ba sayang ibu bila ba sanggup berkorban tinggal berseorangan di rumah berminggu2  memandangkan ibu duduk kampung hampir sebulan lebih untuk menjaga atuk.

Org tau ba sayang ibu bila ba balik dari kerja penat2 kat rumah waktu larut malam, ba still layan ibu yang asyik bersembang tentang apa2 cerita best yang berlaku pada hari tu dengan gembiranya.

Dan org sure ba sayang ibu sebab masa ibu nazak dulu, ibu cerita kat org yg ba janji dengan ibu waktu dalam ambulans yg ba takkan cari pengganti ibu kalau ada apa2 yang buruk terjadi kat ibu :’)


Org tau ibu sayangkan ba bila ibu tak kisah ba tak pernah masuk tengok ibu bersalin walaupun dah 5 kali sebab ba tak suka tengok ibu dalam keadaan sakit. Atau mungkin ba takut darah. 

Org tau ibu sayang ba bila ba balik kerja tengah2 malam, ibu still turun dapur masakkan untuk ba yang belum lagi dinner walaupun waktu ba balik ibu dahpun tidur.

Org tau ibu sayang ba bila ibu tak pernah mintak barangan2 macam beg tangan, baju, kasut, barang kemas atau aksesori mahal2 sebab ibu tau ba kerja keras kumpul duit demi masa depan anak2. 

Org tau ibu sayang ba bila ibu bagi makan dan jaga ayam2 dan angsa2 peliharaan ba bila ba tak balik rumah walaupun ibu tak berapa suka dengan haiwan2 tersebut.

Dan org tau ibu sayang ba bila ibu terima sikap ba yang degil, berpersonaliti keras, workaholic, tak romantik, dan agak rasional ini seadanya :)

 

Beginilah serba sedikit bukti kasih sayang ibu dan ba antara satu sama lain yang org dapat lihat setelah 22 tahun menjadi anak pertama mereka berdua. Walaupun org mempunyai ibu dan ba yang berpersonaliti keras, tapi mereka berdua amat serasi dan saling melengkapi antara satu sama lain. Ibu cepat ‘panas’ lalu ba yg cool selalu menjadi penenang ibu. Ba banyak berfikir mengikut logik manakala ibu banyak berfikir mengikut emosi.  Sifat saling melengkapi inilah yg menyebabkan perkahwinan mereka masih utuh walaupun sudah mencecah 23 tahun. Org teringat satu quote ni, ‘I've learned that there are people that truly love you, but they just don't know how to show it’ 

Buat ibu dan ba, selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-23. Mintak maaf sebab along ngan adik2 tak dapat sambut dengan meriah sebab keadaan atuk yang masih sakit serta ana ngan aja yang dah tak ada kat sini. Hanya doa yang mampu along titipkan buat ba dengan ibu. Org akan selalu doakan ba ngan ibu hidup bahagia bersama hingga akhir hayat dan semoga di akhirat kelak ba dan ibu akan dipertemukan kembali di syurga, insyAllah.. :)

 

Sekian, terima kasih sudi membaca. Assalamualaikum wbt.


Lovely couple <3

gambar kawin ibu ngan ba. actually ni jahitan cross-stitch ^_^

18 December 2010

Point Of View Seorang Kakak : Syahmi


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt...


Esok, bersamaan 19 Disember merupakan hari lahir adik ke3 org, Syahmi yang ke 14 tahun. So entry kali ni org buat khas tentang beliau. 

Syahmi ni merupakan anak lelaki sulung dalam family org. Lepas dapat anak perempuan berderet 3 org iaitu org, Ana ngan Aja, ba ngan ibu seronok sangat dapat anak lelaki. Dan kali ni org perasan cara ba didik syahmi agak lain sikit daripada kitorg. Syahmi dimanjakan & semua kehendak dia ba penuhi, tak macam org, Ana ngan Aja. Bila Syahmi mintak mainan je, sure ba belikan. Sampaikan org masa tu yg masih sekolah rendah duk berleter je kat ba jangan manjakan Syahmi sangat.

Masa Syahmi 5 tahun, Redha lahir. Untuk sesiapa yang tak tau, ibu org hampir nazak lepas lahirkan Redha sebab diserang Anemia tahap kritikal. Sampaikan doktor kata peluang ibu hidup tinggal 20% je. Disebabkan itu, ba mengabaikan Syahmi seketika dan lebih menumpukan perhatian kat ibu yg sakit dan Redha yg baru lahir. Jadi pendidikan Syahmi di tadika agak diabaikan. 

Disebabkan itu. masuk sekolah rendah, prestasi pelajaran Syahmi yang paling teruk antara kitorg 4 beradik. Syahmi gak antara yang paling lambat membaca. Kat sekolah dia masuk kelas tercorot, nombor 2 dari belakang. Bila naik darjah 6 memang ba sangat risau tentang UPSR Syahmi. 3 org anak ba dapat 5A, dan ba tak yakin Syahmi pun akan dapat 5A. Dan bila UPSR keluar, macam yg dijangka, Syahmi memecah rekod sebagai anak pertama dalam family yg tak dapat 5A. Syahmi sangkut subjek math. Tapi ba ngn ibu tak frust sangat. Mungkin sebab dah expect awal2.

Tapi ada satu perkara yg tak dijangka berlaku. PSRA Syahmi agak cemerlang. Malah lagi tinggi daripada org. Kagum org seketika. Berbekalkan keputusan PSRA tu ba masukkan Syahmi ke asrama SAMT Hishamuddin kat Klang. Dan besekolah kat situ menyebabkan Syahmi berubah 100%.  Syahmi sangat menjaga solat, pandai jadi imam dan bilal, jadi kaki masjid, layan lagu nasyid dan yang paling org tak percaya dia join tabligh ngn ustaz dan kawan2 sekolah. Alhamdulillah. Sekarang kitorg satu family faham apa hikmah di sebalik semua kejadian yang berlaku dulu.

Buat Syahmi, walaupun ko sengal dan suka buat muka terencat dan muka mintak kaki seperti ini :

Dan ini :  

Dan juga ini :


Tapi ko anak ba ngan ibu yang paling taat. Along suka tengok ko peluk ibu tiba2, cakap sopan ngan ba ngan ibu, buat semua kerja yang ibu suruh (walaupun buat lambat) dan macam mana ko jadi imam ngan bilal kat rumah. Walaupun along selalu bising kat ko sebab suka cari pasal ngan Redha, tapi along tau ko la adik along yang paling boleh diharap untuk jaga family kita nanti. Along selalu ingat waktu kita kecik2 dulu, kitorg kakak2 ko ni suka pakaikan ko skirt, pakaikan tudung, pastu mekapkan ko sebab muka ko cantik macam perempuan, haha. Bulu mata ko lentik sangat, yang tu kitorg memang xleh lawan… hahaha.

So Syahmi, walaupun ko tak baca blog ni, along nk ucapkan Happy 14th birthday, dan semoga adik Along ni sentiasa dilimpahkan kejayaan di dunia dan akhirat, dapat keputusan yg cemerlang untuk PMR tahun depan. InsyaAllah…


Sekian, terima kasih sebab sudi membaca. Assalamualaikum wbt.

 

p/s : ha ni muke syahmi version normal sikit. payah betul nak cari hehe.

10 December 2010

Syukur PadaMu Ya Allah..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...


Malam tadi, baru je plan nak tido, tiba2 org dapat satu email :

'UITM EXAMINATION RESULT FOR SEMESTER 20104'

Terbeliak jap mata org. Ah sudah. Time aku nk tido ni la ko nak hantar result exam kan. Hilang terus rasa nak tido. Diorg dah email result? baru ingat nak check minggu depan. Biasela kalau website UiTM time nk check result kalo x jam x sah. Dengan rasa berdebar2 org pun bukakla email tu..



Greetings RADEN AZWANI BTE R.M. PUJASETI,


This email has been sent to you regarding your
UITM EXAMINATION RESULT FOR SEMESTER 20104.

Please do not reply to this message via e-mail. This address is automated, unattended, and cannot help with questions or requests.
Contact your Faculty or Campus for any inquiry.

To display your result online, please click here

Print Result Online

Please note that for security reasons the above URL is only valid for 7 days since this email was sent.
Thank you.
10/12/2010 1:21 AM



Kat bawah tu terus die letak result. Fuh, cuak. Org macam rasa ada fail sebab tak yakin langsung time jawab satu paper ni, paper pharmacokinetic. Paper tu la satu2nya yang buat org resah gelisah time exam dan juga lepas exam. Sebab time exam tu tiba2 blank terus. Macam blur jap tak tau nak buat ape. Org x penah lagi blank time jawab exam, dan selalunya pas exam org akan kemas terus note pastu enjoy rehatkan fikiran. Tapi paper pharmacokinetic ni duk buat org risau dan teringat2. Siap kire2 lagi markah soalan yg dibuat tadi bagi make sure boleh lulus. Huhu.

Perlahan2 org scroll ke bawah, dengan mata terpejam sebelah. Macam ape je kan. Haha. Scroll punye scroll maka :


Ya Allah, syukur Alhamdulillah! Sume LU! Paper pharmacokinetic tak fail! Syukur2. Terus org save result then bukak fb. Kat home fb sume rakan2 sekelas duk mengucap syukur sebab takde fail. Ada gak yg tak puas hati result kena block sebab tak isi borg SuFo jadah tu. Haha. Dah selesai berbalas komen kat fb dan mengucapkan tahniah kat rakan2, maka org pun tido dengan senang hati. Syukur Alhamdulillah, rekod untuk tidak repeat paper sepanjang 7 sem masih belum dipecahkan. Huhu.

Sekian post kali ini. Buat rakan2 yg lulus sume, tahniah diucapkan. Buat yg dapat DL, dua kali ganda tahniah diucapkan. Walaupun tak dapat DL kali ni, tapi lulus semua memang dah cukup melegakan hati org. Okeh, sem depan yg merupakan sem final org kena berusaha keras lagi untuk mantain CGPA supaya still atas 3.00. Nak capai atas 3.5 memang dah tak mampu. Takpelah. 

Target org lepas ni : Grad dengan Ijazah Sarjana Muda Farmasi Kepujian Kelas Kedua Atas supaya senang nak apply untuk sambung Master *just in case org tibe2 rase nak tuka angin lepas bosan keje dengan kerajaan* Mudah2an hasrat org ni dimakbulkan Allah. Aminnn :)

Satu sem je lagi Wani! Fighting!


Sekian post kali ini. Terima kasih sebab sudi membaca. Assalamualaikum wbt.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...