CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

23 October 2011

I'm Officially A Pharmacy Graduate :)


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Setelah bertungkus lumus selama setahun untuk pra ijazah kemudian disambung lagi empat tahun kemudiannya, akhirnya bertarikh 22 Oktober 2011, pada sidang 2 dan menjadi graduan yang ke 54 menaiki pentas untuk menerima skrol ijazah daripada Pro Canselor, Raden Azwani bt RM Pujaseti akhirnya selamat bergelar seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) Kelas Kedua (Tinggi). panjang gila ayat. Syukur alhamdulillah, hasil penat lelah org selama 5 tahun ini akhirnya berbaloi.


Terima kasih buat ba ngan ibu yg tak henti2 menyokong & mendoakan org selama ni, sudi menghantar org ke kampus Shah Alam dan Puncak Alam (masa org belum reti drive), para lecturer & supervisor, kawan2 serumah, kawan2 segrup waktu pbl, kawan2 segrup waktu praktikal kat Hospital Kajang, kawan2 research FYP, kawan2 sekelas seramai 102 org dan kawan2 lain yang sentiasa ada di sisi org waktu org susah mahupun senang. Tanpa anda semua, tak mungkin org berjaya hingga ke tahap ini.


Org doakan semoga korg semua juga berjaya di dunia & akhirat. Semoga pada masa akan datang org berpeluang sekali lagi menyarung jubah dan menaiki pentas untuk menerima Ijazah Sarjana & Doktor Falsafah. InsyaAllah, tamat sahaja kontrak org ngan JPA selama 6 tahun, org akan sambung pengajian, mungkin dalam bidang Master in Clinical Pharmacy. Ada rezeki lebih, sambung ke PhD pulak. Dan mungkin setelah lama bekerja sebagai seorang pharmacist, org akan kembali ke UiTM sebagai seorang tenaga pengajar, dengan izin Allah. Doakan org berjaya mencapai cita2 org ni ye kawan2 :)


Thanx banyak baca entry ni. Sorry ye sekarang jarang update blog. Mood nak menulis hilang tak muncul2. Huhu. Assalamualaikum wbt.


:)

2 comments:

cik violet said...

tahniah wawa .. finally graduated :)

tajul said...

congrats again.^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...