CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

10 October 2011

Pemberian Allah pada 9/10/11


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..




Masa org tengah online dalam pukul 11 lebih, org perasan kat twitter suma duk cakap pasal bulan malam ni. Kira macam jadi trending topic la. Kat fb masa tu belum ada sape2 tulis lagi. Org pun curious so time2 tu gak org keluar rumah. Luar pintu nampak dah cahaya bulan tapi tak nampak bulan lagi sebab betul2 atas rumah. Then org pegi ke halaman rumah lalu mendongak ke atas.


Subhanallah. Ternganga mulut seketika. Patutla semua org bercakap pasal kecantikan bulan malam ni.


Bulan masa tu dikelilingi dengan satu lingkaran cahaya yang agak besar. Serius cantik. Org laju je masuk dalam rumah balik nak ambik kamera. Plannya nak snap gambar bulan tu.


Malangnya, bila keluar balik, separuh daripada awan dah tutup lingkaran bulan tu. So nampak separuh je lingkaran tu. Org try snap jugak gambar. Bila dah masuk laptop, tak nampak pun lingkaran tu. Nasib baik masa tu ramai dah komen pasal bulan kat fb. Yang post gambar bulan kat fb pun ramai. So org pinjam satu gambar untuk letak kat dalam blog ni.


Indah sungguh ciptaan Allah :)


Disebabkan rasa curious lagi org pun google untuk tau macam mana boleh terbentuk lingkaran cahaya keliling bulan tu. Rupa2nya disebabkan oleh refraction cahaya bulan oleh kristal ais kat upper atmosfera. Kalau ada sape2 nak tau lebih lanjut boleh klik kat link ni.

Org rasa bertuah sebab  diberi peluang oleh Allah untuk melihat sendiri keindahan ciptaanNya. Ramai jugak yang komen kat fb tak dapat tengok sebab tak jumpa bulan la, tak boleh keluar rumah la. Kalau org terlambat tengok 5 minit tadi, mesti org tak dapat tengok bulan tu sebab dah dihalang awan tebal. Awan tebal dia pun org tengok tadi agak besar la. Jenuh gak nak tunggu awan tu bergerak.

Ada yang komen kat fb bulan ni sebagai pemberian daripada Allah untuk tarikh pada hari itu, iaitu 9/10/11. Tarikh cantik, bulan pun cantik. Semoga lepas ni kita berpeluang lagi untuk melihat pelbagai lagi keindahan ciptaan Allah yang mungkin hanya sekali je kita berpeluang untuk lihat seumur hidup.

Hargailah nikmat mata dan insafilah ciptaan Allah yang tiada kekurangannya ini.

Assalamualaikum wbt :)

1 comments:

Atiqah Wadiah said...

subhanallah chanteknyerr..tp syg x sempat nk tgk smalam :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...