CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

02 November 2011

Fasa Baru Seorang Raden Azwani



Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Lama sungguh rasanya tak menulis kat blog ni. Jenguk pun jarang2. Semangat untuk menulis tu dah terlalu lama hilang. Payah nak diminta datang balik. Dan akhirnya pada 2 November ni tergerak hati ini untuk menjenguk kembali blog yang dah lama berhabuk dan bersawang ni. Alang2 jenguk tu apa salahnya update walaupun sikit kan?


Perkembangan terkini, alhamdulillah org dah tau di negeri mana org akan menjalankan setahun housemanship sebagai seorg pharmacist setelah lebih kurang 5 bulan menanti. Dapat di negeri Selangor, cuma tak tahu di hospital mana. InsyaAllah 9 hb ni org akan tau hospital mana dan pada 10 hb ni org akan melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan selepas tu akan terus mula bekerja. Maka selepas itu bermulalah kisah Raden Azwani yang baru, dimana dia akan belajar banyak lagi benda baru dan bertemu dengan pelbagai ragam manusia di hospital nanti. Doakan org boleh menjalani pekerjaan ini dengan baik ye :)


*Kredit gambar kepada Ili Nadirah*


Setelah mendapat satu pekerjaan tetap, org mula membayangkan siapa dia Raden Azwani ni pada tempoh 5 atau 10 tahun akan datang. Mungkin pada masa itu org dah menjadi seorang senior pharmacist yang pada waktu itu mengajar pharmacist2 baru yang sedang menjalani housemanship. Mungkin pada masa itu pangkat org yang asalnya U41 dan naik ke U44 atau mungkin lagi tinggi. Mungkin pada masa itu orang dah pun selamat menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana. Atau PhD. Mungkin pada masa itu org dah mempunyai pelbagai aset sendiri. Mungkin juga pada masa itu org dah selamat bergelar seorang isteri dan ibu kepada anak2 yang comel. Banyak sungguh impian dan cita2 org kan?


Tadi entah macam mana, org termelawat fb page seorang penulis tersohor di negara kita, Hilal Asyraf, melalui sebuah gambar yg dishare kat fb. Org selalu dengar nama ni, tapi belum pernah berpeluang memiliki buku hasil karya beliau. Dan setelah melawat fb page beliau, org pun baca segala info2 yang dipaparkan.




Kemudian org terkejut seketika. Rupanya penulis ni lebih muda daripada org. Selama ni org sangkakan beliau ni tua beberapa tahun daripada org. Org salah rupanya. Tapi tengoklah, dalam 22 tahun hidup dah macam2 pencapaian dah berjaya beliau raih. Sudah tulis banyak novel sendiri. Sudah ada website sendiri. Sudah ada syarikat sendiri. Sudah ada anugerah sendiri. Dan beliau ini adalah seorang hafiz yang kini belajar di sebuah Universiti di Jordan.


Serius org kagum sangat dengan insan ini. Sampai saat org tulis post ni, rasa kagum tu belum lagi hilang.


Tak semua org mampu berjaya seperti penulis ini. Berjaya dalam usia yang sangat muda. Mampu melakukan pelbagai pekerjaan, disamping itu tidak pernah melupakan tanggungjawab yang digalas sebagai hamba Allah. Disaat beliau ini sudah hampir mencapai hampir kesemua impian dan cita2nya (mungkin), org pula baru terkedek2 hendak memulakan langkah menggapai satu impian. Jauh benar org tertinggal rupanya, huhu.


Tapi tak apelah. Biar lambat sedikit asal tak putus asa di tengah jalan. Lebih baik merangkak perlahan2 lalu dapat apa yang dicapai daripada berlari pada awalnya kemudian lelah lalu berhenti di tengah jalan.


'Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah perjalanan hidup Raden Azwani selepas ini. Permudahkanlah segala perjalanan dan urusannya. Tingkatkanlah imannya agar dia takkan pernah lupa menunaikan segala tanggungjawab yang diamanahkan olehMu. Murahkanlah rezekinya dan biarkanlah dia mengunakan rezekiMu itu kepada jalan yang diredhaiMu. Kuatkanlah semangatnya agar segala impian yang dipendam selama ini mampu dicapai. Dan kurniakanlah dia seorang jodoh yang akan menyokong segala usaha yang akan dilakukannya selepas ini..'


Amin amin ya Rabbal Alamin.


Maka mulai 10 November ini, bermulalah detik2 pengembaraan Raden Azwani dalam menempuhi fasa baru dalam hidupnya, iaitu alam pekerjaan.


Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum wbt.




p/s : terasa terlebih puitis pulak tengah2 malam ni.

1 comments:

roslita thalib said...

assalam..singgah n follow :)
jengah ke blog saya juga ye kalau berkesempatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...