CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

11 November 2011

2 Hari di Hospital Kuala Kubu Bharu :)



Assalamualaikum Warahmatullah..


Sebelum melelapkan mata hari ni, org teringin nak share pengalaman org bekerja sebagai PRP atau Provisional Registered Pharmacist di Hospital Kuala Kubu Bharu selama 2 hari ni. Mungkin lepas ni org dah tak berkesempatan langsung nak update blog ni lagi. Sebelum tu, org nak ucap terima kasih kat kawan2 yg sudi ucap gudluck & like status org kat fb bila org share org dh nak start kerja. 39 org like, tak pernah org punya status fb dpt jumlah like sebanyak itu hehe :D


My Workplace :)


Hari Pertama : Lapor Diri - 10/11/2011


- Pagi2 pukul 8 org dah bergerak ke Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kat Shah Alam. Lepas mendengar taklimat, isi borang yang perlu dan berkenalan dengan PRP2 dari seluruh selangor, kitorg bergerak ke Bahagian Perkhidmatan Farmasi kat Wisma MBSA, lapor diri situ pulak. Pastu kena lapor diri kat hospital masing2. 


- Org sampai ke Hospital KKB pada jam 3.30 petang. Selamat dah berkenalan dengan PRP baru seramai 3 org iaitu Atun, Sean & Chong. Alhamdulillah, walaupun baru kenal, kitorg terus kamceng. Mungkin sebab kitorang sikit sangat. Setel semua urusan, kitorg terus masuk Farmasi Pesakit Luar. Tapi tak berkenalan sangat ngan staf2 sebab ramai pharmacist off. Tolong2 sikit isi ubat dalam sampul sambil mengfamiliarkan diri dengan rak2 ubat kat situ, jam 5 org pun balik. Yang bestnya walaupun keje harini tak seberapa, tapi start harini gaji dah pun dikira, heheh.


Hari Kedua 11/11/11


-Masuk hospital pukul 8 pagi, pastu kitorg 4 org dibawa tour sekitar satu hospital & berkenalan dengan ramai staf hospital KKB dari setiap department, termasukla nurse2 dan doktor2. Masa tour tu, kitorg bertembung ngan Pengarah Hospital, Dr Jasmeet Singh. Kitorg sembang2 sambil berkenalan kemudian kitorg masuk farmasi balik dalam pukul 9 lebih. Kitorg masih belum dapat jadual atau logbook sebab Ketua Pegawai Farmasi (KPF) masih bercuti, so kitorg bahagi tugas sendiri2. Org ngan Sean jaga Farmasi Pesakit Luar (OPD), Atun ngan Chong Jaga Farmasi Wad (IPD)


- Waktu ni, org mula belajar untuk familiar dengan tulisan doktor kat prescription. Serius memang banyak yg tak boleh dibaca. Bila dah boleh cam, belajar filling, atau bekalkan ubat satu2 ikut list dalam prescription. Kemudian tampal & tulis label, make sure patient amik ubat dalam jumlah yang betul. Time ni ada calculation perlu dibuat utk make sure dose betul. Pharmacist OPD, Cik Ratna check dulu, lepas sume ok baru leh release ke kaunter depan. Mana2 prescription yang org completekan list ubatnya, org dah boleh sign kat belakang prescription tu. Rasa happy pulak bila dah boleh turunkan tandatangan sendiri :)


- Satu lagi yg org belajar, rekod dangerous drug (DD) & Psikotropik. Ada 7 jenis semuanya. Kalau ada patient amik, kena rekod. Kena check & sign bagi make sure takde ubat yang kurang. Pastu Cik Ratna suruh org handle indent DD, kira macam mintak bekalan stok baru. Bila org dah habis calculate sume stok, Cik Ratna amik cop Pegawai Farmasi U41 then suruh org sign dan tulis nama. Beliau cakap indent tu sekarang under nama org. Kalau ade ubat yg missing kira org la yg kena bertanggungjawab. Ada kes DD hilang sampai kena report polis. Time ni org dah cuak. Cik Ratna gelak je bila tengok muka cuak org huhu.


- Petang, dalam pukul 3 dah ramai org kat farmasi. Tah kenapa time ni ramai pulak staf farmasi tak masuk. Org ngan Sean je jaga kaunter ubat kat belakang. Encik Farid, sorg lagi pharmacist jaga kaunter dispens ubat kat depan sorg2. Bayangkan kitorg yang baru je belajar tadi kena buat semua kerja yang staf2 farmasi lain biasa buat. Mula2 memang agak kalut, ada gak silap sikit2, tapi memandangkan Encik Farid sangat supportive & baik hati, kitorg berjaya habiskan semua kerja by pukul 5. Alhamdulillah. Banyak betul yang org belajar harini :)


So itulah saje pengalaman org untuk 2 hari ni. So far, org dah rasa happy dekat Hosp KKB ni. Hospital yang tenang, semua staf pun sangat frenly. Org pun dah rapat dengan rakan2 PRP walaupun baru kenal sehari, setiap kali pergi cafe atau lunch kat kkb mesti kitorg gerak 4 org. Diharap hari2 mendatang org dapat belajar lebih banyak lagi. Mungkin tak lama lagi akan tiba turn org pulak untuk jaga kaunter dispens kat depan, beri ubat kat pesakit, dan bagi sesi kaunseling kat pesakit2, InsyaAllah :)


Mungkin 6 bulan je org kat Hospital KKB ni, dan bila untuk clinical attachment nanti org akan berpindah ke hospital besar macam Hospital Selayang atau HTAR. Apepun terima kasih ye sudi baca entry boring ni hehe. Assalamualaikum :)

2 comments:

Simon 'Adam' Malik said...

salam


wah.. cik raden sudah mula bagi ubat kat patient. hehehe..

gud luck dan hati-hati bagi ubat ye. kalau salah doktor yang kena blame. hehehe..

nadzwareina said...

wsalam..

hehe tulah die. baru 2 hari kerja alhamdulillah rasa macam enjoy. kita tengok lagi 6 bulan seterusnya mcm mana :D

trima kasih adam.. gudluck jugak utk segala jenis assignment & tesis & fieldwork tu ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...