CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

03 October 2011

2 Weeks Hiatus : Recovery Mode

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullah..


Lama rasanya tak jenguk blog ni. Genap 2 minggu menyepikan diri dari sini, rasa2 sekali dua je org singgah, tu pun sebab nak tengok blog kawan2. Tengok2 folower dah bertambah 4. Eh, blog sunyi sepi ni pun ada yang sudi follow?

Anyway, korg ingat lagi masalah hati & perasaan yg org ade cite kat post before ni? Mungkin ada yang wonder apa puncanya, jadi org share la kat sini sikit ye. Posting org yg sepatutnya bermula lepas raya dah di delay sampai bulan 11 (dengarnya la). Dan semua perkara yang menyerabutkan fikiran org tu bermula dengan benda ni la (ada banyak sebenarnya) Dan alhamdulillah, sekarang ni dah hampir sembuh sepenuhnya. Tapi still, ada baki2 yang tertinggal, yang mungkin dah boleh diabaikan. 

*Saje je letak gambar ni*

So dalam tempoh 2 minggu ni, apa org dah buat?

Org buat satu blog lain. Blog yang 100% berbeza daripada blog ni, sebab konsep blog tu sempoi dan org pakai kata ganti nama 'aku' kat situ. Blog yang org buat pakai satu identiti lain yang tak ada sape tau (except certain2 org yg dapat detect). Identiti baru yang vice versa dengan diri org yg dalam blog ni. Dan kat situ la org share semua sekali benda yang bersarang dalam hati, yang org takleh nak tulis kat sini. Yang org tak boleh nak luahkan kat blog ni sebab blog ni dibaca oleh insan2 yg berkenaan. Kat situ jugak org dapat merasa kepuasan dalam menulis, yang org dah tak berapa nak rasa bila menulis kat blog ni. 

*Sometimes it's fun to show your other side of personality*

Dan tanpa disangka2, ramai yang menyinggah blog org dan baca post2 tu. Tak kurang yang bagi kata2 semangat. Rasa agak happy bila ada insan yang tak pernah kenal diri ini sudi memberi sepatah dua kata2 hikmah yang mampu menghilangkan segala resah di hati. Kat blog tu gak org free nak tulis apa saje, tanpa perlu risau ape2 sebab tak ada siapa yang tau org ni siapa. Kat blog tu org luahkan pendapat peribadi org tentang trend2 muda mudi zaman sekarang, tak lupa juga benda2 yang menjengkelkan dan rahsia hati yang sebelum ni org tak pernah share ngan sesape. Dan tanpa disangka2 jugak dalam tempoh 2 minggu ni, folower blog tu dah mencecah 300 lebih, jauh tertinggal dengan blog ni yang dah 3 tahun umurnya.

Mungkin pembaca2 blog sekarang lebih gemar baca post yang sempoi. Yang dekat dengan diri sendiri. Yang mungkin benar2 ditulis ikhlas dari hati, bukan sebab ditulis semata2 untuk dijadikan tatapan org2 tertentu. Dan seronok bila banyak post org kat blog tu dishare kat fb, dipromote oleh blogger2 lain, dibalas dengan komen2 membina yang tak la sikit jumlahnya, tak kurang jugak ada insan2 yang sibuk nak mengorek identiti org. Nak gelak je bila ada pembaca yg mengaku kenal org sape, padahal org tak pernah kenal diorang langsung. Yang paling org tak leh blah, ada pembaca yang gelar org 'The Other Khairul versi perempuan'. Ish tolonglah, penulisan org jauh beza & belum mampu jadi semantap beliau kut, huhu.


So mungkin lepas ni org akan lebih banyak menulis kat situ, jadi blog ni akan dianaktirikan lah nampaknya. Bukanlah maksudnya org akan tutup blog ni terus, cuma org akan jarang2 update post kat sini. Tapi still, kadang2 org akan datang sini untuk baca post member2 yang org listkan kat sebelah kiri blog ni.

Terima kasih banyak kat korg yang masih sudi baca post2 kat blog ni. Dan sorry sebab ada yang mintak link blog baru tu (sebab ada yang dapat tau org buat blog lain) tapi of course korg tau yg org takleh nak bagi. Biarkanla ia jadi rahsia. Biarkan org dengan dunia dan identiti lain kat blog tu, dan bila kembali kat blog ni org akan kekal sebagai Raden Azwani yang dulu.

Cukupla untuk kali ni. Kalau ada sebarang benda menarik org nak share, org akan share kat sini. Tapi buat sementara waktu ni, org akan lebih banyak merapik dan mengarut kat blog yang satu lagi tu, hehe.

Thanx banyak sudi baca entry ni. Assalamualaikum wbt :)


p/s : Kalau2 ade sape2 yang tau blog org yang satu lagi tu, org mohon tolonglah rahsiakan ye. Biarkan penulis blog tu kekal misteri kepada pembaca2 lain yang tak tau, hehe.


5 comments:

Sha said...

ak rs ak tau yg mane..huhu...

sbb gye penulisan tuh ak suke..
sbb ak mlihat diri ak kt c2..
cme...ak xbuat mcm kt dlm blog ak..haha

nadzwareina said...

syae : hahaha adoi kantoi jugak kat ko ye.. aku lupe pulak ko baca dua2 blog aku ni...

anyway thanx jugak baca & komen2 walaupun mula2 ko tak tau pun tu aku, hehe :D

Sha said...

tuh la psl..until ak bc latest post nih...then, ak godek habisan blog lg 1...serious!!

tpi kn wa, ak lgi suka yg lg 1 tuh...hohoho...ko stay c2 je lah..hahaha

cik violet said...

alaaa..nak tau gak wawa..y mane 1 shae..heee

nadzwareina said...

paah : paah antara insan2 bertuah yang org folow pakai blog satu lagi tu hehe. so sila la check list folower paah ye :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...