CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

28 August 2011

Hadiah Raya : Homemade Pineapple Tart from Mr Simon Malik :D


Bismillahirramanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Org selalu tak greet dulu pembaca2 blog org ni selain bagi salam je kan? (blog ni ada pembaca ke? haha) So kali ni org greet dulu ye. Hai pembaca blog semua. Apa khabar? Yang nak beraya tu dah settle sume persiapan?

Actually time nak menaip post kali ni, kat org punya draft ada 3 lagi post yang org tak habis tulis lagi. 3 draft tu org nak cite pasal malam terakhir org terawih kat surau Al Ikhwaniah, kisah pakcik pengemis yang org jumpa kat bazar, ngan ucapan raya untuk pembaca2 blog ni (bajet artis pulak hehe) Tapi tiga2 post tu tak habis tulis. Lepas taip satu dua perenggan, org macam hilang idea pastu stop. Bila buat post lain pun sama jugak. Jadila tiga2 tu post yang tak terpublish. Nasib baik yg ni terpublish jugak :D

Oklah. Ni macam dah tersimpang topik. Actually saje nak share kat korg yg harini org dapat satu balang tart nenas yang dibuat sendiri oleh member org ni. Nama femes beliau dikalangan member2 ialah Simon Malik, tapi org kenal sejak kecik dengan nama Adam. Kitorg dulu sekolah rendah agama sama, tapi baru last year jumpa balik. Beliau ni sorg blogger, so entah camne org tercome across blog beliau ni, so org folow la.

Dan actually hadiah tart ni bukan saje2 je Adam nak bagi org (siapalah saya ni kan tetiba nak bagi free tanpa sebab hehe) tapi org dapat sebab menang contest teka teki yang beliau buat. Beliau ni suka buat contest2 menguji minda kat blog beliau tapi dulu2 punya contest sume based on logic so org memang takleh jawab. Tak reti. Bila part teka teki ni org bolehla sikit2, tu yg alhamdulillah menang pulak. So kalau korg rajin pegila try jawab contest2 kalau beliau ni ada buat. Hadiah dia best2 gak.

Org dah rasa time berbuka tadi. Sedap. Jangan main2, tart nenas ni beliau buat sendiri tau. Dah expert kut, siap cipta formula sendiri lagi hehe. Ada kawan lelaki korg buat kuih raya sendiri? Kalau org, Adam ni la yg first org jumpa kut. Pastu harini gak org dapat dua kad raya daripada klasmate org. Kad raya yang real punya. Seronok bila pagi2 sabtu ni banyak pulak gifts yang org dapat.

*Pagi2 takleh makan, so amik gambar je la dulu hehe*

Dikesempatan ini org nk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat pembaca2 blog 'Apabila Jejari Mula Menari' ni. Org mintak maaf atas segala salah dan silap kalau ada apa2 penulisan org ni mengguris hati korg ke, buat korg terasa ke, tersinggung ke. Kalau ada org mungkin tak sengaja. Sorry sangat. Buat yang shopping last minit tu, banyak2 la bersabar ye. Yang akan bergerak pulang ke kampung, jangan lupa baca doa & pandu dengan berhati2. InsyaAllah kalau org dah balik rumah nanti org bagitau. Boleh korg datang beraya. Beraya rumah org konfem dapat duit raya tau. Tak tipu.

Ok, takat sini dulu. Jumpa di post akan datang. Time kasih sebab sudi baca. Assalamualaikum wbt :)

24 August 2011

Update Sementara Menanti Subuh...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


*Post kali ini tiada pengisian langsung, sekadar menulis beberapa perkara yg bermain di fikiran. Jika anda tak suka baca post kosong tanpa isi, bolehla tekan butang pangkah sekarang*


Seperti yang org tulis dalam tajuk kat atas, post ni ditulis sekadar menanti masuknya waktu subuh. Dan untuk beberapa hari ni ni, org perasan something weird happen kat diri org. So i feel like sharing benda ni kat dalam blog ni.

1) Selsema & sakit kepala org makin teruk. Biasanya bangun tidur untuk sahur akan terus kena selsema, dan ia berlarutan sampaila ke malam, sampai waktu solat terawih. For one whole day, org kena bawak tisu merata dalam rumah. Dan selsema agak teruk ni mengundang sakit kepala yang amat sangat, sampai time buka puasa org makan panadol dulu baru makan nasi. Dulu org biasa kena selsema pagi2, tapi kalau dah tengahari biasanya akan pulih sendiri. Dan org realized yang antibody org semakin lemah lepas org positif denggi awal tahun ni. Since that kalau org sakit memang agak lambat nak elok.

2) Something wrong somewhere terjadi kat org punya mood. Memangla org perempuan ada waktu2 dimana hormon tak berapa nak stabil, tapi untuk kes org, org rasa macam serius. Kadang2 satu hari rasa nak marah org lain tanpa sebab. Ataupun kadang2 benda2 remeh pun org rasa marah atau sakit hati sangat sampai kena urut dada pujuk diri sendiri *kes lupa istighfar* Pernah sekali buat kerja sambil marah, org terpecahkan mangkuk kat dapur. To be honest, i'm not that kind of person. Org jenis takkan marah sebab benda2 remeh & kalau marah pun memang cepat cool. So org berandaian sendiri yang hormon dalam badan org ni tengah mengalami ketidakstabilan sekarang lalu mempengaruhi mood & feeling org. Logik ke?

3) Jadi kurang gemar bercakap. Org memang agak pendiam, but not with my family or bestfriends. Kat rumah kadang2 bila ibu semangat bercakap tanpa henti, org sekadar mendengar dan menjawab sepatah dua perkataan sahaja. Atau lagi teruk, kadang2 org tak dengar pun but pretend untuk mendengar *sila jangan tiru aksi kurang ajar ni* Dan of course, ibu sure perasan. Masa tak bercakap tu, fikiran org melayang entah kemana2 then org akan jadi agak mamai dan hilang fokus bila buat sesuatu kerja. Kalau org online org akan invi sepanjang masa. Kat twitter kalau dulu org rajin bersembang ngan member2 kat situ, sekarang nak bukak pun payah. Even my bestfriends ada yg perasan. Bila org cakap dalam phone org lagi banyak diam.

Serius i dont know what's going on with me & org rasa macam jadi org lain. Atau mungkin org je yang rasa macamni atau pikir bukan2? Takpelah. Org harap next week memandangkan minggu raya semua ni akan pulih seperti sediakala la. Doakan org ye.

Sekian untuk kali ini. Terima kasih sudi baca post merapu ni. Assalamualaikum wbt.


p/s : Malas nak tepek gambar apa2. Kepala tengah sakit lagi.

21 August 2011

3 Golongan Umat Islam di 10 Malam Terakhir Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Bulan Ramadhan semakin melabuhkan tirainya. Tinggal lebih kurang 10 hari saje lagi sebelum kita beralih ke bulan Syawal. Dalam tempoh lebih kurang 10 hari ni, ada macam2 reaksi dipersembahkan oleh 3 golongan umat islam di atas muka bumi ini. Jom kita sama2 tengok siapa 3 golongan ini dan reaksi2 mereka dalam 10 hari terakhir Ramadhan ni.


1) Golongan Beriman yang Sedih

Golongan yang beriman akan buat countdown meninggalkan bulan Ramadhan dengan rasa sedih. Sebab bila berakhirnya bulan Ramadhan, pintu2 syurga akan ditutup manakala pintu2 neraka akan dibuka kembali. Para syaitan akan dibebaskan dari kurungan. Maka akan kembalilah godaan2 syaitan untuk menyesatkan keturunan Adam. Tak ada lagi keistimewaan pahala berlipat ganda yang Allah kurniakan buat para hambaNya yang rajin melakukan amal kebajikan. Tak ada lagi peluang melakukan solat terawih secara berjemaah dan bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Rasa sedih tu berganda bila memikirkan, apakah tahun depan peluang untuk bertemu bulan Ramadhan sekali lagi masih ada?


2) Golongan Lalai yang Excited

*Sekadar gambar hiasan*

Golongan yang lalai akan buat countdown habis Ramadhan dengan rasa excited sebab tak sabar2 nak menyambut aidilfitri dengan meriah sekali. Waktu insan2 lain sibuk mempertingkatkan amal ibadah, golongan ni dengan semangatnya bershoping sakan membuat persiapan menyambut aidilfitri. Baju raya awal2 dah beli berpasang2, tu tak masuk kasut raya, kuih raya, perabot raya, langsir raya, pendek kata semua benda nak baru la. Siap plan lagi raya pertama nak pakai baju apa, nak raya rumah sape. Golongan ni jugak tak lagi istiqamah melakukan solat terawih. Minggu2 terakhir ni dah tak nampak lagi batang hidung kat surau atau masjid pada waktu malam. Zakat fitrah masing2 dah bayar ke belum tak taula. Wallahua'lam.

3) Golongan Munafiq yang Lebih Excited

Golongan yang munafiq pulak akan buat countdown dengan rasa excited lebih kurang macam golongan lalai diatas, cuma mungkin terlebih sikit. Kenapa diorang excited? Sebab golongan munafiq ni nama je umat islam, hakikatnya mereka tak pun suka pada bulan yang mulia ni. Sebab di bulan Ramadhan, mereka terpaksa mengikat perut menahan lapar dan dahaga, dan kedai2 makan yang best2 semua ditutup. Kiranya diorang berpuasa hanya sebab terpaksa, sebab tak nak ditangkap oleh pegawai agama. Bukan saje kedai makan, banyak pusat hiburan dan karaoke pun ditutup bagi menghormati bulan Ramadhan ni. Pada waktu malam, golongan ini pergi mengerjakan solat terawih dengan rasa tak ikhlas, sekadar mengikut orang takpun untuk menunjuk2. Padahal dalam hati, diorang lagi suka lepas berbuka melepak2 kat rumah tidur ataupun layan drama2 best waktu malam bila dah penat bekerja.

Cuba renung kembali. Tepuk dada tanya hati. Antara tiga2 ni, kita tergolong dalam golongan yang mana?

19 August 2011

Andai Aku Ada Mesin Cahaya Masa...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Org rasa korang sume mesti tengok kartun doraemon kan? Dan satu alat paling penting doraemon ialah mesin cahaya masa. Kalau takde alat tu tak wujudlah doraemon kat zaman nobita, betul tak? Kalau korang diberi peluang untuk guna mesin cahaya masa tu untuk sehari, korang nak pulang ke zaman bila?

Kalau org, org teringin sangat nak balik zaman sekolah rendah. Tak kisahlah waktu darjah empat ke, lima ke, enam ke, janji zaman sekolah rendah. Kalau org boleh balik zaman tu, ada banyak sangat benda yang org teringin nak buat sebenarnya, hehe. Antaranya :


1) Pakai tudung elok2 dan kemas sikit.
Cuba korang tengok balik gambar sekolah rendah korg. Mesti tergelak sorg2 kan? Dengan tudung senget bengetnya, lipat habis sampai muka jadi bulat, dengan rambut dengan serkup terkeluar, memang lawak je kalau tengok balik. Bila kena tag kat fb, berjela2 la komen bawah gambar tu duk gelakkan org dalam gambar tu. Ada yang siap remove tag lagi sebab malu. Kalau kita pakai tudung elok2 zaman ni, mesti dalam gambar sekolah kita la budak yang paling cun & kemas kan? :p

*Gambar masa darjah 6. Nasib baik dalam ni tudung tu elok sikit hehe*


2) Join main dengan kawan2 waktu rehat dan waktu balik.
Serius org rindu sangat waktu ni. Waktu rehat time budak2 lain tengah makan, kitorg pegi main tiang kat laluan kantin tu. Kalau kacau org lalu pun tak kisahlah. Janji kitorg seronok. Waktu balik, sementara tunggu bas sampai, main kejar2 la, main masak2 la, main konda kondi la. Time main kejar2 tu lari punyala semangat. Kain terselak pun gasak ko la. Janji dapat kejar org yang dikejar. Pastu boleh pulak sambung lagi esok bila bas dah datang. Rindu2.

*Pening kut main tiang ni. Bergerak kena laju*


3) Main ejek2 nama dengan budak2 lelaki.
Org bet korg semua mesti pernah terlibat dengan ejek mengejek nama ni kan? Kalau tak kena ejek, jadi tukang ejek. Nak2 kalau nama unik sikit, takpun nama bapak yang unik, sure kena ejek punya. Kadang2 nama biasa pun kena ejek gak. Tak paham betul. Tukang ejek dia mesti budak2 lelaki nakal yang sangatla tak matang. Kadang2 sampai menangis. Kalau org balik zaman ni, org akan ejek balik budak laki yang ejek org tu sampai diorg pulak yang menangis hahaha *gelak kejam*

*Kalau adela budak ni kat sekolah dulu memang dahsyatla beliau ni kena ejek huhu*


4) Makan kat kantin sekolah.
Satu lagi yang buat org rindu zaman ni ialah makanan2 kat kantin. Dahlah zaman tu semua murah2. Fishball dua bijik 50 sen. Fries satu plastik 50 sen. Nasi lemak, mi goreng, mi sup, laksa, satu mangkuk 50 sen. Dahlah panas2, sedap kut. Air satu gelas 20 sen. Masa tu bawak singgit pegi sekolah pun cukup, boleh makan sampai kenyang. Zaman ni kalau bawak singgit je pegi sekolah, boleh makan apa?

*Rindunya nak beratur beli makanan macamni*


5) Main game kat kelas lepas habis periksa.
Time habis periksa akhir tahun je macam2 mainan dibawak ke sekolah. Paling femes yang org ingat, tutup botol, batu seremban, kad uno dan macam2 kad lagi la, kad happy family la, old maid la, snap la. Brick game, cyberpet ngan digimon pun ada. Pastu buat grup kecil main game2 tu. Kalau dah bosan, tukar game sesama grup. Kadang2 siap lawan lagi antara budak laki ngan budak pempuan. Yang lawaknya tu, boleh pulak main game yang sama since start kelas, sampaila waktu balik tanpa rasa bosan. Kelakar je.

*Saat paling mendebarkan bila main tutup botol hehe*


Benda2 ni la yang buat org serius rindu sangat dengan zaman sekolah rendah. Masa tu study pun tak serius. Yela, budak2 kan, otak tau nak main je la. Memang enjoy la time tu. Sebab tu kadang2 org teringin sangat nak balik zaman ni. Kalau la mesin cahaya masa tu betul2 wujud, memang best kan?

Terima kasih sebab sudi baca. Jumpa di post akan datang. Assalamualaikum wbt :)


p/s : Ni post terakhir org akan tulis dengan bahasakan diri sebagai 'org'. Pasni org akan change kepada 'aku'. Bosanla asyik pakai 'org' je. Huhu.

10 August 2011

Update Untuk Minggu Ini :)


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Sekadar nak share beberapa cerita pasal org dalam minggu ni. Harap adela yang sudi baca hehe :)


1) Hari rabu yang lepas, org selamat terima Sijil Pendaftaran Bersyarat daripada Lembaga Farmasi Malaysia (LFM), dimana org secara rasminya telah didaftarkan sebagai seorang pharmacist di bawah LFM. Alhamdulillah. Sekarang nak tunggu surat daripada Kementerian Kesihatan untuk tahu dapat posting di negeri mana. InsyaAllah lepas habis raya org terus posting.

*I'm officially a pharmacist now, which means i can play with drugs! yeay~*


2) Dalam minggu ni jugak org dapat tau tarikh konvo org, iaitu pada hari sabtu sesi pagi pada 22 Oktober 2011 di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Tapi tarikh ni tertakluk kepada pindaan. Dah lama org tunggu saat2 untuk menyarung jubah konvo dan menggenggam skroll ijazah buat pertama kali dalam hidup ni :)

3) Org dapat jemputan untuk ke majlis Iftar merangkap reunion SAMTTAJ, sekolah menengah org dari form1 sampai form3 dulu. Tapi disebabkan clash dengan majis buka puasa family besar dan tak berapa sure tempat majlis iftar tu kat mana, org tak dapat nak join majlis tu. Harap2 tahun depan kalau ada buat lagi org berkesempatan nak join.

4) Dalam minggu ni jugak banyak dugaan yang melanda diri ini. Antaranya modem broadband org rosak, lalu terpaksa diganti baru (melayang rm160 huhu). Kemudian browser yang org biasa pakai crash pulak, terpaksalah pakai browser yg org tak biasa guna. Nasib baik dah elok balik. Org jugak dilanda selsema teruk selama 3 hari (tak ok lagi ni) dan hampir demam. Dan baru tadi org hilang purse, termasuk i/c ngan kad atm. Terpaksala block kad atm & report polis. Kena marah dengan ibu & ba sebab cuai huhu. Tapi alhamdulillah dugaan kali ni org tempuhi tanpa rasa marah macam dugaan yang lepas :)

5) Ingat lagi dengan 'ujian' yang org gagal dulu? org buat balik dan kali ni lulus! doa org dimakbulkan Allah, alhamdulillah. Rasa nak melompat2 keriangan pun ada jugak :D (kisah purse hilang tu boleh dilupakan seketika huhu)



Oklah sekian untuk kali ini. Doakan org tabah menempuh hari2 mendatang di bulan ramadhan ini. Selamat berpuasa! :)

#7 Wordless Wednesday



08 August 2011

Ini Kisah Atun dan Putih Gemok..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Untuk post kali ini, jom sama2 kita baca kisah Atun si unta yang berasal dari Mesir dan Putih Gemok, si kucing yang berasal dari Klang :D

*Helo semua! Selamat berkenalan! Nama saya Atun =)

Ini pulak bestfren saya, Nama dia Putih Gemok :p

Kitorang berdua dah lama jadi bestfren. Kitorang selalu lepak sama2..

Makan sama2..

Tido sama2..

Kongsi cerita sama2..

Gaduh sama2..

Kadang2 saya buli dia..

Kadang2 dia buli saya pulak..

Tapi walau apapun, kitorang tetap bestfren sampai bila2! :)


p/s : Atun : Awak semua mesti ada bestfren jugak kan? Share ngan saya jugak nak? ^__^

07 August 2011

Giveaway Edy: Still Beauty

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Untuk GA ni, actuallynya org dah kena tag dengan member org, syae masa hari khamis lepas. tapi hari ahad ni baru berpeluang nak buat. Mintak maaf ye syae.. Hari jumaat tu patutnya aku buat tapi sebab aku mengalami kesedihan melampau haritu, aku buat post pasal kisah aku dulu. Hari sabtu pulak, aku buzy satu hari kat dapur (betul ni, dari pagi sampai malam huhu) sebab rumah aku ada buat majlis buka puasa ramai2 untuk sanak saudara. Nasib baik time tutup 11.59 malam ni, hehe.

Kat bawah ni banner untuk join GA ni. Hadiah dia comey. Kalau nak join klik kat link ni eh. Org duk try link kat banner tak jadi le pulak.


Syarat nak join giveaway ni pun senang je tau. Syarat dia kena buat tajuk sama macam tajuk post org ni, then letak banner kat atas ni. Pastu letak 2 link blog seperti kat bawah ni & follow sekali ye :)

http://danielzaidi.blogspot.com/
http://edyzaiditravel.blogspot.com/

Lepas dah follow, kena tag sorg blogger lain. Walaupun org rasa macam dah lambat, tapi org tag jugakla ye. Insan bertuah tersebut ialah asnizaziz. Beliau ni selalu komen kat org punya blog. Terima kasih banyak2 ye hehe *sempat lagi ucap thanx kat sini hehe*

Last sekali, tinggalkan link dekat pihak penganjur, bagi diorang tau. Dan tarikh tutup adalah harini, jam 11.59pm. Sempat lagi kalau nak join hehe.


Ok, sekian untuk kali ini. Jumpa dalam post akan datang ye. Assalamualaikum wbt :)

06 August 2011

Alkisah 5 Ramadhan...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Hari semalam, bersamaan 5 Ramadhan jatuh pada hari Jumaat. Jumaat pertama untuk bulan Ramadhan pada tahun ini. Sepatutnya hari yang penuh barakah itu mendatangkan seribu kegembiraan buat org. Malangnya itu tidak berlaku.

Pagi Jumaat itu, org dilanda kesedihan melampau disebabkan gagal dalam salah satu 'ujian' yg org duduki. 'Ujian' apa, tak perlulah org jelaskan dengan lebih lanjut di sini. Tapi kesedihan itu berlarutan dari pagi hingga ke waktu malam. Entahlah. Mungkin sebab sejak kecik org amat jarang berada dalam situasi ’gagal’, jadi org rasa kegagalan kali ni agak perit untuk dilalui. Kini org faham bagaimana kesedihan dan kesakitan yg dirasai oleh insan2 yang pernah gagal dalam menempuh cabaran hidup.

Disebabkan kesedihan ini, org meletakkan satu status di facebook. Sekadar untuk memujuk diri sendiri. Setiap kali rasa sedih itu datang kembali, org akan baca status fb ni berulang2 kali. Terima kasih buat rakan2 seramai 19 org (setakat post ni ditulis) yang sudi like status ni. Terasa anda berkongsi kesedihan dengan org walaupun anda tak tahu pun apa cerita disebalik status tu. Terima kasih banyak2.

Kemudian pada waktu petang, setelah selesai membantu ibu menyiapkan juadah berbuka di dapur, org dan adik bongsu bergerak ke bazar Ramadhan, sekadar untuk membeli pencuci mulut. Disebabkan pergi agak lambat, org agak rushing untuk pulang ke rumah.

Di jalan besar di hadapan rumah, org beri signal untuk berhenti di hadapan pagar rumah. Selesai memberi signal ke kanan, org pun membelok. Tiba2..

Dummmm!!!’ ada bunyi berdentum. Terasa macam kereta dilanggar sesuatu. Atau mungkin org yang melanggar sesuatu?

Waktu tu hati rasa macam nak berhenti berdegup. Org baru sebulan bawak kereta sejak habis belajar, tak pernah lagi terlibat dengan mana2 accident. Bila org toleh belakang, org nampak ada sorg lelaki diatas motor dengan wajah berkerut. Tayar hadapan motor tu dah bersentuh dengan bahagian belakang kereta.

Nasib baik dah betul2 di hadapan rumah. Org terus keluar kereta lalu pergi kearah lelaki tu. Muka dia memang mengerut menahan kesakitan. Org sempat jeling bahagian belakang kereta. Sikit calar pun tak ada. Pelik jugak. Ba yang tengah menyapu di halaman rumah, keluar lalu pergi ke arah kami.

*nasib baik tak jadi macam ni sekali huhu*

'Abang, abang ok ke? abang perasan tak saya bagi signal tadi?’ orang terus bertanya spontan kat lelaki tu dan membahasakan dirinya ’abang’ sebagai tanda hormat walaupun org tak sure umur dia. Mungkin lebih kurang umur org je. Org rasa bersalah sebab masa membelok tadi tak jeling cermin pandang belakang. Tapi masa bagi signal org jeling memang tak nampak ada motor kat situ. Clear je, kereta pun tak ada.

Nampak2. Bukan salah awak, saya nampak signal tadi. Tak taulah nape tadi saya macam blur skit,’ jelas lelaki tu sambil pandang wajah org berselang seli dengan ba. Tangan dia asyik mengurut2 kaki kanan yang berseluar pendek paras lebih lutut tu. Muka dia masih tak berhenti berkerut.

Awak ok tak ni? Kaki tu ok tak?’ tanya ba.

'Terseliuh kut pakcik,’ kata lelaki tu. Dan berkali2 org ngan ba tanya dia ok ke tak, lelaki tu tetap cakap dia ok. Kemudian dia meminta izin untuk pulang kerana waktu berbuka semakin dekat. Sempat lelaki tu meminta maaf. Dengan susah payah dia menaiki motor dan berlalu pergi.

Bang, sorryyyy!!!!!’ org melaung bila tersedar org belum mintak maaf kat lelaki tu. Mungkin salah org jugak. Tapi lelaki tu tak menoleh. Mungkin dia tak dengar.

Pandangan mata org menyoroti lelaki tu berlalu pergi dengan motornya perlahan2. Org perasan dia berhenti di tepi jalan, jauh sikit dari rumah org sambil mengurut2 tangan dan kakinya. Kaki kanannya diluruskan, mungkin kaki tu yang terseliuh. Kemudian dia meneruskan perjalanan dengan bersusah payah.

Masa tu dalam hati org memang serius rasa bersalah yang teramat sangat. Walaupun lelaki tu dah mengaku memang salah dia, kalau org pun berhati2 mungkin perkara macamni takkan berlaku. Terasa macam nak offer lelaki tu pergi klinik je, tapi dia rushing nak balik. Macam mana dia nak naik motor dalam keadaan kaki yang macam tu? huhuhu. Tak lama kemudian dia pun hilang dari pandangan.

Masa solat terawih tadi, terus terang org memang tak boleh nak khusyuk. Dengan kesedihan akibat gagal pagi tadi tak sudah2 menerjah fikiran, wajah lelaki tu yang berkerut2 menahan kesakitan tu pun terbayang2 di ruang mata.

Org still ingat wajah dia. Takkan lupa. Kalau org jumpa dia kat mana2, org akan mintak maaf dan tanya keadaan kaki dia. Dan ’ujian’ tu, org akan make sure org akan lulus jugak nanti. Mesti!


Oklah, cukuplah cerita untuk kali ini. Tolong doakan org akan lulus 'ujian' tu pada masa akan datang ye. Terima kasih sebab sudi membaca. Assalamualaikum wbt.


04 August 2011

This Video Made My Day :D


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Video ni dah tersebar kat facebook. So I take a look. Dan video ni berjaya buat saya tergelak sorang2. Hahaha.


*Org rasa yg jadi malik tu muka memang macam Aaron Aziz versi tembam. Ada sesape rasa tak?*

01 August 2011

Ramadhan : Bulan Untuk Berhijrah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Bulan Ramadhan, bulan yang kesembilan dalam kalendar Islam kini menjelma lagi. Bulan yang ditunggu2 oleh segenap lapisan umat Islam. Meriah sungguh wall2 FB dengan ucapan2 sempena Ramadhan kan? Bersyukurlah kita kehadrat Ilahi umur kita masih dipanjangkan sekaligus memberi peluang untuk kita bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh barakah ini.

Puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, atau menahan diri daripada melakukan perkara2 yang membatalkan puasa. Puasa juga boleh menjadi titik permulaan untuk kita berhijrah kepada yang lebih baik. Bagaimana?

*

Buat para perokok, terutama perokok tegar, anda boleh cuba belajar untuk berhenti merokok. Jika anda boleh menahan diri daripada merokok selama lebih 12 jam, selama sebulan penuh, kenapa tidak anda hentikan terus aktiviti yang tidak sihat itu? selain duit dapat dijimatkan, umur pun dapat dipanjangkan *Fakta : setiap batang rokok yang dihisap memendekkan umur selama 4 saat*

*

Buat para wanita yang ingin cuba berjinak2 memakai tudung, mulakanlah niat anda sekarang. Ramai wanita yang bertudung dibulan Ramadhan sekadar ingin menghormati kesucian bulan Ramadhan itu. Jika anda selesa mengenakan tudung selama sebulan, kenapa perlu tudung itu dibuka selepas tamatnya bulan Ramadhan?

*

Buat mereka yang jarang2 menyelak Al Quran, bulan inilah masa yang paling sesuai untuk memperbanyakkan bacaan Al Quran pada setiap hari. Sementara menanti masuknya waktu berbuka puasa, apalah salahnya aktiviti tidur itu digantikan dengan membaca Al Quran? Ataupun join aktiviti tadarus yang diadakan di surau2 berhampiran? Apabila kita telah terbiasa membaca beberapa helai Al Quran setiap hari di bulan Ramadhan, kita mesti akan rasa kekok jika tidak membaca walau sehelai Al Quran setelah tamat bulan Ramadhan nanti.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.” (riwayat Ahmad dengan sanad sahih)

*

Buat mereka yang agak berkira untuk bersedekah walau sekecil2 nilai duit kepada insan2 yang memerlukan, bolehlah belajar untuk mengikis sifat tersebut dengan perbanyakkan amalan bersedekah. Ingatlah, bukan banyak mana nilai duit yang disedekahkan itu yang dilihat oleh Allah, tetapi Allah menilai betapa ikhlasnya hati kita menghulurkan bantuan semata2 demi keredhaanNya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: ‘Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: ‘Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.’ (H.R Muslim)

*

Buat mereka yang jarang berpeluang untuk mendirikan solat2 sunat, di bulan Ramadhan inilah anda berpeluang untuk mengerjakan solat sunat pada setiap hari, iaitu solat sunat Tarawikh yang munculnya hanya sekali setahun iaitu hanya pada bulan Ramadhan. Seronok kan selepas habis solat Isyak, kita dan seisi masjid berjemaah mendirikan Solat Sunat Tarawikh bersama2? Kita boleh pilih nak mendirikan 8 rakaat, atau 20 rakaat mengikut keinginan kita. Jika bukan di bulan Ramadhan, bila lagi kita akan mendirikan solat sunat sebanyak 8 rakaat sehari? apatah lagi 20 rakaat. Tak pernah kan? Jika dah biasa solat sunat paling kurang 8 rakaat sehari, InsyaAllah kita tiada masalah untuk mengerjakan solat2 sunat lain yang biasanya 2 rakaat sahaja :)

*

Banyak lagi penghijrahan yang dapat kita lakukan sempena kedatangan bulan Ramadhan ini, terutama dari segi amalan dan kelakuan kita. Dan semoga apa jua penghijrahan kepada yang lebih baik yang kita lakukan pada bulan ini akan kekal dan diberkati Allah swt. Sama2lah kita berdoa semoga Allah masih lagi memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya.

Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya. Bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)


Sekian untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum wbt :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...