CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 January 2011

Senyum~ :)


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Post kali ni, org just nk share rasa happy yg org rasa beberapa hari ni. Bila org dh buat post pasal drama Ayoub kat Slot Samarinda TV3 yg baru habis tayangan minggu lepas dalam post before ni, org dpt email tulis 'Nor Faznita Bt Md Nor' comment dekat org punye post. Dalam hati rase macam familiar je nama ni, macam selalu je terbaca kat somewhere. Bila bukak kat comment, selepas beliau memperkenalkan diri, mata terbeliak bila dapat tau beliau ialah penulis skrip drama ni! Patutla macam familiar, selalu tengok nama beliau kat end credit drama ni. Kat bawah ni komen beliau tentang post org :


Then bile org share kat fb, klasmate org yg juga folow drama Ayoub ni iaitu Zarif bagitau yg Puan Faznita ni dah pun acknowledge karya org ni dengan paste org punye post kat blog beliau. Org terkejut jap kemudian singgah blog beliau di link ini. Terharu sekejap org baca beliau punye isi post. Beliau juga share link post kat blog beliau ni di facebook group Ayoub.

Post full org pasal Ayoub pun diletakkan dalam post beliau, beserta beberapa bait lirik lagu trademark dalam drama ni iaitu 'anak ayam' sebagai ending post beliau. Org tak berhenti tersenyum. Kemudian org bagi komen kat post beliau ni. Beliau balas komen dengan sangat mesra :)

Kemudian bila dapat berhubung dengan penulis skrip drama ni dan memberikan penghargaan di ruangan komen blog masing2, org teringin pulak nk berhubung dengan pelakon utama dia pulak, Iqram Dinzly (serius xde keje nih, perlu ke? haha =p) Okeh, org tiba2 terminat pulak ngan beliau ni lepas tengok drama Ayoub, hehe. Normal la tu kan? Org pun folow beliau kat twitter, saje nk tengok komen2 & gambar beliau tentang drama ni. Beliau ni la artis pertama yg org folow kut.

Semalam org saje2 bukak twitter, lalu terbaca tweet Iqram tentang tempoh utk beliau mencari jodoh tinggal 8 bulan sebelum diserahkan kepada parents utk carikan. Org pun saje2 la reply tweet beliau ni tanpa mengharap akan dibalas ape2. Yela artis kan, mana ada masa nk balas sume tweet fans die. Tapi beliau balas, walaupun pendek je. Terkejut seketika sebab tak sangka. Diri ini tersenyum lagi :)

 *#IQ = nama panggilan sendiri Iqram, #UMC = Untuk Mencari Cinta*

Harini pulak org saje bagi tweet kat beliau pakai akaun tweet org yg satu lagi. Kali ni org share rasa happy sebab beliau reply tweet org smlm & org share cerita yg post Ayoub yg org tulis tu Puan Faznita paste kat blog beliau. Pastu kejap je, beliau balas sekali lagi :)

Haha, serius org ni xde keje kan? main twitter ngan artis pulak. Then baru org perasan Iqram ni akan cuba balas dan retweet sume tweet fans yg beliau dapat selagi mampu. Bagus ada artis macam ni. Dan org suka baca tweet2 beliau, ayat sume lembut2 & sopan2 je. Mungkin penangan watak Ayoub agaknya? :D

Ok, sekian untuk kali ini. Mungkin korg terpikir 'Alah setakat benda macam ni pun nak happy sangat. Tak ade ape pun,' hehe. Takpe2, mungkin sebab org tak pernah buat benda2 macam ni so bila dapat balik balasan yg really out of my expectation, org jadi seronok & terhibur sendiri. Tu yg rase nak share kat blog. Terima kasih ye buat kawan2 org & insan2 diluar sana yg sudi share kegembiraan org ni. Mudah2an Allah akan sentiasa kurniakan kita kegembiraan yg akan membuatkan kita lebih terpanggil untuk mengingatiNya, InsyaAllah :)

Terima kasih sebab sudi baca. Assalamualaikum wbt~

 

p/s : Sedang berusaha berubah menjadi Ayoub versi perempuan, walaupun mungkin agak sukar. Doakan org ye ;)


24 January 2011

Ayoub


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt



Bila tengok drama Ayoub di Slot Samarinda TV3, diri ini terasa sangat kerdil...

Sewaktu kecil.. 
Ayoub sanggup ambil jantung pisang subuh2 kerana ibunya teringin nak makan.. 
Ayoub sentiasa menjaga solatnya serta patuh dan taat kepada ibunya...
Ayoub selalu beri bunga dan buat bunga rampai sebagai hadiah agar ibunya gembira..
Ayoub selalu membantu guru kelasnya yg kurang pendengaran ketika di sekolah..
Ayoub memberi makan setiap hari kepada Man Sewel yg tak dihiraukan penduduk kampungnya....
Ayoub sentiasa menjaga kebajikan Nek Wa yg diabaikan oleh keluarganya sendiri..
Ayoub menjaga haiwan yg berada di kebun ibunya, walaupun sekadar seekor siput babi..
Dan Ayoub sentiasa bersyukur walaupun dia anak yatim dan hidup susah bersama ibunya..

Apabila dewasa.. 
Ayoub masih lagi setia menjaga ibunya, Nek Wa dan Man Sewel dengan sabar dan ikhlas..
Ayoub memberi pekerjaan kepada seorang bekas budak sekolah jahat yg dipinggirkan..
Ayoub memberi makanan, minuman & buku2 cerita kepada budak2 kampung..
Ayoub cuba menyelamatkan kucing yg dilanggar dengan lorinya tanpa sengaja..
Ayoub bekerja keras membuka syarikat sendiri walaupun sering diperlekehkan oleh keluarga sepupunya yg kaya..
Ayoub membelikan minuman kepada pekerja2 yg menyapu di tingkat bawah pejabatnya.
Ayoub belanja seorang lelaki yg tak dikenalinya makan sempena ulangtahun perkahwinan lelaki itu.. 
Ayoub memberi hadiah dengan ikhlas kepada pak imam, guru kelas & pakcik yg sering membantunya.. 
Ayoub tolong melunaskan hutang kad kredit pekerjanya yg hampir muflis..
Ayoub menyediakan dana untuk bantuan perniagaan kepada penduduk kampungnya..
Ayoub masuk kedalam longkang untuk mengambil kunci kereta gadis yg tak dikenalinya..
Dan Ayoub sangup membantu membetulkan basikal di masjid sehingga bajunya kotor walaupun dia ingin bertemu bakal bapa mertuanya..

Akhirnya.. 
Ayoub bertemu jodoh dengan seorang penulis terkenal yg baik hati dan merupakan anak seorang jutawan..
Ayoub semakin berjaya dalam perniagaannya dan dia juga bergelar seorang jutawan..
Ayoub menjadi dermawan ternama dan sering muncul di kaca televisyen..
Ayoub menerima anugerah Tokoh Filantropi Asia di luar negara..
Ayoub dikurniakan sepasang cahayamata yg comel dan cergas..
Ayoub hidup bahagia bersama isteri dan anak2 dalam kehidupan yg serba sederhana..
Dan Ayoub masih lagi tidak lupa berbakti kepada mereka yang memerlukan.
Dan sifat baik hati, suka menolong dan rendah dirinya masih lagi sama seperti dulu tidak berubah.. 

Namun ujian Allah datang melanda..
Ayoub kehilangan ibunya dan Nek Wa setelah mereka pergi menghadap Ilahi apabila selesai solat..
Ayoub difitnah mencabul kehormatan anak2 yatim yang dibantunya..  
Ayoub kematian dua org anaknya serta muka isterinya cacat akibat kemalangan yg disengajakan..
Ayoub dianiaya sehingga mendapat penyakit kulit menyebabkan setiap inci kulitnya melepuh dan berbau busuk..
Ayoub dikhianati oleh pekerja dan org kuat syarikatnya sendiri..
 Ayoub kehilangan syarikat yg diusahakan olehnya dan bapa mertuanya kepada org lain..
Ayoub menceraikan isterinya tanpa rela isterinya kerana tidak mahu membebankannya..
Ayoub meminggirkan diri dan tinggal keseorangan di sebuah rumah di dalam hutan..
Dan Ayoub mula menyalahkan Allah dan hampir membuat perjanjian dengan syaitan kerana sudah berputus asa..
Semuanya angkara sepupunya sendiri yg cemburu dan penuh hasad dengki dengan kejayaannya..  

Tapi Allah itu Maha Adil..

Ayoub didatangi oleh insan2 yang pernah dibantunya dulu dan mereka sudi menjaganya…
Ayoub dibantu monyet2 di hutan yang menghantar buah kepadanya setiap hari tanpa diketahuinya..
Ayoub menangis dan bertaubat setelah membaca buku kisah Nabi Ayub AS yg hampir sama dengan dirinya..
Ayoub menurut pesanan ibunya di dalam mimpi dan akhirnya penyakit kulitnya sembuh sepenuhnya..
Ayoub kembali kepada bekas isterinya yang masih lagi setia berada di sisinya..
Dan sepupunya itu mati dalam keadaan terseksa, hina, dan penuh aib sebagai balasan terhadap apa yg telah  dilakukan terhadap Ayoub selama ini..
Dan Ayoub masih sudi memaafkan, berdoa dan mengebumikan jenazah sepupunya itu...


Bila anda terasa diri anda mula leka dengan urusan dunia, anda terasa anda hidup di dunia ini tanpa matlamat yg jelas, dan anda masih lagi terumbang ambing mencari sinar hidayah dalam kehidupan, cubalah tonton drama ini. Sarat dengan pengajaran dan menginsafkan.


Dan semoga lebih ramai lagi insan semulia Ayoub di dunia ini yang boleh kita jadikan contoh dan ikutan.


Sekian post kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum wbt...



p/s : Terima kasih amir sebab sudi downloadkan drama ini untuk org. I really appreciate it :)


20 January 2011

Sai Bagi Award~ :D


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...



Sebenarnya dah lama perasan sai bagi award ni tapi asyik lupe je nak letak kat blog. Mintak maaf banyak2 ye sai~ Ha ni arahan seperti yg tertera kat blog sai :

1) copy n paste the badge to you blog.
2)Pick 15 of your friends that you think they blog are amazing.
3) Go to you friends blog to tell them about the award.
4) State 7 things bout yourself.


1 : dah buat, hehe

2: 15 yg bertuah mempunyai blog yg amazing tu, seperti kat bawah ni :

Dya Adriza, Amir, Syu, Zati, Mar, Anis Izyan, Dayah, Paah, Naoh, Syae, Soleh, Taa, Syafiq, Adam, Nabilah

3 : Okeh2 nanti saya bagitau tapi kalo sape2 yg terbaca & ada nama dalam list kat atas sila buat ye :)

4 : 7 fakta? ok saya amik fakta yg tak ramai org tau la ye :


- Saya tidur malam wajib pakai selimut, kena cover dada sampai bawah. Kalau tak pakai pagi nanti bila saya bangun saya batuk2 & lelah sikit *kes ada asthma masa kecik2*-

- Bila tengok cermin kat mane2, benda first yg saya tengok kat muka saya ialah dark circle bawah mata. Kemudian betulkan rambut atau tudung. Ni kira habit la ni -

- Saya hanya boleh fokus kat satu benda pada satu masa. Selalunya kalau saya blur maksudnye tadi saya tengah fokus fikir pasal satu benda so saya tak pay attention. Salah satu sebab kenapa tak pernah nak bercinta time belajar -

- Saya tak boleh drive. Sebab trauma dengan accident dulu then lame dah tak bawak kereta. Tapi akan belajar balik sebab tahun ni stat kerja. Kawan2 maaf ye sebab saya tak penah bawak anda naik kereta walaupun ada lesen :( -

- Saya senang sangat nak dikejutkan dari tidur. Time kat asrama dulu kawan2 panggil nama je saya dah terbangun. Sekarang ni kalau kawan2 sentuh je pun saya akan terbangun. Taktaula nape camni -_-*

- Saya beri sepenuh penghayatan dalam movie yg saya tengok atau novel yg saya baca. Especially kalau yg sedih tu memang wajib la saya akan menangis di tengah2 atau ending cerita. Kawan2 dah faham sangat~ -

- Saya tak boleh tahan ngantuk. Selalunya kalau ngantuk je saya akan tidur jugak kat mana2, dalam kelas, kereta, wayang, even kat tempat2 yg xberapa nak proper. Kalau terpaksa tahan ngantuk gak, saya automatik jadi org lain, sangat2 blur huhu -


Okeh dah cukup tujuh. Thanx again ye sai bagi award ni. Sekian post kali ni. Jumpe lain kali la ye. Assalamualaikum wbt :)


14 January 2011

Mari Membuang Sawang~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...


Lebih kurang 3 minggu org x update blog, habis bersawang blog org ni. Quick update utk 3 minggu lepas :


1) Ditahan di wad G3 HTAR selama 4 hari, 6/1-9/1/2011 sedangkan sepatutnye stat kelas 3/1. Suspected denggi & bilangan platelet yg sepatutnya normal 150-400 menjadi serendah 70+ sahaja. Thanx kawan2 yg sudi melawat seramai 11 org di HTAR. Dan yg lagi terkejutnya pada hari ke13 selepas demam dan pada hari nak pulang ke puncak alam, doctor kat klinik call kate antibody positif denggi. WHATTT??? ah balik je la, dah xdemam pun...

Dengan esoh :)


2) Pulang je puncak alam di'greet' ala artis di kelas memandangkan ramai yg tahu diri ni ditahan di wad dan lambat masuk kelas seminggu 3 hari. Rasa dihargai sangat. Tak henti2 senyum. Dan tambah tak berhenti senyum bila melihat whiteboard di rumah sewa, penuh dengan plan outing ngan member2 sebab sem ni sangat2la free. Kelas seminggu 2-3 hari saje. Walaupun dah terlepas nak gi mandi air terjun ngan housemates, pasni plan nk gi Broga Hill, makan Seoul Garden,  gi Singapore dan banyak lagi tempat ngan diorg pulak. Harap2 menjadi :)

*Allah, i'm sure gonna miss these moments with them. Sem akhir ni menjadi agak emosional skit apabila mengenangkan kawan2 segeng yg dikenali hampir 5 tahun bakal membawa haluan masing2 nanti :(*


3) Malam2 sangat free. Sepatutnya digunakan untuk merepair thesis utk diprint dan dibind, tapi mlm2 pi tengok muvie plak yg sangat banyak dan best2 dalam hardisk. Thanx banyak2 kepada afiq sebab menjadi supplier muvie2 dan series2 tersebut. Dan hardisk ni dah dicirculate hampir satu rumah kepada housemate2 sebab muvie2 yg ada agak menarik. Thanx diucapkan kepada afiq daripada diorg & org sendiri :D


4) Sedang mengarang surat. Sambil mendengar lagu. Dua helai 4 muka penuh. Serius tak de kerja ni. Untuk sape? Biarlah rahsia =p


Oklah. Takat sini dulu update kali ni. Moga bertemu di lain waktu ye. :D 

Assalamualaikum wbt.


p/s : Saya bukan seorang blogwalker. Selalu jadi silent reader je. Time kasih buat insan2 yg rajin meninggalkan jejak di shoutbox. I'm still reading all ur blogs walaupun tak kerap. Terima kasih ye :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...