24 November 2010
Alkisah Seorang Fulltime Housewife Tak Bertauliah :p
21 November 2010
Terima Kasih :)
Assalamualaikum wbt..
Selama setahun org buat blog ni, org sangkakan blog org yang penuh rapikan dan luahan isi hati ni tak dibaca oleh sesiapa, melainkan kawan2 terdekat atau follower2 je.. Tapi baru2 ni org dapat msg inbox kat fb, yang tertulis seperti di bawah :
Then, baru org tau ada klasmate yg follow dan suka baca blog org ni rupenye.. buat insan kat atas ni, terima kasih sebab cakap blog org best.. Terima kasih jugak sebab anta msg ni kat fb, buat org rasa dihargai sangat2.
Dan juga terima kasih sangat2 kepada insan2 yang like post2 org, antaranya seperti kat bawah ni :
Dan juga pengomen2 blog org, antaranya syu, amir, zati, syae, deeb, dayah, soleh, wak, anis izyan, shafiq, myralove, affan, bazz, dya adriza, faris, iji, diriku, mimiekucayang, naoh, afiq, dan juga semua pengomen anonymous yg tak dapat dikenalpasti, follower, silent reader dan pengomen2 kat shoutbox. Time kasih sbab sudi jenguk blog org & mintak maaf sbab jarang blogwalking kat blog2 korg. Kalo free nanti org sure jenguk blog korg pulak insyaAllah.. * sory tak link ke blog korg sebab banyak sangat :D*
Actually ni post yg ke 100.. tu yg saje buat post ucapan terima kasih, hehe. Org mungkin xboleh tulis blog sehebat zack zukhairi, hanis zalikha atau fatin liyana *sape rajin baca blog sure kenal nama diorang nih*, tapi InsyaAllah pada masa hadapan org try tulis something yang lebih berfaedah dan berguna untuk tatapan semua ye :)
Sekian, Assalamualaikum wbt~
17 November 2010
Monolog Seorang Along..
Tanpa henti walaupun hanya sesaat,
Norhasmah binti Jamaluddin..
Ibu..
Along ingat lagi..
Masa along tadika dulu..
Tiap2 pagi ibu mandikan dan sikatkan rambut along..
Ibu cium pipi along setiap hari sebelum along pergi tadika..
Bila along masuk darjah satu..
Ibu tunggu along kat luar kelas sampai waktu rehat..
Ibu beratur panjang2 kat kedai buku semata2 nak belikan buku2 teks along..
Bila along darjah empat..
Ibu gembira sangat dan asyik tersenyum bangga..
Bila along dapat hadiah pelajar perempuan terbaik..
Dan ibu buat benda yang sama bila keputusan UPSR along cemerlang..
Bila along masuk tingkatan satu..
Ibu bersusah payah sediakan kelengkapan along untuk pergi asrama...
Ibu selalu luangkan masa melawat along setiap hujung minggu..
Sebab ibu tau waktu ni along selalu rindukan ibu..
Ibu,
Along ingat lagi..
Bila along masuk tingkatan dua,
Ibu nazak sebab sakit lepas lahirkan Redha..
Doktor cakap kat Ba peluang untuk ibu selamat adalah tipis..
Tiap2 kali lepas sembahyang along nangis..
Along doa supaya Allah tak ambil nyawa ibu..
Along tak nak ba susah payah menjaga kami berlima seorang diri..
Along tak nak Ana, Aja, Syahmi ngan Redha jadi anak yatim dalam usia muda..
Alhamdulillah, Allah kabulkan permintaan along..
Lama kelamaan penyakit ibu semakin pulih..
Dan ibu mampu tersenyum bila along dapat keputusan cemerlang dalam PMR..
Memori ni along takkan lupa sampai bila2..
Sebab memori hampir kehilangan ibu..
Adalah memori paling pahit yang along pernah ada..
Along ingat lagi..
Bila along tak dapat straight A dalam SPM..
Ibu pujuk along bila along rasa kecewa..
Ibu kata keputusan along tu jauh lagi baik dari orang lain..
Along akhirnya mampu tersenyum kembali..
Bila along dapat tawaran masuk universiti,
Ibu cakap ibu bangga dengan along,
Ibu pesan supaya along belajar dengan bersungguh2..
Supaya dapat jadi contoh yang baik untuk adik2..
Kini, along dah tahun akhir kat universiti..
Along kadang2 sibuk dengan assignment dan projek tahun akhir..
Along lama tak balik rumah jenguk ibu..
Along lama tak telefon rumah tanya khabar ibu..
Lalu ibu yang telefon along tanya khabar..
Ibu bagi kata2 semangat dan nasihat kat along..
Ibu kongsi cerita kat rumah yang buat along gembira..
Banyak lagi memori along dengan ibu yang tak tertulis..
Dan memori along tentang ibu akan bertambah tahun demi tahun..
Along janji dengan diri sendiri..
Biarpun selepas along ada seorang suami kelak..
Biarpun 50 tahun akan datang..
Biarpun hingga akhir hayat along..
Along akan sentiasa bawa bersama..
Segala memori along dengan ibu, sampai bila2..
Selamat hari lahir yang ke 47 wahai ibuku..
Along berdoa agar ibu sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
Agar ibu sentiasa bahagia di dunia dan akhirat..
Agar ibu ditempatkan oleh Allah ke dalam syurga..
Kerana andai Allah menakdirkan ..
Tempat Along juga adalah di syurga di akhirat kelak..
Along berharap kita dapat bertemu kembali..
InsyaAllah..
Terima kasih Ya Allah..
Kerana mengurniakan along dan adik2 along..
Seorang malaikat pelindung yang tiada galang gantinya..
Yang kami semua panggil dengan nama… ‘IBU’
09 November 2010
Penangan Nota Pharmacokinetic...
08 November 2010
Terbaca Post Lalu Ditag...
Bismillahirrahmanirrahim..
Asalamualaikum wbt ..
Disebabkan xleh tido sebab dah tido sejam lepas isyak tadi, org pun blogwalking. Org baca satu blog junior org yg bernama matpek ni, beliau telah kena tag. Pastu beliau kata sape2 yg terbaca automatik kena tag. So org yg xde keje ni pun menggagahkanla diri utk buat tag ni.. :)
"Once you have been tagged, you are supposed to write a note 25 random facts, or goal about you. At the end choose 25 people to be tagged, you have to tagged the person that tagged you. If I tagged you, it means I want to know more about you.
1) Nama penuh seperti yang tertera kat i/c : Raden Azwani binti RM Puja Seti
2) Dapat nama Raden through ayah. Actually RM tu stands for Raden Mohd. Taktau la nape ba shortkan dalam i/c beliau. Bagi senang tulis kut.
3) Seorang yg berketurunan jawa tapi langsung taktau cakap jawa. Cakap sepatah dua tu bolehla. Tapi ramai cakap muka memang muka jawa.Ye ke?
4) Banyak nickname. Wawa. Wani. Raden. Along. Wa. Awa. Nadzwareina. Boleh panggil ape2 ikut suke. (except nadzwareina sebab tu nama chat ngn nama pena)
5) Anak sulung dalam 5 beradik, 3 pempuan 2 laki. Tapi paling pendek dalam adik beradik perempuan.
6) Suka 2 kaler, biru ngan hitam. Tapi taktau la nape banyak barang terbeli kaler purple plak.
7) Very simple & plain girl yang xreti fesyen2 ngn mekap2 nih. Cara fikir pun macam lelaki sikit. Tak amik kisah benda2 remeh, tak reti merajuk & tak reti mengada2 ngan org lain.
8) Boleh baca tulisan korea. Penah chat & cakap bahasa korea ngan org2 korea kat ym satu ketika dahulu. Sume penangan kpop. Tapi dah retired jadi fan kpop.
9) Amat suka novel, terutama novel thriller yg ada main teka2 pembunuh macam Sidney Sheldon punya. Mitch Albom ngan Cecilia Ahern punya pun best. Ada collection Harry Potter. Collection Twilight on the way.
10) Suka dengar lagu2 by Lifehouse, Nickelback, The Fray, Incubus, Coldplay, Secondhand Serenade, One Republic. Lagu2 slow diorang best dilayan sorang2. Tak dilupakan, Maher Zain gak, hehe.
11) Suke layan filem action, komedi ngan seram kat wayang. Filem action ngan komedi selalu la layan kat wayang tapi filem seram jarang sebab member2 sume takut layan filem seram.
12) Addicted kat air teh. Sehari mesti minum sekali. Kat kedai makan pun mesti order air teh.
13) Sangat suka kat kucing. Kalo jumpe kat jalan mesti tegur. Selalu gak bercakap dan tidur ngan kucing2 kat rumah.
14) Ada PS2, PSP ngan Gameboy Colour kat umah. Tapi satu haram xreti main. Adik2 je conquer.Rugi tak?
15) Muka sangat bulat lagi tembam. Sebab selalu release stress dgn makan & tido. Dahla jarang exercise. Kalau exercise pun just ronda fasa2 ni naik basikal yg saya bawak dari umah. Tah bila la nak kurus. Hahaha.
16) Darah jenis A. Research kata orang darah A ni jiwa seni. Betulla kut sebab saya suka muzik, suka tulis cerpen dan sketching kartun time xde keje (walaupun tak lawa mane hehe)
17) Makanan feveret : Tomyam. Ibu tau dan beliau suka masak kalau saya balik umah. Tapi saya xpandai buat sesedap ibu saya buat.
18) Tak penah tuka nombor sejak 1st time pakai henfon 5 tahun lepas. Henfon baru tuka 2 kali. Satu rosak sebab jatuh satu lagi rosak lepas masuk laut.
19) Housemates saya suka nasi goreng yg saya masak, hahaha.
20) Pakai jam kat tangan kiri. Bawak beg pun kat side kiri.
21) Takleh berenggang dengan lagu. Time tido, dalam kereta, kat kelas (kalau ngantuk) ngan certain2 time study wajib dengar lagu. Ada satu MP4 brand Samsung.
22) Sangat x comply ngan ubat. Jarang abiskan antibiotik. Tah macamane nak jadi pharmacist nih.
23) Sehari tak bukak facebook tak sah. Sekarang ni buat twitter pulak. Mimpi ape taktau.
24) Selalu rasa ada krisis identiti. Satu side lembut, sopan, satu side lagi kasar dan mereng sikit. Haha.
25) Saya pelat huruf R. Nak lagi best kebetulan nama saya start ngan huruf R pulak.. ^_^
Em, saya nak tag insan2 kat bawah ni :
Syu
Amir
Dayah
Aten
Zati
Mar
Naoh
Deeb
Syae
Myralove
Dya Adriza
Dan sape2 rase nk buat tag ni buatla ye. Nanti saya baca ek.
Sekian, Assalamualaikum wbt :)
07 November 2010
Seronok~ :)
Bismilahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Hari ni saya seronok sangat. Asyik gelak je. First sekali, sebab saya dah habis paper 2nd last. Paper IBM aka International Business pukul 5 suku petang tadi. Kemudian saya lepak kat petronas makan aiskrim ngan waffle * kesian betul lepak dalam petronas.. nampak sangat kat puncak ni xde tempat lepak yg best..* Bila dah balik bilik saya pun online tengok blog2 yg saya dah bookmark. Kemudian terjumpa pulak satu video yang sangat lawak ni. Tajuk die Bas Cirit, dihasilkan oleh MBB yg femes ngn video gelimat. Kredit kat diorang sebab buat video yg buat saya gelak guling2. Dah puas gelak2 saya pun pegi mandi dan solat..
Kemudian dah solat saya bukak website penulisan2u.my. Dalam tu ada banyak cerpen2 yg pembaca2 hantar. Bila saya tengok list2 cerpen tu kan, saya perasan ada satu tajuk cerpen dia 'Tiada Lagi Rahsia'. Saya terus senyum. Tu cerpen yang saya hantar 3 minggu lepas. Dah publish akhirnya. Ada 2 ulasan yg memberangsangkan. Budak2 umah saya pun baca gak. Diorang kate best. Saya pun tersenyum lagi :) Kalau anda semua terasa nak baca, boleh la klik kat link ni. Pastu sila2 la komen ye. Lama dah saya buat cerpen ni, 3 tahun lepas kut. Sebab tak nak terbuang macam tu je, saya pun anta la kat website tu. Tak sangka pulak dia keluar, hehe.
Oklah, takat sini dulu. Saya nak tido sebab saya sangat ngantuk. Esokla baru saya sambung study untuk paper last. Paper pharmacokinetic. Doakan saya boleh buat yang terbaik ye. Sape2 yang masih tengah exam, gudluck! :)
Terima kasih ye sudi baca coretan saya ni. Assalamualaikum wbt.