CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 October 2010

Bila Exam Week Bermula...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Sekadar satu post yg org jumpe dan terasa nk share kat sini :)


Symptom symptom student bila time final exam..

  1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan2 tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
  1. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
  1. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus. cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.
  1. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam2 (dan2 tapi alhamdulillah)
  1. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
  1. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi (ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
  1. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya2. Dahsyat.)
  1. Kalau main message tu balas sikit2 je. Pendek2. Tak de mase nak fikir taip panjang2.
  1. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota2 (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
  1. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)
  1. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.
  1. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
  1. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P
  1. Asyik2 tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
  1. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi janda, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.
  1. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
  1. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
  1. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai2. Nanti ade je bende nk borak.
  1. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek2 sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan2. Nak borak2. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
  1. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.


Hahahaha.. serius major ciri2 kat atas ni ade kat org.. korang lak cmne? Sure ade kan..

Sekian celoteh kali ini. Yang masih lagi ade exam, gambatte kudasai!

Assalamualaikum wbt :)

22 October 2010

Life Isn't A Fairytale...


Bismillahirrahmanirrahim..
Asalamualaikum wbt..

Sometimes, I had a very stupid dream..

***
On my 22nd birthday, when I was busy studying in my room..
Preparing for my upcoming final exam on the next day..
Suddenly I received a text message from you..
You told me that you're already outside my house..
And you asked me to get ready, since you want to bring me out..
Then you brought me to my favourite restaurant..
We shared lots of story and we ate our meals happily..
And you brought me to I-City, a place that I wished to visit once..
And we took lots of pic together..
Suddenly you sang to me a birthday song..
And you gave me a birthday present, together with a cute birthday card..
You asked me to take care of them nicely..
And lastly, you sent me home safely..
And wished me goodluck for my final exam..

***

*Poooooffffff!!!*

But..
Of course, all these things will not going to happen..
Life isn't a fairytale..
Wake up from your dream dear Wani... and continue your study...
You better focus on your upcoming exam, okay???

Alright Wani! Done dreaming! Study2! Berangan je keje, ape nak jadi nih! Padanla xpernah dapat deanlist! Ish3...

Hahaha.

Sekian karutan kali ini. Assalamualaikum wbt.



*just a stupid thought that suddenly pop up in my mind and I decided to write this as my minds already saturated with thousand of words from the notes.. (-_-'')*



p/s : sape 'you' kat atas tu? Entah. Ade ke?

18 October 2010

Exam Datang Lagi~


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Ya~ Final exam menjelma kembali pada akhir sem seperti tahun2 yg sudah. Final exam kali ini merupakan final exam yang ke7 yg org duduk sejak bergelar pelajar universiti (yg ke10 kalau include pre degree) Disini org saje nak share jadual exam org. Buat insan2 yg baik hati diluar sana, silalah doakan kejayaan org dalam exam kali ni. Org belum pernah ade rekod fail paper, harap2 exam kali ni rekod tu tak pecah la, huhu. Jika ada yg nk buat solat hajat utk org diluar sana, adalah lebih dialu2kan (haha ada ke?)


27 Okt - PHR 550
Applied Therapeutic in Cardiovascular & Pulmonary Disorder
9 am - 12 pm

31 Okt - PHR 553
Pharmaceutical Material & Product Characterization
2.15 pm - 5.15 pm

2 Nov - PHR 551
Applied Therapeutic in Infectious Disease & Neoplastic Disorder
9 am - 12 pm

7 Nov - IBM 530
Introduction of International Business
*Budak farmasi pun kena amik business (-_-)*
2.15 pm - 5.15 pm

10 Nov - PHR 552
Clinical Pharmacokinetic
*Paper killer ni. Senior kitorg half class fail*
9 am - 11 am

Sekian saje coretan kali ni. Smoga bertemu lagi [maybe pas abis exam]. Buat kawan2 org yg juga akan menghadapi final exam, gud luck ye sume :)

Assalamualaikum wbt..


16 October 2010

Kenapa Masih Single?


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Mungkin ramai juga pembaca blog org kat luar sana, especially kawan2 baik org, tau tentang satu fakta ni : Raden Azwani seorang yang single dan beliau tak pernah ada ex. Bile jumpe dengan kawan2 lama, atau sedara2 yg kadang2 je jumpa, bila diorang tanya dah ada 'kawan' ke belum, muka masing2 pelik dan bekerut bila org jawab 'tak'. Pastu muke diorang bertambah2 lagi kerutnya bila org cakap 'tak penah ade sorang pun'. Hm.. pelik sangat ye kalau dah 22 tahun ni still xpenah lagi be 'in the relationship' dengan sesape?

Rase2 x pelik pun sebab ade je org jumpe kawan2 yg same macam org. Tak penah berkapel walaupun sekali. Selalunye bile dengar tentang pempuan yg tak pernah berkapel ni, tanggapan insan2 di luar sana cuma ade 2 :

1) Gadis itu tak laku langsung, atau
2) Jual mahal sangat, sampai tak mampu nak beli.

Tapi org rase dalam dua2 ciri di atas ni, tak ada satu pun yg related ngan org.

Nak kate tak laku, rase2 dari skolah rendah sampai skarang, slalu ade mamat yg approach. Time skolah rendah dulu ade sorang, tapi sebab masa tu budak2 kan.. belum matang lagi, so takdela perkara tu dianggap serius. Bila masuk sekolah menengah, time lower form, org dapat satu surat cinta dari mamat mane tah dalam meja. Dah baca pastu org rase geli pastu terus buang. Tak reply pun. Hahaha. Bile upper form dah tuka skolah adela beberapa org approach jugak. Ada yg direct cakap terus, ada yg mintak kawan2 cakapkan. Haih macam2. Tapi time tu focus nk pass spm dengan cemerlang & mendapat course yg baik, so perkara2 remeh temeh berkaitan hati ni pun terpaksa la dilupakan...

Masuk kat universiti, ade plak kawan lama masa sekolah menengah dulu pun approach gak. Kat sekolah dulu punyela senyap. Cakap ngan org pun xpernah. Alih2 kat u ni jadi lain plak. Kawan satu kelas pun ade yg approach. Pastu sekarang ni dah canggih, ada ym ngan facebook kan, bile dah kawan2 rapat dalam tu tiba2 ramai gak yg confess. Adui pening2. Ade yg cakap pun x pernah, jumpa pun x pernah, confess plak. Be reality la wahai kawan2ku, huhu..

Em, ciri ke2 tang jual mahal tu... macam mane nak cakap ye? bukanlah jual mahal sangat, tapi adelah lebih bagus bagi seorang pempuan meletakkan harga dirinya mahal daripada letak sangat murah.. Betul tak? Orang ramai je besfren lelaki kat luar sana, xdela tak kawan ngan lelaki langsung. Tapi kadang2 bile dah lama berkawan tu kite tau dah samada die betul2 sesuai untuk kita atau tak. Ada yang berkata tak salah mencuba, tapi kalau kita masih tak bersedia nak menghadapi risiko baik dari segi mental & fizikal, adalah lebih baik kalau kita tinggalkan terus, tak begitu?

Pernah org terbaca dalam majalah solusi, artikel oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin, beliau kata jangan risau jika diri masih belum berpunya. Anda adalah salah seorang yang dipilih oleh Allah untuk dipelihara hatinya daripada terus hanyut dibuai nafsu dan godaan syaitan. Jauh di sudut hati org setuju dengan pandangan beliau. Setiap perkara yang Allah jadikan ada sebab musabab dan hikmah yang mungkin tak terjangkau dek akal kita. Mungkin andai org berkapel dulu, pastu bile clash, org jadi sangat teruk. Maka Allah tak bagi org peluang untuk berkapel. Atau org mungkin hanyut dengan godaan2 syaitan bile berkapel. Iman org takla kuat sangat. Jadi Allah jauhkan org daripada terjebak dengan hal2 kapel ni. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan Dialah perancang terbaik :)

Oklah. Sekian saje coretan kali ini. Kebosanan melampau berseorangan di bilik pada petang sabtu mendorong org menulis pasal hal ni. Lepas ni mungkin org jarang update blog lagi. Final exam semakin hampir. Mungkin update seterusnya adalah jadual final exam org pulak. Doakan org boleh lakukan yg terbaik untuk final exam semester 2nd last org ni ye. Trima kasih sebab sudi membaca. Assalamualaikum wbt..

11 October 2010

10/10/10



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

10/10/10... tarikh yang hanya wujud sekali seumur hidup kita. Kebetulan pada tarikh ni, banyak benda yang berlaku dalam hidup org. Ada yg hepi, dan ade yg menyayat hati. Kat sini org nak share 3 perkara yg telah terjadi dalam hidup org, kesemuanya pada tarikh 10/10/10..

1) Hangout bersama Afiq dan Naim..


Afiq dan Naim ni schoolmate sekolah rendah org, dan klasmate org masa darjah 6. Dah lama kitorg plan nak keluar sekali, sejak sarah, kawan sekolah rendah kitorg gak still ade kat malaysia, tapi pada 10/10/10 baru hasrat tu tercapai. Kitorg keluar ber3 tanpa sarah, sebab sarah dah balik mesir. Takpela sarah, mungkin lain kali la ye. Kitorg pegi ke Seoul Garden kat OU, sebab naim mengidam nak makan situ. Bayar 30+ sorg, so kami melantak la sepuas2 hati. Memandangkan ni kali pertama afiq & naim bertemu selepas 10 tahun, banyak sangat cerita yg dikongsi bersama. Kitorg ber3 gelak tak ingat dunia time makan tu. Org rase hepi sangat dapat spend time ngan diorang ber2 ni.. harap2 pasni kitorg dapat hangout lagi :)

Afiq ngan naim main tenung2 mata plak.. :p


2) Wedding Shahir & Shahirah..


Lepas makan kat OU, lepas isyak org pegi pulak ke wedding klasmate org, shahir & wifenya, shahirah kat shah alam. Thanx kat afiq dan naim sebab tolong hantar. Macam biasa, kalo student yg kawin sure majlis tu meriah dengan student je. Kitorg sebagai klasmate shahir tak terlepas memeriahkan dan meriuhkan wedding shahir. Nasib baik family shahir tak kisah. Kitorg sempat bergambar kat pelamin dan juga bergambar ngan pengantin. Disebabkan dah kenyang gile makan kat Seoul Garden, org sekadar minum air kat umah shahir. Kepada shahir & shahirah, semoga berbahagia hingga ke anak cucu :)

pelamin yg cantek :)


3) Accident Bas Express, 15 maut..

Lepas balik dari wedding shahir, org bukak fb. Then org perasan ade member org cite ade accident berlaku kat highway Pedas melibatkan 2 bas, kereta ngan van. Yang lagi teruknya, 12 orang mati kat tempat kejadian. Org terkedu jap baca status kawan org tu. Member org tu kebetulan ade kat tempat kejadian. Harini (11/10) org baca paper online tentang kemalangan tu. Org tengok ramai yg upload gambar2 kemalangan ngeri tu kat fb. Xtaula dari mana dorg dapat. Org tengok ada mayat berelimpangan, kereta dah leper, darah di mana2, memang org x sanggup nak tengok lagi. Berita melaporkan tu accident terburuk tahun ni. 3 org lagi mati kat hosp menambahkan jumlah mereka yg terkorban seramai 15 org. Takziah buat keluarga arwah yang terkorban. Semoga kejadian ni dapat dijadikan pengajaran buat kita semua..

Ngeri..

Sekian coretan org kali ini. Moga bertemu di lain waktu. Assalamualaikum wbt..


*11/11/11 : apa agaknya akan jadi ye?*

01 October 2010

Dari Kacamata Seorang WANI...


Bismillahirrahmanirrahim..
Asslamualaikum wbt..

Mintak maaf sebab terlalu lama meninggalkan blog ni. Hampir 3 minggu. Jadual org yang terlalu padat menyebabkan mood org untuk menulis hilang seketika. Lagipun sepanjang 3 minggu ni terlalu banyak perkara yg terjadi dalam kehidupan org. Jadi entry kali ini org ingin share serba sedikit apa pandangan org terhadap perkara2 yang telah berlaku tersebut..

1) Wani sebagai seorang ANAK..

21 Sept haritu, adik2 org, ana dan aja fly ke mesir. Jadi banyak persiapan utk diorang dilakukan. Jika dulu org jarang lihat ba tunjuk sifat caring pada anak2 secara direct, tapi kali ni org lihat sendiri betapa carenya ba terhadap anak2 dia. Ba bersusah payah menyediakan segala barang diorang. Start daripada beg luggage, pakaian, buku2, laptop, hingga kepda henfon baru. Org xleh imagine brape banyak duit ba habis beli barang2 diorang. Tapi ba xpernah mengeluh. Ibu pulak apatah lagi. Ibu ngan ba siap buat kenduri kecil2an dan bacaan yassin sempena diorg nk fly. Ibu berusaha kuat untuk memastikan kenduri tu berjalan lancar. Dan akhirnya di airport, air mata ibu tumpah mengenangkan 2 org anaknya yg akan berjauhan selama beberapa tahun. Sesuatu yg org xpernah lihat sebelum ni..

2) Wani sebagai seorang CUCU..

Org hanya ada seorg atuk (belah mak) dan seorang nenek (belah ayah). Baru2 ni pula atuk disahkan mengidap lymphoma stage 3. Atuk tinggal dirumah org sebab nk berulang ke hospital yg dekat dgn rumah. Jika dulu org tengok atuk masih kuat, mampu menaiki motor dan bekerja di kebun. tapi kini kanser atuk mula menyerang dan menyebabkan badannya lemah. Bengkak kat leher (lymph node) atuk semakin besar. Atuk selalu mengadu sakit dan ada sekali tu lidah atuk terlalu banyak ulcer hingga atuk dan mampu nk makan. Org yang sapu ubat utk atuk dan sayu sangat lihat atuk menahan sakit. Nenek org pulak baru2 ni diserang strok. Dia ditempatkan kat hukm dan nenek lebih parah lagi apabila dia xmampu nk makan sendiri, xmampu nak berjalan sendiri. Ada sekali tu nenek sangat teruk mcm dah nazak, maka semua saudara2 jauh datang melawat. Alhamdulillah, xlama kemudian nenek stabil balik. Org cume berharap org masih diberi peluang beraya bersama mereka tahun depan..

3) Wani sebagai seorang KAWAN..

Org ade ramai kawan, xkirela kawan2 sejak zaman skolah rendah hinggalah sejak zaman universiti ni. Entah kenapa, baru tahun ni org diberi peluang untuk bertemu kembali kawan2 sekolah rendah yg dah lama lost contact dan berpeluang hangout bersama2 dengan diorang. Org lihat diorang dah banyak berubah, kehidupan diorang pun semakin berjaya, masing2 dah ada pasangan, dan org tumpang gembira melihat kehidupan diorg sekarang. Kawan2 org kat u pulak, org lihat sendiri perubahan diorang setelah bersama dengan diorang hampir 4 tahun. Org lihat sendiri penampilan, cara pemikiran, perangai dan kematangan diorang semakin berubah. Semua ke arah yg lebih baik. Dan mengenangkan tahun depan adalah tahun terakhir hidup bersama diorg, org cuba utk enjoy setiap saat dgn diorang dengan happynya..

4) Wani sebagai seorang STUDENT..

Tahun ni org bergelar pelajar tahun akhir. Bergelar pelajar tahun akhir ni banyak cabarannya. Bermula dengan jadual yg semakin sendat, assignment yg melambak2, subjek yg semakin tak terkira susahnye, dan thesis yg perlu dihabiskan, semua perlu dijalani dengan tabah dan semangat yg kuat. Walaupun akan grad tahun depan, org rase belum cukup lagi ilmu yg org ade berkaitan dengan bidang farmasi ni. Praktikal di hospital selama 2 minggu menyebabkan org sedar banyak lagi ilmu org yg perlu ditambah. Kadang2 org selalu lagi terfikir, walaupun dah tahun akhir, 'betul ke course yg aku amik ni?', Tapi org tak mungkin akan berpatah balik, dan org berharap org xsilap buat keputusan dan akan menjadi seorg pharmacist yg berjaya satu hari nanti.. InsyaAllah..

5) Wani sebagai seorang HAMBA ALLAH..

Hampir 22 tahun hidup ni muka bumi, org rasa dah terlalu banyak dosa yg org buat, baik secara sengaja atau tak. Honestly, org rase org belum mampu menjadi hamba Allah yang solehah dan sempurna yang sentiasa melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.. Suruhan Allah org berusaha melakukannya tanpa tertinggal, tapi larangan2Nya kadangkala org masih lagi terbuat tanpa sedar.. Sunnah2 Rasullullah juga ada diantaranya yg org terlepas pandang. Amalan2 baginda seperti bermunajat diwaktu malam agak jarang org lakukan.. Kadangkala org terfikir, kalau Izrail tiba2 mencabut nyawa org waktu ni, lepas dihisab di padang mahsyar nanti, kat mana org akan masuk? Syurga atau neraka? Cukup ke amalan selama hampir 22 tahun ni melayakkan org untuk masuk ke syurga? huhuhu..

Sekian, inilah serba sedikit perkara yg berlaku di dalam hidup org, yg org lihat dari kacamata org sendiri.. Banyak perkara telah berlaku dalam kehidupan org sekarang, dan org rasa dah sampai masanya org perlu lakukan sesuatu yang bermakna sebagai seorang anak, cucu, kawan, student dan hamba Allah dimuka bumi ini... Mudah2an langkah org seterusnya selepas ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah.. InsyaAllah..

Terima kasih sebab membaca. Sorry sebab panjang sangat. Jumpe lagi di post seterusnya. Assalamualaikum wbt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...