CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

25 July 2010

Sehari Bersama Afiq dan Sarah :-)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Hari ni seperti yang dijanjikan, penulis bersama 2 org besfren sejak sekolah rendah, Afiq dan Sarah pergi hangout di Sunway Pyramid. Afiq yang dengan sukarela mengoffer diri menjadi driver, pergi mengambil kitorang di rumah masing2. Jam 12 lebih tengahari, kereta Afiq dah terpacak dihadapan rumah penulis. Kemudian kitorang bergerak ke rumah Sarah pulak. Sarah yang belajar di Mesir sekarang tengah cuti summer. Kitorang keluar ber3 sahaja sebab yg lain tak berkesempatan balik dari u masing2.

OTW ke Sunway, kitorang ber3 dalam kereta tak henti2 ketawa dan mengusik antara satu sama lain. Walaupun lama tak berjumpa, terutama Sarah dan Afiq yang dah tak bertemu selama 10 tahun, kitorang masing2 masih dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Bila lama tak bertemu, masing2 perasan akan perubahan diri masing2. Maka banyak sangat memori2 lalu tersingkap kembali, yang buat kitorang ber3 tergelak dan tersenyum sendiri. Dan banyak juga gosip2 lama serta pelbagai nama kawan2 kitorang muncul kembali. Sarah dan Afiq yang sering berperang mulut antara satu sama lain, buat penulis terpaksa menekan perut menahan gelak. Hahaha~

Bila di Sunway, Afiq belanja kitorang ber2 makan kek kat Secret Recipe. Sebenarnya Afiq dah deal ngan Sarah nak belanja dia cheesecake. Tapi penulis pun dibelanja sekali :) Kemudian penulis belanja Sarah dan Afiq makan lunch pulak. Waktu makan kek, penulis bagi diorang souveneir yang penulis beli kat Pulau Perhentian untuk diorang. Ternyata diorang happy dengan pemberian penulis tu. Penulis seronok sangat.

Kitorang plan nak tengok wayang, malangnya kat kaunter tiket sangat ramai orang yang beratur. Sarah pula kena pulang sebelum waktu maghrib. Maka Afiq pun mengajak menonton wayang di JJ Bukit Tinggi, dekat dengan rumah. Kitorang layan filem 'Mantra'. Cerita yang sepatutnya dikategorikan seram itu akhirnya menjadi filem lawak disebabkan gelagat Sarah. Penat penulis dan Afiq menahan gelak sewaktu menonton wayang sambil melihat gelagat Sarah. Dan lepas filem tu tamat, kitorang still tak berhenti ketawa sewaktu melangkah keluar dari pawagam.

Kemudian, Afiq menghantar Sarah pulang, dan seterusnya menghantar penulis ke Puncak Alam. Time ni pun penulis dan Afiq banyak berkongsi cerita, disebabkan mak kitorang merupakan besfren. Maka banyaklah cerita2 yang kitorang dengar daripada mulut mak masing2 dikongsi bersama, hehe. Penulis berterima kasih sangat dengan Afiq sebab sudi menghantar penulis kat Puncak Alam yang sangatla jauh ni. Dahla waktu tu hujan lebat. Kesian betul Afiq. InsyaAllah next hangout, mungkin time berbuka puasa. Time tu Naim, kawan lama kitorang jugak dah balik dari Mesir. Tak sabar nak kumpul berempat dan tengok pula apa akan jadi. Sebab Naim pun lebih kurang sama macam Sarah. Penulis pulak dengan Afiq tukang gelak je. Tak sabarnya nak jumpa korang semua~ :)


Dengan Sarah. Sama2 tembam bak kata Sarah :p

Dengan Afiq. Kitorang kena tanya umur masa nak tengok filem Mantra. Kitorang tak nampak macam 22 ke??

Sekian, terima kasih sudi membaca coretan penulis. Salam :)

2 comments:

diriku said...

waa..bestnya jln2 kt sunway =]

nadzwareina said...

sronok.. nak2 bile dpt jumpe member skolah rendah yg bertahun2 xjumpe.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...