CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

14 July 2010

Persoalan..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Kadangkala, bila penulis memerhati sekeliling, pelbagai soalan menerjah fikiran penulis..

Bila penulis baca buku teks Pharmacotherapy, ataupun baca novel Twilight, penulis terfikir..
'Bagaimana penulis buku2 ni boleh tulis buku sehebat ni? Berapa lama diorang buat kajian?'

Bila penulis lihat pensyarah mengajar di hadapan kelas, penulis terfikir..
'Bolehkah penulis jadi seperti mereka ni satu hari nanti? berdiri di depan dengan yakinnya tanpa rasa malu untuk menyampaikan ilmu di hadapan ratusan orang?'

Bila penulis dengar kucing mengiau di luar rumah, penulis terfikir..
'Mesti kucing kat luar ni lapar gile kan? apa la agaknya yang kucing ni ada makan tadi? tah2 tak makan langsung..'

Bila penulis tengok gambar parents kat atas meja penulis, penulis terfikir..
'Apa agaknya ba ngan ibu buat sekarang? Sihat ke diorang?'

Bila penulis tengok couple berjalan berpegangan tangan, penulis terfikir..
'Apa agaknya diorang rasa? bahagia? seronok? ke sekadar berpura2 hanya untuk menunjuk?'

Bila penulis beli makanan kat warung tepi jalan, penulis terfikir..
'Seronok ke jual tepi jalan ni? xpanas ke diorang? banyak ke untung diorang dapat?'

Bila penulis tengok drama kat tv, penulis terfikir..
'Macam mana pelakon2 ni boleh berlakon dengan baik depan puluhan krew? Tanpa rasa kaku dan malu?'

Bila penulis bertembung dengan budak2 asasi dekat fakulti, penulis terfikir..
'Apa la agaknya impian diorang ni? Agak2 diorang tau tak cabaran yang diorang akan lalui bila dah bergelar student degree nanti?'

Bila penulis baca blog2 yang ada ratusan follower, penulis terfikir..
'Macam mana agaknya rasa bila beratus2 orang membaca post kita yang kadang2 sekadar rapikan semata tu? Follower2 ni betul ke baca post kita ni satu2?'

Dan banyak lagi persoalan2 lain yang sangat banyak untuk penulis senaraikan kat sini satu persatu.


Kadang2 penulis teringin nak berada di tempat diorang. Supaya penulis sendiri dapat rasa dan faham apa yang mereka lalui.

Dan tak perlu lagi penulis pening kepala memikirkan jawapan bila soalan2 tadi tiba2 menyerang minda penulis.

Sekian coretan penulis kali ini. Wassalam..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...