CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

14 July 2010

Penangan Seorang Lecturer...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Semalam, pada jam +8.30am, seisi kelas PH210 semester 7 sedang menantikan kehadiran lecturer yang tidak muncul2 ketika kelas PHR551 aka Applied Therapeutics in Infectious Disease & Neoplastic Disorder. Ketika seisi kelas sedang bising, tiba2 masuk seorang lecturer yang wajahnya agak asing bagi kami. Beliau meminta untuk berjumpa class rep. Maka Izha selaku class rep dan Izzul selaku subject rep pun pergilah berjumpa dengan beliau..

Selepas beberapa minit, beliau masuk semula dan berdiri di hadapan kelas. Seisi kelas mula senyap dan menumpukan perhatian terhadap beliau. Beliau lantas memperkenalkan diri.

'My name is Johansson lo De Guzman. You can call me Mr Johan' kata beliau yang tak lekang dengan senyuman.

Pada saat itu penulis mula dengar student2 perempuan berbisik2. Mereka mengatakan wajah beliau comel. Muda lagi pulak tu. Kemudian penulis dengar pula student2 lelaki berbisik.

'Abihla.. abihla cair budak2 perempuan kelas ni.. dapat lecturer punyala cute..' satu suara berbisik di belakang penulis. Penulis sekadar tersenyum sendirian.

Mr Johansson memang comel. Tak dinafikan. Muka beliau putih, ala2 chinese. Pakai spec dan berambut spike. Beliau berasal dari Filipina, maka English beliau ada loghat tetapi mudah difahami. Dan yang paling penting, beliau ni tak pernah lekang dengan senyuman, asyik tersenyum je. Maka semakin terserlah kecomelan beliau di hadapan student2. Dan selama 2 jam itu beliau tak mengajar, sekadar memberi briefing untuk kelas seterusnya. Melalui briefing itu, dapat disimpulkan beliau begitu berusaha untuk memahami semua student dalam kelasnya. Dan beliau amat mementingkan agar semua student akan keluar dari kuliah dalam keadaan happy. Itulah yang kerap kali beliau ulang, penulis tak akan lupa.

Malam itu penulis buka facebook. Mr Johansson mula menjadi topik. Beliau dah ada nickname baru yang diberikan oleh klasmate2 penulis, iaitu Mr Johansem. Penulis sekadar gelak bila baca. Hehe.

Keesokan petang, iaitu hari ni, Mr Johansson masuk lagi. Beliau mengajar tentang antibiotik. Beliau tahu jam 2-4 petang adalah waktu dimana semua student pasti akan mengantuk dalam kelas. Penulis nampak beliau berusaha menjadikan kelas pada petang ini berjalan aktif dan dalam suasana ceria. Dan usaha beliau menjadi. Kelas menjadi aktif, banyak pelajar bertanyakan soalan. Kemudian beliau memberikan rehat yang mencukupi kepada student. Kelas 2 jam lebih, penulis tak terasa ngantuk mahupun penat. Dan sudah pasti, banyak sangat info2 baru berkaitan antibiotik yang diperoleh student2. Buat pertama kali, penulis rasa kelas PH210 semester 7 mencipta rekod baru, tak ada sorang student pun yang tidur dalam kelas petang yang agak lama pada hari ini. Satu rekod yang patut dibanggakan, hehe.

Setelah kelas tamat, beliau sempat memberi word of wisdom pada slide akhir.

Selepas itu, tiba2 Mr Johansson berkata,
'Today is my last class with you, I guess'

Serentak dengan itu, seisi kelas berkata 'alahhhhhh'. Penulis pun tak terkecuali. Sayang lecturer sebaik itu hanya berpeluang mengajar kami hanya sekali. Penulis dengar pelajar2 lelaki berkata, alangkah bagusnya kalau beliau mengajar kami lebih awal, bukannya pada tahun akhir. Mr Johansson hanya tersenyum sambil meminta student berjumpa dengannya jika ada sebarang masalah. Kemudian beliau meminta seisi kelas tepuk tangan untuk diri sendiri sebab berjaya untuk tidak tidur sepanjang kelas.

Bila penulis pulang, macam biasa, nama Mr Johansson sekali lagi hangat di wall facebook. Ramai student meletakkan nama beliau di status. Ada yang memuji, ada yang berharap beliau boleh mengajar lagi. Malah ada yang angau dengan senyuman beliau. Inilah penangan seorang lecturer yang berjaya. Susah nak cari lecturer yang mampu memberi impak yang besar kepada para pelajar pada kelas yang pertama.

Dan penulis terjumpa pula facebook Mr Johan. Tak mungkin penulis add beliau, hehe. Tapi penulis ambil gambar beliau yang hanya ada satu. Ni lah dia lecturer yang disebut2 oleh student PH210 semester 7 :

Macam model kan?

Sekian sahaja post pada kali ini. Moga bertemu lagi di lain waktu. Wassalam.

8 comments:

Unknown said...

mmg ptt la bdk2 pmpn cair..hehe

nadzwareina said...

haha mesti shafiq prasan ramai status part 7 kat fb sebut pasal beliau kan? ^^

Anonymous said...

lect terbaik heee terbukti lect yg bes mampu mengelak student dr tdo

AMiRU said...

gud english, stream of thought is well planned, focus on understanding rather than memorizing gibberish technical terms that are impossible 2 remember, entertaining and engaging, kiranye torbaekkkk la stakat ni...kalo la dia aja pharmacology dlu, aku rs bley dpt A kott..
hohoho...
i gv hm 5/5 star lectrr...
hoho...

nadzwareina said...

syu : yes, agree. lecturer yg bagus mampu mengelakkan pelajarnya dari tertdo..

amir : mmg lecturer terbaekkk. aku hope sangat kite ade lebih ramai lecturer mcm beliau..

*kecomelan beliau satu bonus utk student2 pmpuan, hehe*

diriku said...

he2..blh jd model sambilan jgk 2..

Anonymous said...

he should teach us more instead of the first class only huuuu

sapesapri said...

haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...