CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

06 February 2012

Allah itu Sebaik-baik Perancang...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Syukur Alhamdulillah, pada 5 Februari 2012, bersamaan hari lahir Rasulullah SAW pada tahun 1433 Hijrah ini, seorang rakan sekelas org, Kak Munirah Ismail merangkap 'my lady boss' waktu zaman universiti dulu telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Mohd Hafiz Hussin


Pergi ke majlis perkahwinan yang diadakan di Bukit Mahkota Club House di Kajang, kitorg terlopong seketika menatap keindahan warna tema majlis itu. Warna pink lembut dan putih, dan suasana majlis yang tenang namun meriah ditambah lagi dengan keindahan taman serta tasik, membuatkan majlis itu kelihatan sungguh elegan.


*Kredit gambar kepada Izzati*

Melihatkan kak Mun tersenyum gembira di atas pelamin apabila gambarnya diambil jurufoto, org teringat kembali saat2 kitorg baru sahaja dilantik dalam Mesyuarat Tahunan Fakulti pada tahun 2009 dulu, saat kitorg masih belajar di tahun tiga. Kak Mun dilantik melalui kertas undi oleh hampir seluruh pelajar fakulti untuk menjadi Timbalan Presiden Persatuan, manakala org pula dilantik menjadi Setiausaha.

Selepas dilantik, saat kitorg sedang stay back di fakulti untuk menyiapkan kerja persatuan kitorg iaitu SOPHYS (Society of Pharmacy Students), Kak Mun berkongsi tentang perasaannya ketika awal2 dilantik dulu. Kak Mun bercerita, dia menangis kerana terpaksa memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden tanpa rela hati. Tambahan lagi, bekerja bersama seorang sahabat baiknya dalam persatuan itu, menyebabkan dia risau persahabatan mereka tergugat apabila terpaksa mencampur adukkan urusan kerja dalam persahabatan mereka.

Org mendengar tanpa berkata apa-apa. Namun org faham perasaan Kak Mun, kerana sejujurnya, org pun tak berapa rela hati memikul jawatan Setiausaha persatuan. Risau kalau2 banyak masa yang sepatutnya digunakan untuk study banyak dihabiskan dengan urusan2 persatuan.

Tapi kitorg sudah diberikan amanah. Amanah oleh seluruh pensyarah dan pelajar2 setiap batch Fakulti Farmasi UiTM. Rela hati atau tidak, kitorg tetap kena menjalankan tugas yang perlu kitorg lakukan, demi fakulti. Dan syukur Alhamdulillah, pada tahun itu persatuan kitorg mendapat anugerah persatuan terbaik di universiti. Sedar tak sedar, dah setahun kitorg memegang jawatan dan pada mesyuarat seterusnya, kitorg melepaskan jawatan yang dipegang kepada junior pula.

Dan apabila mendengarkan berita Kak Mun sudah mahu bertunang dulu, org pun merajinkan diri untuk mencungkil cerita Kak Mun dengan bakal tunangnya. Kak Mun bercerita, pertemuan pertama dia dengan bakal tunangnya adalah pada National Research & Innovation Competition di USM Penang. Kak Mun, serta beberapa ahli2 persatuan mewakili fakulti ke pertandingan itu, manakala bakal tunang Kak Mun mewakili fakultinya. Dan telah ditakdirkan Allah, booth mereka menghadap satu sama lain.



Habis pertandingan, bakal tunang Kak Mun secara bergurau mendekati Kak Mun untuk meminta nombor telefon, namun Kak Mun meminta agar mereka berkawan di FB terlebih dahulu. Melalui perkenalan itulah, akhirnya hubungan mereka mekar, sehingga tiba ke fasa seterusnya iaitu pertunangan dan InsyaAllah perkahwinan.

Walaupun hanya dua kali bertemu dan tidak mengenali suami Kak Mun secara peribadi, tapi org tau dia ni baik orgnya. Pernah sekali Bro Hafiz tumpangkan org dari Puncak Alam ke Shah Alam. Dia juga sanggup pergi rumah Kak Mun dan mengajar Kak Mun memandu kereta, sampai Kak Mun mahir. Org ingat lagi awal2 dulu, agak heboh antara kawan2 duk cakap bakal tunang Kak Mun hensem orangnya. Org yang pernah jumpa live, memang mengaku kehenseman bro Hafiz. Bro Hafiz yang kehilangan ibu bapa sejak kecil lagi, hidup berdikari dengan bantuan saudara, dan mungkin ini salah satu sebab kenapa Kak Mun tertarik kepadanya. 

'Akak, akak ingat lagi dulu akak cite awal2 jadi timbalan pres SOPHYS dulu akak duk nangis je?' tanya org kat Kak Mun waktu kami praktikal sekali kat Hospital Kajang.

'Ingat. Kenapa Wawa?'

'Kalaula akak tak dilantik jadi timbalan pres dulu, mesti akak tak jumpa dia pun kan?' org tanya Kak Mun sambil senyum.

Kak Mun terdiam seketika. Tak lama kemudian Kak Mun mengukir senyum.

'Tulah kan,' sambung Kak Mun lagi sambil terus senyum.


***

Kadangkala kita menghadapi pelbagai kesulitan dalam hidup. Kadangkala tak semua perkara yang berlaku dalam hidup sama dengan apa yang kita inginkan. Sampai kita sendiri tertanya2 lalu mengeluh, kenapa hidup kita perlu begini dan begitu? 

Kita lupa, yang Allah itu sebaik-baik perancang.

Setiap apa yang Allah aturkan dalam hidup kita, pasti ada sebab dan tujuannya. Insan2 yang Allah hadirkan dalam hidup kita, pasti ada tugas dan fungsi mereka dalam kehidupan kita. Perkara2 yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada kesannya dalam kehidupan kita pada masa akan datang. Jika bukan pada esok lusa, mungkin dalam tempoh belasan atau puluhan tahun akan datang.

Jadi usah mengeluh dengan kehidupan kita pada hari ini. Sebab mungkin berkat kesabaran dan ketabahan kita menghadapi kesusahan2 itu, kelak kita akan gembira dan bahagia dengan kehidupan kita pada masa akan datang. Dan mungkin juga kesulitan2 yang kita hadapi dalam hidup, sebenarnya adalah cara Allah menemukan atau mendekatkan kita dengan jodoh kita, tanpa kita sedari. 


Sekian untuk kali ini. Jumpa dalam post akan datang. Assalamualaikum wbt :) 




p/s : Tolong doakan semoga cinta Kak Mun dan suaminya Bro Hafiz  kekal sampai ke syurga ye :)


15 comments:

tajul said...

touching je bce cite ne.bwt novel pn besh ne.hehe..^_^.smoga kekal smpai ke syurga.

Anonymous said...

entry pada disember tahun 2009 ade kaitan dgn sy.

nadzwareina said...

tajul : kan2? nak buat novel macam kena buat lagi pnjg je jalan citenye.. hehe

anon : ada 3 post bulan disember 2009. awak ada kaitan dgn yg mana?

Anonymous said...

yg b'kaitan dgn encik raden ('_')

nadzwareina said...

anon : eh? bro shahir ke ni?

Anonymous said...

yes..

nadzwareina said...

eh la... haha. camnela leh sampai sini baca entry sy 2 tahun lepas... abaikan ye post tu.. parents sy mmg camtu suka kenen2 huhu

Anonymous said...

haha.. faham2, sy faham sgt encik raden tue mcm mana.. tibe2 jumpe blog nie.. haha.. pape pun kenangan di pulau redang tue mcm dah kabur2 sket la, x byk yg ingat.. hehe.. pape pun rase b'tuah plak bleh ade org wat entry ade msk nama sy.. haha..

nadzwareina said...

ha, tau kan ayah saya tu camne... toksah anggap serius eh, haha.. oh yela kan, dah lama sangat dah zaman pegi pulau redang tu, tahun 2007 tak silap..er sebenarnya tengah segan ni... boleh pulak la jumpe blog ni kan...huhu

Anonymous said...

ye kot 2007, time tgh wat part time kat mitg, slalu nmpk mak wani dtg cari encik raden kat ofis.. hehe.. pape pun slamat menempuh alam pekerjaan la ye.. ade rezeki kita jumpe lg.. mane la tahu kan..

nadzwareina said...

skrg ni keje mana dah? dgr cite famly pindah srawak eh? time kasih bro, baru stat keje 3 bulan, insyaAllah kita jumpa lagi kalau ade rezeki :)

Anonymous said...

skrg keje kat firm suami puan khairani, kenal x? a'ah, yg tinggal sini adik2 yg amik farmasi tue je la, yg lain sume ikut ke srwk..

nadzwareina said...

oh, haah familiar ngan nama puan khairani..ade dngar ayah penah sebut.. oh yela amin adik bro junior sy tu pun ada satu sem lagi kan.. gudluck la keje situ ye :)

Anonymous said...

a'ah, dia lg 1 sem la tinggal yg farhanah tue lg 3 sem.. lama btol diorg blaja farmasi.. sy ada bc entry adik2 wani, dua dah pi mesir ye.. dasat diorg tue.. tahniah2..

tjul said...

haha..bwt jd short story je.hehe..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...