Sejujurnya, disaat post ni ditulis, kepala org dalam keadaan yg sangat tepu setelah pelbagai jenis maklumat2 berkaitan asthma & COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease) telah disumbat dalam otak sejak siang tadi untuk difahami dan diingat. Ini kerana pada hari Selasa ni,org akan menghadapi VIVA merangkap counselling validation bersama pharmacist2 hosp KKB untuk minggu yang kedua. Org akan ada VIVA ni straight selama 4 minggu, dan alhamdulillah, VIVA untuk last week org dah pass walaupun ada part2 yang perlu diulang.
Jadi, bagi mereleasekan sikit rasa tensen yang mula hadir dalam diri org ni (akibat kena study setelah 2 hari berehat) maka org akan bukak satu sesi khas untuk pembaca blog 'Apabila Jejari Mula Menari' ni untuk bertanyakan apa jua soalan kat org, tapi setiap org hanya boleh tanya SATU soalan sahaja. Walaupun org tau blog org ni bukannya ada pembaca sangat, tapi takpela, dah dekat 200 lebih post org tulis kat blog ni, tak pernah sekalipun org buat segmen macam ni kan?
Org akan kumpul soalan2 yang ada (kalau adela, harap2 ade) dan akan dijawab dalam satu post pada hari selasa malam, lepas VIVA org tu habis. Konon2 nak merehatkan fikiran la dengan menjawab soalan2 anda bagi ni, hehe. Anda yang ingin bertanyakan soalan, bolehla tinggalkan kat ruangan komen kat post ni eh. Anda boleh nak jadi anonymous, tapi jangan tipu ye bagi soalan lebih. Bagi satu soalan je okeh? Orang menipu ni org munafiq :D
Org akan cuba jawab apa jua soalan, tapi yang proper je eh. Kalau ada soalan2 yang menyimpang tu org reject awal2. Ni mungkin the first & the last time org buat post
Buat anda yang ada nak bagi soalan nanti, terima kasih awal2 org ucapkan. Tu menunjukkan yang anda ada baca blog org, walaupun mungkin tak selalu, hehe. Takpe2, baca sekali pun org dah cukup bersyukur ^^
Jumpa post seterusnya pada hari Selasa malam ni (InsyaAllah). Assalamualaikum :)
14 comments:
Assalamualaikum my dear friend...
My question is: Apakah perkara / peristiwa yang membuatkan Raden mula merasakan bahawa tujuan kita hidup ini adalah untuk kembali kepada Allah SWT dan hidup kita haruslah sentiasa berada di landasan-Nya untuk mendapatkan ketenangan? *dahsyat punya soalan... =.="
bila cik raden azwani nak kawin? whahhahahahah
cik wawa ni macam mana orgnya? cuba explain sikit selain dari kat profile atas tu hehe.
hubungan dengan insan dari wellington tu macam mana? dapat teddy bear dari dia kan? :p
errr nak tanya apa ye??err..apa rasanya bila di lamun cinta?? :p
lama dah nak tanya akak ni...akak tak bercinta sebab akak percaya cinta lepas kahwin ek? kannn? hihihi
apa jadi kalau kita grad dgn second lower utk degree frmsi? apa kesan utk diri, keluarga, msyrkt dan negara. serius ni.
apa hubungan cik raden azwani dengan afiq? anda brdua nampak sangat mesra, hehe
saya nk tny jgk!! ape prasaan anda bila melihat org yg anda suke bejalan menuju ke arah anda?
Kalau wawa boleh kembali ke satu zaman dulu, nak balik ke zaman bila?
haha banyak soalan psal cinta nmpknye. nk tnya jugaklah. ada sape2kah dalam hatimu sekarang? aicewahhh
satu soalan ye???hmm..apa ye kite nak tnya akak???kite pun xtau nak tye apa even sbnrnya..tp ok lah...kite tye satu soalan yg agak simple...
siapakah raden azwani dalam 5/10 tahun akan datang??
jawab tau kak..hehe...rindu sangat nak jumpa akak...meh la dtg puncak ..=)
perkara yang membuatkan cik wawa trauma adalah?
berapa gaji starting kerja pharmacist ni?
Post a Comment