CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

16 November 2011

5 Days : 3 Departments



Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


*Org tau memang agak bosan baca entry yang berkisar tentang apa kerja yg org buat setiap hari, tapi memandangkan logbook org masih belum diberikan oleh Ketua Pegawai Farmasi (KPF), org akan jadikan blog ni ala2 diary macamtu untuk disalin balik dalam logbook bila dah dapat nanti. Kalau rasa tak best baca mintak maaf ye *




Masuk harini genap 5 hari dah org kerja kat Hospital KKB. Alhamdulillah, dalam tempoh 5 hari ni hubungan org dengan staf2 yang terdiri daripada para pegawai farmasi, penolong pegawai farmasi dan staf2 lain bertambah baik dan mesra. Malah ada antara penolong pegawai farmasi U32 dan U29 yang jauh lebih tua daripada org panggil org dengan panggilan formal iaitu 'Cik Azwani' (no more wawa hehe). Rasa agak segan kat situ. Walaupun mungkin pangkat org lebih tinggi dari diorang, tapi serius, diorang jauh lebih terer & mahir pasal ubat2 dan drugs ni dari org huhu.


Pada hari Isnin, akhirnya kami 4 org PRP berjumpa dengan KPF, Puan Zarina yang bercuti minggu lepas. Alhamdulillah, Puan Zarina sangat baik dan lembut orgnya. Org rasa relief sebab mungkin masa attach kat Hospital Kajang dulu KPF dia agak strict (huhu). Memandangkan last week org attach kat OPD dengan Sean, this week Puan Zarina request kitorg switch department ngan IPD, sementara jadual rotation kitorg masih dalam pembikinan. Maka beralihla org dan Sean ke department IPD atau farmasi untuk wad2.


So far, org rasa kerja kat IPD pun agak best. Kalau kat OPD org agak busy dan kalut bila time patient tengah ramai, kat IPD takde kalut2 ni sebab patient suma duk dalam wad je. Pagi2 dalam pukul 8 lebih, dua troli untuk wad 1 dan 2 akan masuk dalam farmasi untuk diisi ubat untuk satu hari mengikut katil patient2. Troli tu ada compartment untuk pagi petang malam, jadi kerja org just isi ubat mengikut prescription dalam fail. Kalau untuk wad 3 hingga 8 tak ada troli, org just isi ubat untuk supply 3 hari ke dalam sampul kemudian letak kat kotak wad masing2, nanti nurse wad masing2 akan ambik. Mana2 patient yang dah discharge, prescription diorg akan dibawak keluar dari fail dan masuk laci khas.


Troli & rak ubat

Satu yang menarik pasal IPD ni, org dapat peluang untuk buat bedside counselling. Kiranya bila ada patient dah nak discharge, kitorg isi ubat diorg siap2 dalam beg plastik, lawat diorg kat wad dan counsel cara nak makan ubat. Sebelum org ngan Sean bagi kaunseling, Mr Leong, pharmacist IPD akan make sure kitorg tahu semua indication ubat tu. Bila tengah counsel patient, kalau ada explanation org yang tertinggal, Mr Leong akan tambah. Time bedside counselling ni org sangat suka masuk wad 5 iaitu Wad Bersalin & tengok newborn baby. Rasa nak picit2 muka sorg2 huhu.


Dua hari kat IPD, harini kitorg jumpa KPF lagi untuk sesi briefing yang betul2, sebab ada sorg lagi PRP from USM baru masuk. Puan Zarina kali ni assign kitorg berlima lain2 department dalam tempoh 2 minggu sebelum siap jadual rotation. Untuk kali ni org dapat Stor pulak, so org kena pindah ke Stor Ubat yang agak jauh dari farmasi utama. Dah berkenalan dengan staf2 sana, org dibawak melawat ke tempat2 penyimpanan ubat dan item bukan ubat. Kemudian org belajar semua jenis form2 yang ada untuk proses membeli supply drugs baru dari company dan mengeluarkan supply untuk kegunaan wad dan unit2 di hospital. Ada borang DO, LO, ROA, invoice, macam2 lagi la. Agak rumit nak ingat proses dia, tapi insyaAllah org harap dalam tempoh 2 minggu org dah boleh faham betul2 proses kerja kat sini.


So itu ajelah kerja org sebagai pegawai farmasi kat hospital setakat ni. Org dah mula jatuh cinta ngan kerja org ni (masa mula2 dulu belum timbul lagi hehe) dan InsyaAllah, org akan berusaha sehabis baik untuk belajar segala jenis ilmu sebelum org proceed ke Full Registered Pharmacist (FRP) pada tahun depan. Dalam tempoh 2 minggu dari sekarang, mungkin org akan rotate masuk semula kat department OPD dan IPD, atau masuk department baru iaitu DIS (Drug Information System) & Manufacturing. Doakan org akan terus success ye :)


Sekali lagi, maaf sebab entry ni agak panjang dan bosan. Tapi kalau ada yang betul2 baca semua, terima kasih banyak org ucapkan :)


Assalamualaikum :)



2 comments:

momoko-chan87 said...

seronok baca pengalaman wawa..sgt detailed..hehe. tula, ktorg kat HSB edah pn xdpt lg ligbook..so terpaksa la catiti dulu kat buku lain RN patient yg dh kaunsel etc..& yg mn smpat, fotokopi dulu logbook prp yg masuk awl sket ritu utk requirements dia =P

nadzwareina said...

@umairah : time kasih umairah, hehe.. tula kan ramai yg tak dapat lagi logbook sebenarnya ni, tu yg stress.. pastu org nye hosp ni kecik je, so tak bnyk requirement dlm logbook tu yg boleh difulfill.. apepun gudluck ye umairah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...